Assalamualaikum,
saudara, dalam Surah al-Qadr, kita diberitahu bahawa sesiapa yg menjumpai malam Qadr pada salah satu malam drp 10 malam terakhir Ramadhan, dia berdoa meminta apa-apa kpd Allah (a.w), kerana ketika itulah Allah (a.w) dgn diiringi oleh para malaikat turun ke langit dunia untuk melihat hamba-hamnbaNya yg berIktikaf mengerjakan ibadah. Jikalah, orang tersebut menemui Lailatul-Qadr itu, dia mendapat pahala seumpama mengerjakan pelbagai amalan selama 1,000 bulan (atau 83.3 tahun)! Diperjelaskan di dalam suatu hadith lain yg menyebutkan bahawa para sahabat mendengar cerita empat orang ahli ibadah Bani Israil yg mengerjakan pelbagai ibadah kpd Allah (a.w) setiap saat dan ketika selama 80 tahun, tanpa sekelip matapun melakukan sesuatu yg menimbulkan dosa. Maka amat takjub dan hairanlah para sahabat, dan mereka merasa iri hati tidak dapt menyamai amalan sebagaimana keempat-empat tersebut mengerjakan amalan. Apakala diketahui oleh malaikat Jibrail (a.s), dia menemui Rasulallah (s.a.w) mengatakan perihal kekaguman para sahabat tersebut. Jibrail (a.s) terus memberitahu Rasulallah (s.a.w) bahawa umatnya boleh mendapat ganjaran pahala yg lebih dari itu dgn mudah, iaitu mereka berusaha mencari Lailatul-Qadr pada malam 10 terakhir Ramadhan sambil berIktikaf di masjid dan dibacakan Surah al-Qadr. Jibrail (a.s) memberitahu Rasulallah (s.a.w) bahawa menemui malam Qadr itu mendapat ganjaran pahala melebihi amalan dan ibadah 4 orang orang Bani Israil yg mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) selama 80 tahun, yakni, sepanjang umur mereka, tanpa melakukan sedikitpun dosa, walaupun sekelip mata. Kerana, sesiapa yg menemui malam qadr itu Allah (a.w) memberi ganjaran pahala seumpama mengerjakan amal ibadah sepanjang masa selama 1,000 bulan, i.e. selama 83.3 tahun, yg melebih tempoh amal ibadah empat orang tersebut, hanya dgn mengerjakan ibadah satu malam sahaja!
Saudara,
maka dgn itulah utamanya Solat-solat Malam itu, kerana kita yg mengerjakannya berkesempatan 'menemui' Allah (a.w) dan mendapat segala sesuatu yg kita pohonkan. Kalau kita lakukan setiap malam, maka setiap malamlah kita mendapat kurniaan Allah (a.w) serta keampunanNya. Hadith-hadith berikut menyebutkan bila ketikanya malam itu digalakkan kita bangun:
Diriwayatkan hadith daripada ‘Amru bin ‘Abasah (r.a) berkata: ‘Datang aku kepada Rasulallah (s.a.w), maka berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Siapakah yang Islam bersama engkau?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Beberapa hamba yang merdeka.’ Berkata aku: ‘Adakah dari waktu yang (hamba Allah (a.w)) lebih dekat kepada Allah (a.w)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ya. Tengah malam atau separuh malam.’ [Hadith ibnu Majah].
Hadith di atas itu menjelaskan bahawa waktu yang paling dekat seseorang hamba itu kepada Allah (a.w) adalah sepertiga kedua malam atau sepertiga akhir malam. Jika dikira malam itu bermula jam 7 malam dan berakhir jam 6 pagi (waktu Subuh), i.e. 12 jam, maka malam itu boleh dibahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama antara jam 7 malam hingga 12 malam, bahagian kedua antara 12.00 hingga 6 pagi, sebelum masuk waktu Solat Subuh. Maka seperdua akhir malam adalah antara jam 12 tengah malam hinggalah jam 6 pagi. Seperti terakhir malam adalah antara jam 3 pagi sehingga jam 6 pagi. Justeru itu, mengikut hadith ini bolehlah dirumuskan bahawa waktu yang paling afdhal bersolat malam adalah antara jam 3 hingga jam 6 pagi.
Diriwayatkan hadith daripada Aswad, hadith daripada Aisyah (r.ah), berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) tidur awal malam, dan bangun (terjaga) akhir malam (untuk qiamul-lail, yakni mengerjakan solat Tahajjud, Witir dan lain lain-lain solat sunat).’ [Hadith ibnu Majah].
Saudara,
berjaga malam dan tidak semata-mata menghabiskan waktu malam itu dgn tidur amat utama dijadikan kelaziman orang iman yg mengharpkan mendapat syurga di akhirat nanti. Sehinggakan seorang nabi dan rasul, iaitu Nabi Sulaiman (a.s), yg dikurniakan Allah (a.w) kelebihan boleh bercakap dgn semutpun, dinasihatkan oleh ibunya, isteri Nabi Daud (a.s), ketika kanak-kanak supaya jangan menghabiskan malam untuk tidur saja, kerana orang yg tidak bangun malam untuk mengerjakan ibadah, adalah orang yg fakir (i.e. amat miskin) di akhirat. Fikirkanlah. Nabi Sulaiman (a.s) seorang nabi dan rasul dan diberikan keistemewaan menjelajah ke sana kemari dgn menungangai angin dan kaya raya pula sehinggakan wujud cerita-cerita seperti King Solomon's Mines dan sebagainya, pun bangun malam untuk mengerjakan pelbagai ibadah sebagai tanda kesyukuran kpd Allah (a.w) dan sebagai mendemokan ketaqwaannya.
saudara, semoga Allah (a.w) memberikan kita kekuatan mental dan fisikal untuk bangun malam dan menambah kpd amal ibadah kita yg fardu dgn mengerjakan ibadah-ibadah sunat, terutama solat-solat malam, insya Allah.

Jazakallahu hairah
No comments:
Post a Comment