Assalamualaikum,
saudara, hari ini rata-rata kita sentiasa mencari idola masing-masing untuk dijadikan ikutan kita. Bagi orang yg kaya, mereka jadikan idola orang yg berjaya dalam pelbagai bidang yg menjadikan mereka kaya dan mewah. Bagi anak-anak muda pula, mereka sering menjadikan idola mereka orang spt selebriti spt pelakon dan penyanyi, kerana itulah yg mereka minati zamannya. Jarang-jarang kita temui sama ada yg tua ataupun yg muda menjadikan idola mereka personaliti yg boleh mempengaruhi untuk menjadi baik dan semakin baik sebagai seorang Islam dan orang iman. Malah orang yg berilmupun tertairk oleh pengaruh keduniaan sehinggakan mereka sentiasa ingin menjadi pakar runding atau orang yg sentiasa dicari oleh masyarakat kerana ilmunya.
Saudara,
dalam Islam idola yg disuruh Allah (a.w) ikuti dan jadikan model ikutan orang iman terbaik adalah Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) bukanlah semata-mata 'uswatun hasanah' dalam perkara amalan dan ibadah atau dalam urusan mengabdikan diri kpd Allah (a.w) dalam perspektif ugama, tapi Rasulallah (s.a.w) adalah model manusia beriman terbaik, dalam menjalani kehidupan di dunia, yg sewajarnya menjadi idola manusia yg beriman, yakni orang-orang yg yakin bahawa ada kehidupan yg jauh lebih utama dan lebih menyeronokkan setelah matinya, i.e. di akhirat. Di dalam al-Quran, dua personaliti yg digelar 'khalilullah' (i.e. kekasih Allah (a.w)), iaitu Nabi Ibrahim (a.s) dan Nabi Muhammad (s.a.w). Maka dgn itulah dua personaliti di iktiraf sebagai 'uswatun hasanah' dalam al-Quran. [Nota: Ayat 21, Surah al-Ahzab - Rasulallah (s.a.w) adalah model terbaik sebagai ikutan].Selain itu, kesemua para nabi dan para rasul juga adalah model-model ikutan bagi orang iman. Malangnya hari ini, dalam perkara ibadahpun mereka tidak jadikan mereka itu sebagai model, khususnya mereka tidak jadikan Rasulallah (s.a.w) sebagai model walaupun sudah diperintahkan oleh Allah (a.w). Ramai orang Islam, termasuk orang Melayu, tidak jadikan Rasulallah (s.a.w) sebagai model ikutan mereka. Mereka utamakan personaliti lain dalam perkara amalan dan ibadah...
Saudara, kita lihat satu lagi model orang yg boleh kita jadikan model dalam memperhambakan diri kpd Allah (a.w), iaitu Nabi Daud (a.s).
Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya (cara atau amalan) bersolat yang paling disukai Allah (a.w) adalah cara (atau amalan) solat Nabi Daud (a.s). Adapun dia tidur separuh malam, berdiri (yakni, bangun bersolat) dia sepertiga malam dan tidur lagi seperenam malam. Dan, (cara) puasa yang paling disukai Allah (a.w) adalah puasa Nabi Daud (a.s), dia berpuasa sehari dan berbuka sehari, dan dia tidak lari apabila menghadapi musuh.’ [Hadith Bukhari dan Muslim].
[Nota: Disebutkan juga di dalam sepotong hadith lain bahawa Nabi Daud (r.a), walaupun dia seorang Raja, tidak mengambil wang (i.e. menuntut gaji atau saraan dari) kerajaannya (yakni, Perbendaharaan Negara) untuk menyara dirinya dan keluarganya, walhal dia berhak sebagai raja yang memerintah. Tetapi, Nabi Daud (a.s) dengan usaha tangannya sendiri menyara hidupnya dan keluarganya dengan bekerja sendiri dan menjual hasil kerja tangannya, termasuklah membuat dan menjual baju besi.]
Saudara,
dalam hadith di atas itu disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w), sebagai seorang iman yg inginkan agar Allah (a.w) kasihinya di akhirat kelak, wajarlah dia mencontohi dua amalan Nabi Daud (a.s), iaitu: pertama, dalam perkara bangun malam untuk mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah sunat kpd Allah (a.w); dan kedua, mengerjakan puasa sunat yg terbaik setelah mengerjakan setiap tahun puasa Ramadhan dengan sempurna, iaitu puasa Nabi Daud (a.s).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment