Wednesday, January 26, 2011

Jema'ah: Ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara dalam post ini kita akan teliti konsep, intipati serta hakikat 'jema'ah' dan 'Imam' dalam Islam. Kita mulakan dgn meneliti hadith berikut, yg pada orang yg kurang meluas ilmunya menegnai as-Sunnah, akan katakan suatu ketetapan yg kontroversial.
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Darimiyi bahawa Omar b Khattab (r.a) berkata: ‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar (r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘Wahai masyarakat Arab! Dunia! Dunia! (maksudnya, janganlah dilekakan oleh kehidupan dunia) Sesungguhnya tidak atau bukan (dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah kecuali dengan berimam (yakni, diangkat menjadi Imam seorang dari kalangan mereka jemaah Islam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan (rokyah atau rakyat kepada imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan kaumnya yang faqih (yakni, benar-benar faham tentang Islam) ada kehidupan (yakni, tenteram, selamat, bahagia dan berkat) bagi imam mereka dan ada kehidupan bagi mereka (kaumnya). Barangsiapa memilih imam mereka kerana pertimbangan selain kefaqihan (tentang Islam dan syariatnya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dan secara berjemaah) ada baginya (imamnya) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya (yakni, terjerumus ke dalam neraka).] [Hadith ad-Daramiyi]
Saudara,
apakah mesej dan ketetapan hadith ini? Pertama, Omar (r.a) mengingatkan umat Islam zamannya yg sudah banyak berjaya dan mewah dalam urusan dunia merka, kerana mereka berlumba-lumba mendirikan bangunan yg tinggi-tuinggi dgn bagganya. Kemudian, Omar (r.a) menyebutkan beberapa hakikat yg amat penting kita yg Islam dan iman jadikan renungan setiap saat dalam hidup kita, iaitu mesej-mesej selanjutnya, iaitu kedua, kita belum dikira Islam kalau kita tidak anuti Islam secara berjema'ah; ketiga, kita belum dianggap sudah berjema'ah kalau kita tidak mengangkat salah seorang dari kalangan kita menjadi imam (i.e. pemimpin) jema'ah; keempat, tidak dikatakan adanya hakikat berjema'ah itu tanpa rukyah (i.e. jema'ah umat Islam) mentaati imam yg diangkat mereka. [Nota: Dalam hadith lain ketaatan itu bermula dgn adanya ikrar janji taat setia (bai'at) oleh rukyah terhadap Imam yg diangkat mereka. Kelima, jema'ah umat Islam itu akan maju, jaya, aman, lancar dan berkat jika orang yg diangkat menjadi imam tu adalah orang yg faqih (i.e. benar-benar faham tuntutan ugama Islam). Kalau imam yg dipilih adalah orang yg tidak faham Islam dan syariatnya, malahan dia jahil pula, tidak mungkin wujud ketenteraman, kestabilan, keamanan dan keberkatan untuk yg dilantik dan yg melantik. Dan, Imam dan juga jema'ahnya pasti masuk neraka.
Insya Allah kita akan ulas selanjutnya kelak perkara ini di lain kesempatan.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment