Assalamualaikum,
saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kejayaan dunia itu perlu kan ilmu, dan kejayaan akhirat itu juga perlukan ilmu. Kita faham bahawa kejayaan di dunia itu dalam apa jua bidang mengutamakan kesungguhan dalam melaksanakan tugas dan tangungjawab yg diserahkan atau bidang yg diceburi. dalam Islam lebih-lebih utama mempersungguh, melengkapkan diri dgn ilmu yg secukupnya, supaya segala amal dan ibadah kita dikerjakan dan segala sesuatu yg menambah kpd keuntungan akhirat kita kerjakan.
Allah (a.w) memberitahu kita dalam firmanNya di bawah ini, jika kita mempersungguh dalam mengabdikan diri kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, sudah pastilah kita mendapat hidayah atau petunjuk Allah (a.w).
Ada banyak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yang memungkinkan kita mendapat ganjaran pahala yang besar apabila kita kerjakannya. Kita telahpun kerapkali andaikan bahawa segala amalan dan ibadah kita, sekiranya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, sebagaimana dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), dgn berpaksikan niat yg betul, iaitu mencari kerahmatan Allah (a.w) (i.e. ganjaran syurga) dan takutkan azab atau siksaaan Allah (a.w) (i.e. selamat dari neraka), adalah pelaburan akhirat bagi kita. Kalau kebaikan kita itu melibatkan pengajaran ilmu dan panduan yg haq kpd saudara Islam yg lain, maka itu menghasilkan gandaan pahala, sekiranya diamalkan oleh orang yg kita ajarkan dan beri panduan.

Firman Allah (a.w): ‘Wal-lazina jahidu fina lanahdiayannahum subulana ...’ [Maksud: Dan orang-orang yang berjihad (i.e. mempersungguh) dalam Kami (Allah (a.w) (yakni, ugama Allah (a.w)) nescaya sungguh Kami (Allah (a.w)) akan memberi hidayah (petunjuk) kepada jalan-jalan Kami (a.w) ...] [Ayat 69, Surah al-Ankabut].
Dalam segala sesuatu kita perlu bersungguh-sungguh mengerjakannya. Kejayaan dunia bergantung kepada kesungguhan kita berusaha. Kerjayaan akhirat lebih-lebih lagi memerlukan kesungguhan. Tanpa kesungguhan, contohnya, bagaimana mungkin kita boleh menjadi hamba Allah (a.w) yang kental imannya dan kokoh ketaqwaannya. Tanpa kesungguhan bagaimana mungkin kita boleh mengerjakan berbagai-bagai amalan dan ibadah yang sunat sebagaimana disuruh Allah (a.w) dan RasulNya dan yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Tanpa kesungguhan bagaimana mungkin kita dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita?
Saudara,
ibadah wajib seumpama solat adalah amalan yg tidak boleh tidak kita kerjakan. Keimanan dan keikhlasan kita serta rasa kesyukuran kita hanya boleh dibuktikan setelah mengerjakan yg wajib dgn istiqamah, mengerjakan pula yg sunat dgn penuh istiqamah, seumpama bangun 1/3 malam untuk qiamul-lail pula dan mengerjakan lain-lain ibadah sunat lainnya ketika siang. Insya Allah, kita akan teliti apakah amalan dan ibadah sunat yg boleh kita kerjakan sebagai tanda kesyukuran kita kpd Allah (a.w) yg telah memberi kita peluang hidup di dunia ini.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment