Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat seterusnya sepotong lagi hadith mengenai tajuk yg sama supaya kita tahu satu lagi dimensi akibat kebatialannya belajar dan mengajarkan ilmu kerana tujuan selain untuk menyemak segala amalan dan ibadah kita dan untuk memberitahu saudara sesama Islam yg lain agar tidak terjerumus ke dalam kebatilan yg membahayakan kebajikan akhirat kita.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) berkata: ‘Seandainya bahawasanya ahli ilmu menjaga dan meletakkan ilmunya di sisi ahlinya (yakni, orang yang sewajarnya diberikan ilmu diberikan tempat-tempat yang sewajarnya mengikut ilmu-ilmu mereka, yakni kepakaran mereka) nescaya menjadi pemimpin-pemimpin mereka (yang berilmu) pada zaman mereka (demi kehidupan dunia dan akhiratnya). Dan akan tetapi mereka (yakni, pemimpin atau mereka yang berkuasa) meletakkan ilmu pada ahli dunia maka menghina dia dengan ilmu itu dari dunia mereka (yakni, mereka dihina semasa dalam dunia kerana menghinakan ugamanya demi kepentingan dunianya). Maka menghina atas mereka.
(Kemudian disambung Abdullah Mas’ud dengan kata-katanya) Aku mendengar Nabi kamu bersabda: ‘Barangsiapa menjadikan cita-cita mereka pada cita-cita yang satu (iaitu ikhlas dia menuntut ilmu kerana Allah (a.w), yakni ugamanya dan supaya lebih mudah dia mendampingi diri kepada Allah (a.w) melalui amalan dan ibadatnya dan amalan dan ibadat orang lain yang diajarkannya), maka dicukupkan akan akhiratnya (oleh Allah (a.w), yakni mendapat balasan syurga), (dan) maka dicukupkan Allah (a.w) akan cita-cita dunianya (yakni, tidak sempit hidupnya, berkat rezkinya, tenang dan tenteram jiwanya, mudah puas dia akan apa yang ada padanya dan selamat dan berkat kehidupannya). Dan barangsiapa bercabang-bercabang (yakni, banyak ragam motif dan keinginan) dengan cita-citanya (apabila mencari dan mendapat ilmu itu) pada perkara dunia (yakni, semata-mata untuk pertimbangan-pertimbangan dan kepentingan-kepentingan duniawi), tidak dipedulikan oleh Allah (a.w) di dalam mana jurang dunianya rosak (yakni, dibiarkan oleh Allah (a.w) binasa dalam apa jua bidang yang dia ceburi atau minati semasa di dunia tetapi lebih-lebih lagi binasa di akhirat).’ [Hadith Ibnu Majah].
Saudara,
Hadith di atas menjelaskan sekiranya semua manusia yang berperanan di dalam masyarakatnya diberikan peranan sedemikian berasaskan ilmu mereka, maka memimpin mereka akan masyarakat dan umat Islam dengan baik, teratur dan berkesan. Orang-orang yang dianjurkan oleh Islam diberi pengiktirafan untuk menyandang apa-apa jawatan hendaklah mereka yang memiliki ilmu mengenai tugas dan tanggung jawab mereka serta orang yang sentiasa waspada dengan tuntuan akhirat mereka. Maka memimpin mereka rakyat atau masyarakatnya ke jalan yang diredhai Allah (a.w). Tetapi, jika sebaliknya, diletakkan tanggung jawab dan peranan kepada ahli dunia, yakni yang semata-mata memikirkan kepentingan dunia mereka, maka hinalah mereka bukan sahaja di dunia dalam apa-apa urusannya kerana dibenci manusia dan hina juga di akhirat kerana dicampakkan ke dalam neraka. Hadith ini menyebutkan mereka yang menyebabkab kebatilan, yakni memberi pernghormatan mengurus sesuatu bukan ahli dalam ilmu yang diperlukan, akan dibiarkan oleh Allah (a.w) tanpa ditolong.
Hadith itu menyebut sebaliknya pula. Jika ilmu itu dicari semata-mata kerana kepentingan dan pertimbangan-timbangan akhirat, maka Rasulallah (s.a.w) berkata orang sedemikian itu mendapat kedua-duanya sekali, iaitu dunianya dipermudahkan oleh Allah (a.w) dan di akhirat dia selamat pula. Justeru itulah, Islam menyuruh manusia yang berilmu itu diberikan jawatan atau tugas atau tanggung jawab berpandukan keilmuannya atau kemahirannya di dalam sesuatu ilmu itu maka sudah tentulah mereka menjadi pemimpin dan memimpin mereka umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah (a.w) dan boleh mereka memakmurkan umat Islam selaras dengan perintah Allah (a.w). Tetapi apabila dipergunakan ilmu yang mereka ada semata-mata kerana kepentingan atau kehendak dunia maka hinalah pengamal ilmu itu, dn rosaklah bangsanya. Mereka yang belajar dan mengajar ilmu demi keikhlasannya kepada Allah (a.w), tidaklah dia terbiar atau dibiarkan oleh Allah (a.w), kerana Allah (a.w) akan memberkati hidupnya di dunia dan di akhirat dengan mencukupkan keperluan dunianya dari pelbagai segi dan dipercukupkan keperluan akhiratnya iaitu balasan syurga. Sebaliknya mereka yang belajar dan mengajar ilmu ugama kerana kepentingan duniawi, maka di akhirat kelak mereka tidak dihiraukan oleh Allah (a.w). Mereka yang tidak dipedulikan Allah (a.w) semasa akhirat adalah mereka yang tidak mendapat pertolongan Allah (a.w), maka merengkoklah dia di neraka tidak memdapat sebarang pertolongan atau pembelaan.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment