Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi penelitian kita tentang mazhab atau fahaman kemazhaban dalam konteks syariat Islam itu. Kita sudah rumuskan dalam post sebelum ini mengenai tajuk ini bahawa Islam dan syariatnya hendaklah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah yg menjadi panduan ilmu dan panduan hidup. Orang yg berpandukan hanya al-Quran dan as-Sunnah menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' - mereka saja yg berjaya mendapat syurga. Dan, Allah (a.w) serta Rasulallah (s.a.w) mewajibkan Islam itu dianuti secara berjema'ah.
Jema'ah dan Sistemnya Dalam Islam
Oleh kerana jema'ah itu adalah sistem pemerintahan atau kenegaraan Islam, maka ada ciri-ciri utama jema'ah dalam Islam. Pertama, ada pemimpin dan ada rukyah, i.e. orang yg dipimpin, yakni jemaah umat Islam. Kedua, ada hubungan formal antara pemimpin dgn yg dipimpin melalui sistem ikrar taat setia (bai'at). Ketiga, ada ikrar janji taat setia (i.e. bai'at). Konsep bai'at ini dan apakah intipati ikrar janji tersebut disebutkan di dalam al-Quran pada dua tempat. Ikrar janji antara anggota jema'ah dgn kepimpinan Imam) itu adalah kalimah 'sami'na, wa-ato'na' (yg bermaksud: aku dengar perintah dan suruhan dan aku taatkan perintah dan suruhan) [Rujuk Ayat 51, Surah an-Nur].Keempat, ahli jema'ah wajib taatkan 'ulil amri' (terutama, Imam jemaahnya, dgn syarat 'ulil amri' mentadbiruruskan jema'ahnya berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika 'ulil amri' berpandukan selain al-Quran as-Sunnah, maka dia melakukan sesuatu yg maksiat, maka jema'ahnya tidak dibenarkan mentaati mereka, malah tidak dibenarkan mendengar apa-apa perintah atau suruhan 'ulil amri'. Kemudian dalam hadith Rasulallah (s.a.w) memberi keringanan dgn menyebutkan bahawa 'sami'na, wa-ato'na mastato'na' (yg bermaksud: Aku dengar, aku taat sekuat mampuku'). Dalam konteks jema'ahlah kita wajib menjelaskan Ayat 59, Surah an-Nisa: 'Ya aiyuhallazina amanu, atiullaha wa-atiul rasula wa-uli amri minkum' (yg bermaksud: Wahai orang-orang iman! Taatkanlah Allah (a.w) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) dan (taatkanlah) 'ulil amri' dari kalangan kamu). 'Ulil amri' itu adalah golongan orang yg memerintah Jema'ah Islam yg mempunyai hiraki kepimpinan Islam dari yg terkeatas hingga ke peringkat yg paling rendah. Diperingkat tertinggi adalah Rasulallah (s.a.w) zamannya, kemudian khalifah zaman Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, dan mereka yg digelar oleh Nabi (s.a.w) sebagai 'Imam' (atau 'Amir' atau 'Malik' dalam as-Sunnah) selepas zaman sahabat yg empat itu.
Saudara, walaupun Ayat 59, Surah an-Nisa' dan Ayat 36, Surah al-Ahzab memerintahkan jema'ah umat Islam taatkan 'ulil amri' (atau barisan kepimpinan jema'ah), dalam bahagian kedua Ayat 59, Surah an-Nisa' itu, Allah (a.w) memerintahkan bahawa jika timbul sebarang pertelingkahan atau perbalahan atau perselisihan terhadap segala sesuatu mengenai Islam - sebagai ugama (i.e. ibadah dan amalan) dan sebagai organisasi umat (i.e. urusan jema'ah) - maka hendaklah mereka (imam dan rukyah) merujuk kembali kpd al-Quran dan as-Sunnah untuk keputusan muktamad. Jelaslah, 'ulil amri' tidak boleh membuat sesuatu keputusan atau ketetapan yg bercanggah dgn ketetapan Allah (a.w) (i.e.al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah). Maka dgn itu dalam as-Sunnah disebutkan bahawa perintah Imam yg maksiat tidak wajar di dengar dan taati.
Saudara, Ayat 62, Surah an-Nur menetapkan juga bahawa apabila sudah ditetapkan sesuatu, maka jema'ah wajib akur dgn ketetapan tersebut. Dan, Ayat 63, Surah an-Nur pula melarang sama sekali orang Islam meninggalkan jema'ahnya.
Jika kita teliti as-Sunnah menyentuh tajuk atau perkara 'imarah' (atau, sistem keimaman dan Jema'ah dalam Islam), kita akan dapati perincian sistem dan kaedah serta proses yg terlibat, termasuklah kaedah dan cara pemilihan imam dan orang-orang yg mentadbiruruskan jema'ah bagi pihaknya. Zaman Rasulallah (s.a.w) sistem jema'ah ini mula dilaksanakan atas perintah Allah (a.w). Dalam zaman khalifah yg empat pula apakala Islam sudah berkembang maka hirarki atau birokrasi jema'ah itu semakin kompleks, maka wujudlah golongan Gabnur dan Qadi dalam Jema'ah Islam. Kesemuanya ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Jika kita teliti as-Sunnah menyentuh tajuk atau perkara 'imarah' (atau, sistem keimaman dan Jema'ah dalam Islam), kita akan dapati perincian sistem dan kaedah serta proses yg terlibat, termasuklah kaedah dan cara pemilihan imam dan orang-orang yg mentadbiruruskan jema'ah bagi pihaknya. Zaman Rasulallah (s.a.w) sistem jema'ah ini mula dilaksanakan atas perintah Allah (a.w). Dalam zaman khalifah yg empat pula apakala Islam sudah berkembang maka hirarki atau birokrasi jema'ah itu semakin kompleks, maka wujudlah golongan Gabnur dan Qadi dalam Jema'ah Islam. Kesemuanya ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
(Bersambung ...)
No comments:
Post a Comment