Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat lagi beberapa ketetapan Islam berhubung tajuk di atas. Kita telah lihat apakan kemanfaatannya kita menolong dan membantu saudara Islam (dan iman) yg lain dalam post yg lalu. Kita lihat pula hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ta'lamu min ansabikum ma tasiluna bihi arhamakum fainna silatar-rahimi mahabbatun fil-ahli mathratun fil-amli mansatun fil-athari' (yg maksudnya: Belajarlah kamu sekelian tentang 'nasab' kamu sekelian yg sekiranya boleh kamu sekelian sambungkan, kerana sesungguhnya silatur rahim itu menambah kecintaan (yakni, kemesraan) antara keluarga, menambah harta dan memanjangkan umur.') [Hadith at-Termidzi, Kitab Berbuat Baik dan Menyambung Silatur Rahim]
Hadith di atas itu menyuruh kita mencari dan mengenali kaum kerabat dan keluarga kita supaya kita berbaik-baik dan saling hubung menghubungi. Kerana perbuatan sedemikian itu menghasilkan beberapa kebaikan untuk kita; iaitu: pertama, meningkatkan tali persaudaraan dan merapatkan saudara mara; kedua, menambah harta, kerana kesatuan sedemikian akan membolehkan yg berada menolong yg kurang berada, dan mengumpulkan sumbr untuk memajukan ekonomi keluarga; dan ketiga, Allah (a.w) panjangkan umur kita kerananya.
Saudara,
dalam pada itu pula, kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Sabda Raulallah (s.a.w): 'La yadkhulul jannata qati'u rahimin' (yg bermaksud: Tidak akan masuk syurga orang yg memutuskan tali kekeluargaan (atau, silatur rahim) [Hadith Muslim, Kitab Berbuat Baik dan Menyambung Persaudaraan]
Saudara, berat ketetapan Allah (a.w) terhdap kita yg memutuskan silatur rahim sesama keluarga. [Nota: dalam Islam keluarga itu termasuk orang Islam dan iman yg lainnya, tidak terhad kpd keluarga kita yg terdekat sahaja, i.e. saudara mara kita saja.]
Oleh itu berwaspadalah, dan janganlah kita sesudah iman dan beramal dgn banyak lagi berbagai serta istiqamah mencari kerahmatan Allah (a.w) kita dikalahkan oleh perbuatan kita memutuskan tali persaudaraan, wal iya zubillah.
Jazkallahu khairah
No comments:
Post a Comment