Assalamualaikum,
Saudara, kita telah faham bagaimana mandi junub dan berwudu' berdasarkan ketetapan as-Sunnah. Oleh kerana kita wajib ikuti as-Sunnah kerana perintah Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr dan jika kedua-duanya menepati as-Sunnah, sahlah amalan kita dan sahlah solat kita pula. Bagaimana nak pasti solat kita sah dan diterima? Kita tengok ketetapan as-Sunnah.
Solat Mengikut Ketetapan as-Sunnah
Sesuatu solat itu menepati as-Sunnah kalaulah bentuk solat itu, kaedah dan cara mengerjakankannya, serta rukun qalbinya (niat dan iktikad hati), rukun qaulinya (bacaaan dan ucapannya) dan rukun fe'linya (pergerakan dan perlakuannya), menepati as-Sunnah. Kita rengkaskan ketetapan as-Sunnah dgn merujuk kpd solat seperti berikut:
1. Persediaan sebelum solat - tempat solat dan pakaian solat hendaklah suci dari najis (bukan suci dari tanah atau terkena kuah dan sebagainya), dan pakaian kita hendaklah suci dari najis dan hendaklah menutup aurat;
2. Persediaan sebelum solat - Hendaklah solat mengadap kiblat;
3. Persediaan sebelum solat - Hendaklah dimulakan dgn iqamah atau qamat (kalau bermakmum, makmum qamat; kalau makmum perempuan, imam qamat);
4. Memulakan solat dgn berdiri kemudian berTakbir (Takbiratul Ikhram) dgn mengangkat kedua tangan tegak ke atas, supaya jari-jari yg lurus bersetentang dgn cuping telinga ATAU paras kedua bahu, sambil menyebut: 'Allahu Akbar' (Nota: Dua sahaja kaedah mengangkat kedua tangan dalam solat, tiada kaedah lain yg sahih);
5. Setelah diangkat kedua tangan, di letakkan kedua-duanya atas bahagian perut, di atas bahagian pusat, dgn tangan kanan memegang pergelanfgan tangan, dan diletakkan di tengah-tengah, buka diherotkan ke kiri sebagaimana lazim dibuat oleh orang Melayu;
6. Membaca Doa Iftitah, iaitu: 'Allahu akbar kabira, wal-hamdulillahi kathira, wa-subhanallahi bukratau wa-asila' - cukup. Tak perlu yg panjang. [Nota-1: Kalau yg panjang itu disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah ok, kalau disebutkan oleh ulama' atau tok guru tak boleh]; dan sepanjang kita berdiri membaca al-Fatihah dan surah itu, kita arahkan kedua-dua mata kita ke tempat Sujud (supaya mata kita tidak liar atau jalatan);
[Nota-2: Setiap solat fardu diwajibkan membaca satu surah atau beberapa ayat al-Quran pada rakaat pertama dan kdua setiap solat. Tidak perlu dibaca bagi rakaat ke-3 atau ke-4. Bagi setiap solat sunat pula hendaklah dibaca satu surah atau beberapa ayat al-Quran bagi setiap rakaat.]
7. Membaca al-Fatihah (atau Ummul Kitab) kemudian membaca satu surah al-Quran atau beberapa ayat-ayat al-Quran. kalau bersolat malam dikuatkan bacaan, kalau solat siang tidak dikuatkan, memadai cukup boleh telinga sendiri mendengar apa yg kita baca. Dimulakan membaca al-Fatihah dgn membaca 'Basmalah' cukup boleh didengari oleh telinga sendiri, tidak perlu dinyaringkan atau dikuatkan bacaannya. Hanya bacaan al-Fatihah dan surah sahaja dikuatkan;
[Nota-3: 'Basmalah' adalah kalimah 'Bismillahir rahmanir-rahim'. Kalimah perlindungan, iaitu: 'A'uzubillahi minasy-syaitanir-rajim' itu juga boleh dibaca sebelum Basamalah, tanpa dikuatkan sebagaimana bacaan 'Basmalah' tadi. Tidak ada sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah bahawa Basmalah dan Ta'awuz dibaca dgn kiuat sebagaimana membaca al-Fatihah atau surah];
8. Selesai membaca surah hendaklah Ruku', dgn mengangkat kedua-dua tangan sebagaimana berTakbir Ikhram tadi ke paras cuping telinga atau paras bahu, sambil bertakbir (i.e. Allahu Akbar) dan meletakkan kedua-dua tangan atas kepala lutut, dan mata kita memandang ke bawah, dan membaca Tasbih Ruku', iaitu: 'Subhana rabbial 'azim' sahaja (3 kali);
9. Dari keadaan Ruku' kitapun bangun untuk Iktidal sambil mengangkat kedua tangan ke paras cuping telinga atau paras bahu sambil membaca 'Sami'allahi liman hamidah', sehinggalah betul-betul tegak, dan diletakkan kedua tangan di sebelah tubuh kita [Nota-4: Kalau berjema'ah, ketika Imam baca 'Samiallah ...', makmum baca atau sebut 'Rabbana wa-lakal hamdu' sahaja, tak perlu ikut bacaan Imam];
10. Kemudian kita bertakbir semula sambil tunduk untuk Sujud dgn mempastikan tujuh anggota Sujud terkena pada tempat bersolat (tikar atau sejadah ataupun karpet); letakkan kedua telapak tangan bersetentang dgn telinga, dahi dan hidung kena pada tempat solat, kedua lutut dan kedua barisan jari-jari kaki yg dua juga terkena pada tempat Sujud tadi (ditegakkan jari-jari), sambil membaca Tasbih Sujud: 'Subhana rabbial 'ala' sahaja (3 kali);
11. Kemudian bangun sambil bertakbir (i.e. membaca Allahu Akbar) untuk Duduk di antara Dua Sujud dan setelah tetap berkeadaan duduk itu membaca Tasbihnya, iaitu (yg paling rengkas tapi memadai): 'Rabbighfirli, rabbighfirli' sahaja sudah cukup, atau baca yg lebih panjang jika ada sandaran al-Quran dan as-Sunnah;

12. Kemudian kita Sujud semula kali keduanya sambil berTakbir (i.e. Allahu Akbar) dan ketika sudah sempurna dalam keadaan Sujud itu membaca tasbihnya spt tadi ('Subhana rabbial 'a'la sahaja);
13. Setelah selesai, kitapun bertakbir dan bangun untuk rakaat keduanya pula, dan demikianlah perlakuan rukun fe'li dan rukun qauli solat;
14. Pada rakaat kedua, selepas Sujud kedua, kita hendaklah bangun duduk untuk Tahiyat Awal. Cara duduk Tahiyat Awal: ponggong kiri di atas telapak kaki kiri yg dilipatkan dan ponggong kanan ditepi kaki kanan yg ditegakkan atas jari-jarinya (i.e. duduk Iftirasy), sambil membaca kalimah-kalimah Tahiyat Awal. Ada dua versi yg populat Tahiyat Awal itu, satu versi ibnu Masud (r.a) dan satu versi ibnu Omar (r.a) [Nota-4: Kita akan tuliskan dalam post akan datang];
15. Selesai kita bangun semula berdiri sambil bertakbir (i.e. baca Allahu Akbar) dan mengangkat kedua-dua tangan sampai ke paras cuping telinga atau paras bahu, untu rakaat ke-3 pula.
Insya Allah kita sambung lagi dalam post selepas ini.
Jazakallahu khairah

No comments:
Post a Comment