Assalamualaikum,
Saudara, dalam akhbar Kosmo hari ini (19 Jan. 2011) disebutkan halia hutan (yg tumbuh di hutan, yg terbiar sekian lama) di dapati, melalui penyelidikan oleh seorang penyelidik UPM Dr Ahmad Bustamam b Abdul, yg menjalankan kaji selidik selama 10 tahun, didapati extracts dari halia tersebut boleh, dgn izin Allah (a.w) jua, menyembuhkan penyakit barah pangkal rahim. Begitulah, kurniaan Allah (a.w) dalam segala kejadian pasti ada gunanya dan tidaklah Allah (a.w) jadikan sesuatu itu dalam kebatilan. Hanya manusia tidak mahu mencari kemanfaatan segala sesuatu yg dihidupkan oleh Allah (a.w) demi kegunaan dan kesenangan hambanya, manusia, di dunia.
Mudah-mudahan penyelidik-penyelidik lain akan terus berusaha membuka hasiat dan rahsia segala tumbuhan yg dihidupkan Allah (a.w) untuk manusia, supaya dapat disingkat lebih banyak lagi bahan-bahan yg dapat membantu manusia mengubat penyakit moden yg dihadapi mereka, insya Allah.
[Nota: Penulis suka menanam tumbuh-tumbuhan yg berkhasiat sedemikian di keliling rumah. Mungkin akan cuba menemui Dr Ahmad untuk dapatkan benih halia itu.]
Kita ucapkan tahniah kpd UPM dan Dr Ahmad dan rakan-rakannya atas usaha gigih mereka mencari rahsia kemanfaatan kejadian Allah (a.w).
Kita ucapkan tahniah kpd UPM dan Dr Ahmad dan rakan-rakannya atas usaha gigih mereka mencari rahsia kemanfaatan kejadian Allah (a.w).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment