Tuesday, January 18, 2011

Kata-kata Hikmah Pagi Ini

Assalamualaikum,
Saudara, kita kerapkali dalam blog ini kita diberitahu dalam Islam peringatan  Allah (a.w) dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra', iaitu: 'Wa-la taqfu ma laisi bihi ilmun' (yg bermaksud: Dan, janganlah kamu mengerjakan (atau membuat atau melakukan) sesuatu tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya (i.e. mengenai apa yg dikerjakan atau dilakukan atau dibuat itu)) [Ayat 36, Surah al-Isra']. Dalam perkara ugama kita tidak boleh memandai-mandai atau bertaklid, yakni ikutcakap si-anu dan si-anu atau kata sifolan dan sifolan. Hendaklah kita sendiri tahu apakah si-anu atau sifolan itu brcakap benar atau semata-mata persangkaan dia atau mereka. Allah (a.w) memberitahu kata-kata atau cakap-cakap tentang Islam dan syariatnya tanpa sandaran al-Quran dan as-Sunnah adalah 'pembohongan'. Dalam perkara ugama, 'fakta' adalah apa yg tertulis dalam al-Quran dan apa yg diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Jika tidak ada dalam al-Quran atau as-Sunnah, bererti semua itu adalah persangkaan atau ciptaan atau pendapat manusia semata-mata dan tidak ada kebenarannya. Justeru itulah ilmu dalam Islam itu amat utama. Kita hanya kerjakan segala sesuatu bentuk amalan dan ibadah yg haq itu dgn berdasarkan ilmu (i.e. ilmu al-Quran dan as-Sunnah).
Saudara,
Sehubungan itulah kita lihat pesanan Rasulallah (s.a.w) berikut sebagai panduan harian kita tentang ilmu:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu itu hanya didapati dgn belajar (atau mengaji) dan kefahaman dalam ugama itu hanya diperolehi dgn mencari kefahaman. Dan, barangsiapa yg Allah (a.w) mengkehendaki baik baginya, maka Allah (a.w) akan memberi kefahaman kpdnya dalam urusan ugamanya; dan sesungguhnya orang-orang yg taqwa (i.e. takutkan Allah) hanyalah hamba-hamba Allah (a.w) yg berilmu.' [Hadith Riwayat at-Tobrani]
Saudara, sabda Rasulallah (s.a.w) adalah amat simple tetapi compact dan jelas. Mana mungkin kita tahu sesuatu tanpa ilmu? Mana mungkin kita boleh mengerjakan amalan dan ibadah dgn betul - sejajar atau menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) - tanpa belajar tentang amalan dan ibadah tersebut? Hanya dgn ilmu kita tahu bentuk-bentuk amalan dan ibadah yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan RasulNya kita kerjakan, cara dan kaedah mengerjakan atau melaksanakannya. Mesej kedua dalam sabda Rasulallah (s.a.w) menyatakan bahawa sekiranya Allah (a.w) inginkan kebaikan bagi kita di akhirat kelak, Allah (a.w) akan memberi kefahaman kpd kita di dunia tentang ugama kita. Mana mungkin kita boleh mendapat kefahaman tanpa mengaji atau belajar tentang segala sesuatu! Kita wajib berusaha mencari kefahaman dgn mengaji, dan setelah berusaha barulah kita bertawakal kpd Allah (a.w), mudah-mudahan kita diberikan kefahaman yg secukupnya demi kesejahteraan akhirat kita. Mesej ketiga hadith itu adalah hanya orang yg berilmu saja orang yg takutkan Allah (a.w). [Nota: Kebanyakan ulama' dan tok guru menterjemahkan kalimah 'ulama'' sebagai para ulama'lah yg akan bertaqwa. Ada benarnya dan ada juga silapnya. Memanglah seseorang itu di gelar 'ulama' kerana dia orang yg banyak ilmunya tentang Islam dan syariatnya. Tapi, ramai pula ulama' yg cetek ilmunya, kerana tidak mengaji secukupnya. Ada ulama' yg terang-terangan telah tahu sesuatu itu tidak dibolehkan, kekal berpegang kpd apa yg tidak dibolehkan itu. Contoh: 'bida'ah hasanah' tidak di bolehkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Malah Rasulallah (s.a.w) secara terang-terangan memberitahu kita bahawa setiap atau kesemua pembaharuan (termasuklah penambahan atau pengurangan kpd ketetapn Islam itu) tidak dibolehkan. Tapi para ulama'lah yg banyak berhujjah bertegang tentangnya].
saudara, kita dapat ilmu dengan mengaji atau belajar ilmu. kita dapat kefahaman dgn mengeaji daripada orang yg berilmu dan faham tentang ilmu tersebut. Kita tidak boleh belajar bersendirian kerana sekiranyanya kita belajar sendiri, maka gurunya adalah syaitan. Syaitan berazam menyesatkan hamba Allah (a.w) yg Islam (Ayat 26 hingga 30, Surah al-Hijjir) supaya yg dapat syurga hanya mereka yg benar-benar murni serta ikhlas dalam mengerjakan perintah Allah (a.w) dan RasulNya sahaja.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment