Saturday, January 15, 2011

Keuntungan Belajar Ilmu (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, Allah (a.w) itu tidakpu mengutamakan dunia, maka dgn itu Allah (a.w) memberitahu kita bahawa dunia itu adalah kesenangan yg sedikit. Kehidupan dunia itu juga tidak penting. Yg penting dan lebih utama serta yg paling baik untuk manusia dan adalah kehidupan yg sebenarnya adalah kehidupan di akhirat. Maka dgn itu di dalam as-Sunnah kita diberitahu bahawa kalaulah dunia ini nilainya lebih dari nilai sehelai kepak lalat, maka orang yg tidak menerima Islam tidak akan dikurniakan Allah (a.w) seteguk airpun untuk dimimun oleh mereka! Fikirkanlah, betapa rendahnya nilai dunia pada Allah (a.w).
saudara, mengaji ilmu akhirat itu mendatangkan pahala yg amat besar, yg tidak dapat diniali dgn apapun yg ada dalam dunia.
Diriwayatkan hadith daripada Kathir bin Qais berkata: ‘Adapun aku duduk di sisi Abu Darda’ di dalam sebuah masjid di Damsyik. Maka datang seorang lelaki, maka berkata dia: ‘Wahai Abu Darda’! Aku datang kepada engkau dari Madinah, Madinah Rasulallah (s.a.w), kerana sepotong hadith. Sampaikanlah kepada aku bahawasanya engkau ceritakan (kepadaku) akan hadith dengan hadith daripada Nabi (s.a.w)’. Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka apakah tidak datang engkau kerana hendak berniaga?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): Dan tidak datang engkau dengan urusan selainnya?’ Berkata dia: ‘Tidak!’ Berkata Abu Darda’ (r.a): ‘Maka sesungguhnya aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa berjalan satu jalan kerana mencari di dalamnya (yakni, dalam perjalanan itu) satu ilmu (iaitu, ilmu al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidupnya), maka memudahkan Allah (a.w) baginya jalan menuju ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat nescaya meletakkan (yakni, menghamparkan) sayapnya, dan ridha (yakni, suka mereka) pada orang yang menuntut ilmu. Dan, sesungguhnya menuntut (yakni, mencari) ilmu (mengenai Islam dan syariatnya berasaskan al-Quran dan as-Sunnah) meminta ampun baginya (yakni, bagi orang yang mencari ilmu itu) orang-orang di dalam beberapa langit dan bumi (yakni, para malaikat serta makhluk Allah (a.w) di bumi), sehinggakan ikan-ikan di dalam airpun (berdoa untuknya). Dan, sesungguhnya kefadhalan orang-orang yang ‘alim atas hamba-hamba seumpama bulan yang dikelilingi oleh bintang-bintang. Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar dan tidak (juga mewariskan) dirham (yakni, wang ringgit atau kekayaan). Sesungguhnya ulama’ (yakni, orang berilmu) mewariskan ilmu. Maka, barangsiapa mengambil akan ilmu, mengambil dan menjaga dia akan sempurna (akan ugamanya, yakni, syurgalah tempatnya).’ [Hadith ibnu Majah & Hadith Abu Daud]
Apakah mesej di dalam sabda Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith di atas itu? Cuba kita teliti lebih terperinci mesej-mesej tersebut:
 Pertama, barangsiapa bermusafir atau berjalan ke suatu tempat kerana mencari ilmu (mengenai ugamanya), maka memudahkah oleh Allah (a.w) dia mencari dan mendapatkan ‘siratul mustaqim’ jalan ke syurga; 
 Kedua, para malaikat akan tunduk dengan menundukkan sayapnya menghormati orang yang berjalan kerana mencari ilmu tentang ugamanya supaya membolehkan dia lebih baik beramal dan beribadah; 
 Ketiga, para malaikat kasihkan seseorang yang berjalan atau menjelajah kerana mencari ilmu, maka sentiasalah dia mendoakan kepada Allah (a.w) kesejahteraan orang tersebut;
 Keempat, para malaikat yang berada di langit dan di bumi akan mendoakan orang itu meminta ampun terhadapnya daripada Allah (a.w) akan segala dosa-dosanya (dan doa para malaikat tidak ada perantaraan dengan Allah (a.w), yakni doa mereka dikabulkan Allah (a.w) kerana malaikat adalah makhluk yang taat dan sentiasa berhampiran dengan Allah (a.w));
 Kelima, semua ikan di air mendoakan mereka yang berusaha mengembara atau berjalan kerana mencari ilmu;
 Keenam, mertabat orang yang alim (yakni, berilmu) itu berbanding dengan orang-orang lain adalah seumpama bulan dibandingkan dengan bintang-bintang yang bertaburan di langit, yakni tinggi makamnya di sisi Allah (a.w);
 Ketujuh, Ulama’ (yakni, orang yang memiliki ilmu yg haq itu) adalah pewaris para nabi;
 Kedelapan, para nabi tidak mewariskan dunia kepada umatnya tetapi mewariskan ilmu kepada umatnya supaya dengan ilmu itu umatnya berjaya di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat kelak; dan
 Kesembilan, barangsiapa mencari, mempelajari dan mengambil (yakni, mengamalkan) ilmu, maka dia menjaga dirinya dan menjaga tempatnya (yakni, telah membuat ‘reservation’ tempat tinggalnya) di syurga.
Kita sering mendengar para ulama’ dengan bangganya merujuk kepada kalimah ‘ulama’ adalah pewaris nabi’. Kalimah ini terdapat juga di dalam al-Quran. Tetapi mereka keliru dengan maksudnya. 
[Nota-1Apabila ridha para malaikat, maka mereka akan mendoakan kebaikan bagi mereka. Doa malaikat yang duduk hamper dengan Allah (a.w) dan yang sentiasa taatkan Allah (a.w) pastilah mustajab dan diterima Allah (a.w) dengan mudahnya. Nota-2: Ramai para ulama’ dan ilmuwan Islam yang sering merujuk kepada kalimah ini (i.e. ulama' pewaris para nabi) kerana berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan kepada mereka. Mereka akui mereka adalah wakil para nabi di dunia dalam Islam. Namun, mereke tersilap. Mereka adalah wakil atau pewaris para nabi dalam konteks mereka tahu dan faham tentang ilmu al-Quran dan as-Sunnah maka dengan itu mereka memandu manusia dan mengajarkan ilmu kepada manusia supaya mereka dapat beramal dan beribadah menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana para rasul dan nabi menngajarkan umat mereka menepati ketetapan Allah (a.w). Mereka tidak diberi lesen untuk bebas membuat segala sesuatu, termasuk mengajarkan sesuatu yang batil jika tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah! Nota-3: Di dalam hadith ini Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa ‘para ulama’ adalah pewaris para nabi’ menunjukkan keistimewaan kedudukan para ulama’. Yang dimaksudkan di dalam hadith ini adalah para ulama’ yang faham lagi faqih dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukanlah sebarang ulama’. Kerana ulama’ yang faham dan faqih dengan dua sumber ilu tersebut akan berperasan meneruskan perjuangan Rasulallah (s.a.w) mengembangkan nur Islam berpandukan semata-mata al-Quran dan as-Sunnah dan bukanlah memandai-mandai mengadakan sesuatu yang tidak dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Nota-4: Ulama' (yakni, orang yang berilmu) adalah pewaris para nabihanya jika adalah orang yang berilmu dan faqih dia tentang ilmu mengenai syariat Islam itu, iaitu Ilmu al-Quran dan Ilmu al-Hadith. Apakah ilmu dalam Islam? Disebutkan di dalam sepotong hadith lain, yang kita telah rujuk dalam blog ini, iaitu iaitu tiga: (i) ilmu al-Quran, (ii) ilmu al-Hadith atau as-Sunnah dan (iii) ilmu faraid. Bukan sebarang ilmu. Juga sebagai pewaris para anbia’ ulama’ hendaklah menyampai dan mengembangkan ilmu mengenai Islam dan syariatnya, yakni al-Quran dan as-Sunnah, dan bukan disimpannya. Juga, bukanlah dia mengajar dan mengembangkan ilmu dengan tujuan mendapat sesuatu keuntungan keduniaan – nama, tempat, pengaruh dan wang ringgit, kerana di dalam hadith disebutkan para anbia’ tidak menyampaikan dan mengembangkan ilmu kerana dinar dan dirham (yakni, keduniaan).]
Saudara, jikalah kita benar-benar yakin dgn mesej dalam hadith ini, kalau kita tidak ambil kesempatan mengaji dan belajar ilmu yg haq itu, kitalah yg rugi. Dan, kalau kita yakin begitu besarnya beruntung kita yg berilmu menyebarkan ilmu kita, kitalah yg terlepas peluang untuk mendapat kerahmatan Allah (a.w).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment