Saturday, January 22, 2011

Kata-kata Hikmah Pagi Ini

Assalamualaikum,
saudara, 
kata-kata hikmah kita pagi ini adalah sabda Rasulallah (s.a.w) berikut:
Diriwayatkan oleh Anas b Malik (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Laisa bikhairkum taraka dunya li-akhiratihi wa-la akhiratahu lid-dunyahu hatta yusiba minhuma jami'an fainnad-dunya balaghun ilal-akhirati wa-la takunu kalla 'alan-nasi' (yg bermaksud: Tiada yg sebaik-baik diantara kamu sekelian orang yg meninggalkan dunianya kerana (urusan) akhiratnya, dan tiada (juga sebaik-baik kamu) orang yg meninggalkan akhiratnya kerana (urusan) dunianya sehingga dia mendapatkan kesemuanya (i.e. dunia dan akhirat). Maka sesungguhnya dunia itu adalah bekalan untuk menuju ke akhirat. Dan janganlah kamu sekelian menggantungkan (dunia dan akhirat) kpd manusia.) [Hadith Riwayat ibnu 'Asakar]
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita bincangkan siapa yg untung dan siapa yg rugi di kalangan orang Islam. Dalam hadith ini kita diberi panduan siapakah yg untung di dunia dan di akahirat.
Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya di atas itu memberi kita tahu bahawa sebaik-baik manusia itu adalah orang yg berusaha sebaik mungkin untuk mndapat kejayaan di dunianya dan pada masa yg sama dia juga mempersungguh untuk mendapatkan kejayaan akhiratnya, dan dia mendapat kedua-duanya sekali. Orang yg terbaik itu adalah orang yg berusaha mendapatkan keuntungan dunia dan keuntungan akhirat. Kerana dalam hadith yg lain, yg telah kita rujuk sebelum ini, bahawa dunia itu adalah tempat menyediakan bekalan untuk perjalan hidup yg jauh lebih panjang - malah kekal - di akhirat yg memerlukan bekalannya disediakan ketika di dunia. Apabila telah kiamat dunia, kita tidak boleh lagi mengerjakan amalan dan ibadah atau menyediakan bekalan untuk akhirat, kerana di akhirat kita hanya menerima kembali hasil pelaburan kita buat ketika di dunia - sama ada hasilnya adalah dividen yg negatif iaitu kita menjalani hukuman di neraka atau dividen yg poitif kita berada di syurga menikmati segala kesenangannya tanpa batas.
Saudara, 
dalam hadith tersebut Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita dunialah tempat kita berusaha sedaya upaya untuk menyediakan bekalan untuk kebajikan akhirat kita.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment