Wednesday, January 5, 2011

Solat: Bacaan (atau doa) ketika Sujud dan Duduk Antara Dua Sujud

Assalamualaikum,
Saudara, hadith berikut memberitahu kita kalimah-kalimah yg dibaca ketika Ruku', Sujud dan Duduk Antara Dua Sujud. Walapun kalimah-kalimah tersebut pendek tetapi memadai dn sama tarafnya dgn kalimah-kalimah yg lain.

Bacaan Ketika Ruku', Sujud Dll

Saudara, 
ada banyak hadith mengenai kalimah-kalimah yg dibaca ketika Ruku', Iktidal, Sujud, dan Duduk Antara Dua Sujud itu, namun hadith berikut yg pendek, precise, jelas dan sahih, dapat menunjukkan perkara tersebut. [Nota: Lelaki yg membaca tersebut duduk di sebelah  Nabi (s.a.w), maka bacaannya benar kerana tidak ditegur oleh Nabi (s.a.w).]
Diriwayatkan hadith tentang seorang lelaki dari 'Absin (suatu tempat) hadith dari Khuzaifah bahawasnya dia (lelaki tersebut) datang kpd Nabi (s.a.w), maka berdiri dia pada sisinya (atau, sebelahnya), maka berkata dia (i.e. membaca Doa Iftitah dalam solatnya): 'Allahu Akbar zul-malakuti wal-jabaruti wal-kibriyai wal-'azamati' (yg bermaksud: Allah yg Maha Besar, Zat yg Amat Memuliakan diriNya dgn beberapa kerajaan, zat yg memaksa atas hambaNya, Zat yg Sombong dgn Ketinggian KedudukanNya dan Zat dalam KebesaranNya), kemudian membaca al-Baqarah; kemudian Ruku' dia, maka adapun Ruku'nya kira-kira (sama) dengan berdirinya (i.e. Iktidalnya). Maka dia membaca pada Ruku'nya (i.e. ketika Ruku'): 'Subhana rabbial 'azimi, subhana rabbial 'azimi', dan membaca di dalam Sujudnya (i.e. ketika Sujud): 'Subhana rabbial a'la, subhana rabbial a'la', dan adapun dia membaca (ketika duduk) antara dua Sujudnya: 'Rabbighfirli, rabbighfirli'. [Hadith an-Nasa'i]
[Nota: bacaan ketika Duduk diantara Dua Sujud yg disebutkan dalam hadith di atas itu yg paling pendek, tetapi memadai untuk semua solat, tanpa mengurangi pahala solat]. Doa Iftitah yg dibaca oleh lelaki tersebut boleh kita pakai sebagai menggantikan kalimah-kalimah Doa Iftitah yg lain (spt yg terpendek: 'Allahu Akbar kabirau wal-hamdulillahi kathirau wa-subhanallahi bukratau wa-asila' itu. Tapi tak perlu baca pelbagai Doa Iftitah pula ketika membaca Doa Iftitah, satu dah memadai.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment