Assalamualaikum,
Sauadara, kita telahpun teliti dalam post yg lepas bahawa selepas selesai solat kita beristighfar 3 kali kemudian baca 'allahumma antas-salam ...'. Kalimah istighfar itu mungkin pendek (iaitu: 'Astaghfirullah hal-'azim') atau mungkin yg panjang, malah standardpun, adalah 'Astaghfirullahil-'azimi, allazi lailaha ilallah, hual haiyul qaiyum, wa-atubu ilah'. Atau, kita boleh baca juga selepas beristighfar itu kalimah-kalimah lain. Atau, kita tambah pula dgn kalimah-kalimah lain yg dibaca oleh Rasulallah (s.a.w). [Nota: Janganlah kita baca atau buat sesuatu yg tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), kerana ditakuti bahawa kita melakukan perubahan kpd bentuk atau cara dan kaedah beramal dan beribadah. Kita telahpun rujuk pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam pos dulu dalam perkara amalan dan ibadah yg tidak didatangkan (yakni, diajarkan atau dicontohkan oleh) beliau. Rasulallah (s.a.w) berpesan dalam hadith (i.e. as-Sunnah) 'jauhilah atau takutilah berbuat bid'ah'.]
Malangnya hari ini begitu ramai orang Islam Melayu, termasuk para ulama'pun atau ilmuwanpun begitu keras berhujjah mempertahankan apa yg mereka kata 'bid'ah hasanah' itu benar-benar wujud. Kalau kita teliti dan kaji as-Sunnah - berdasarkan kitab-kitab yg terkenal sebagai Kuttubul Sittah (iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan at-Termidzi, Sunan Abu Daud, Sunan an-Nasa'i dan Sunan ibnu Majah), tidak ada nas as-Sunnah tentang wujudnya bid'ah. Kerana itu Rasulallah (s.a.w) bersabda dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a), katanya hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Sesungguhnya barang yang dua (yakni, yang dibawa atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w)) itu ada dua: iaitu, kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan petunjuk (yakni, hidayah) Rasul (s.a.w) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Maka sebaik-baik kalam (kata-kata atau tulisan atau kitab atau buku atau karangan) itu adalah kalam Allah (a.w) (yakni, al-Quran). Dan sebaik-baik petunjuk (hidayah) itu adalah petunjuk Muhammad (s.a.w) (hidayah) (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith). Ingatlah, takutilah oleh kamu sekelian pembaharuan dalam perkara (ugama atau syariat Islam, dalam amalan dan ibadah). Maka sesungguhnya (atau bahawasanya) seburuk-buruk perkara itu adalah pembaharuan kepada pekara (ugama atau syariat Islam, seperti dalam ibadat atau amalan). Dan setiap pembaharuan pada perkara (ugama atau syariat Islam, seperti ibadat dan amalan) itu adalah ‘bid’ah’. Dan setiap bid’ah itu dolalah (yakni, kesesatan). Dan setiap kesesatan itu tempatnya dalam neraka' [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, janganlah kita baca kitab karangan manusia, sebelum kita pelajari al-Quran, dan janganlah kita berpandukan ajaran manusia, sebelum kita kaji pandngan/ketetapan Rasulallah (s.a.w).
Di dalam al-Quran, Allah (a.w) berfirman bahawa Rasulallah (s.a.w) membawakan dua perkara iaitu al-Quran dan al-Hikmah (iaitu as-Sunnah). [Nota: Dalam post dulu kita sebutkan hadith yg Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa dia diberi Allah (a.w) dua pemberian: al-Quran dan sesuatu yg menyerupainya (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith) (Hadith Abu Daud).] Yg utama kita beri perhatian dalam konteks perbincangan kita sekarang adalah isu 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau bid'ah. Sila perhatikan dalam hadith ini kalimah yg digunakan oleh Rasulallah (s.a.w) setiap atau tiap-tiap digunakan bererti tiada pengecualian. Hadith ini menidakkan wujudnya apa yang diyakini oleh para ulama’ dan ilmuwan perdana ‘bid’ah hasanah’. Bid’ah hasanah’ adalah rekaan manusia dan tidak ada sandaran nas dan dalil al-Quran ataupun al-Hadith atau as-Sunnah. Sesiapa yang beramal dan mengerjakan ibadah dan dalam masa yang sama juga ibadah atau amalanya dicemari oleh sesuatu yang bid’ah, maka sia-sialah segala amalan dan ibadahnya, kerana tidak diterima Allah (a.w). Ingatlah, ibadah dan amalan yang diterima hanyalah jika sejajar dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).
Saudara, dalam perkara ugama dan syariatnya, janganlah kita berpandukan cakap-cakap atau pendapat manusia, kerana mereka akan bercakap tanpa landasan (atau, tanpa kefahaman tentang) al-Quran dan as-Sunnah dan menggunakan persangkaan semata-mata. [Nota: Dalam Islam fakta hanyalah al-Quran dan as-Sunnah, dan yg tidak bersandarkan al-Quran atau as-Sunnah adalah diistilahkan sebagai 'pembohongan'.] Rasulallah (s.a.w) memberi nasihat kpd umatnya dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘(Kamu) Biarkanlah (apa-apa) yang aku tinggalkan kepada kamu sekelian. Maka sesungguhnya telah rosak (sebagaimana rosak) barangsiapa (yakni, kaum-kaum) yang ada sebelum kamu sekelian (yakni, kaum-kaum zaman rasul dan nabi yang terdahulu) kerana memperbanyakkan soal (terhadap nabi-nabi mereka) dan banyak perselisihan (yakni, perselisihan pendapat tentang apa-apa yang dibawakan oleh nabi-nabi mereka) di kalangan mereka atas nabi-nabi mereka (yakni, menentang atau ingkar mengikuti nabi-nabi mereka). Maka ketika memerintah aku kepada kamu sekelian maka kamu sekelian ambillah apa-apa (yang diperintahkan) semampu kamu, dan ketika melarang aku atas kamu sekelian dari sesuatu maka hendaklah kamu tinggalkan (atau hentikan).’ [Hadith Ibnu Majah]
Nasihat Rasulallah (s.a.w) itu melibatkan dua atau tiga perkara; iaitu: pertama, apa-apa yg tidak disuruh atau diajarkan atau ditinggalkannya atau dicontohkan oleh beliau untuk jadi amalan dan ibadah (termasuk, bentuk, cara dan kaedah beramal dan beribadah), janganlah kita buat; kedua, kalau kita lakukan juga maka kita akan berbalah sesama orang Islam, kerana pasti tidak haq dan tidak betul. Akan terjadi sebahagian bertegang dgn persangkaan masing-masing dalam berhujjah dan seumpamanya. Ketiga, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa apa-apa yg disuruh atau diperintahkan kita buat, buatlah sekuat mampu - yakni, terpulang kpd kemampuan kita, kemampuan rohani dan jasmani kita, dan apa-apa yg ditegah atau dilarang, tinggalkan atau janganlah buat. Pesanan kedua/ketiga ini selari dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr yg sering kita rujuk dalam blog ini.
Saudara, prinsip yg disebutkan dalam hadith-hadith ini tidak semata-mata tentang solat, tetapi terpakai dalam semua perkara dalam Islam dan syariatnya
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment