Assalamualaikum,
saudara, kita telah lihat beberapan kemantaannya mengerjakan Solat Duha di siang hari sebagai satu kaedah kita menampal kekurang-kekurangan ibadah solat fardu kita. Kita tengok di bawah ini sepotong hadith yg menyebutkan bahawa Abu Hurairah (r.a) (yakni, amnya, umat Islam seluruhnya) membuat amalan tiga perkara, setiap hari, iaitu:
Pertama, mengerjakan Solat Witir sebelum tidur;
Kedua, berpuasa tiga hari sebulan (Puasa Putih, iaitu pada 13, 14 dan 15 haribulan bulan-bulan Hijrah; dan
Ketiga, mengerjakan Solat Duha.
Jelaslah bahawa solat Witir dan solat Duha itu digalakkan oleh as-Sunnah supaya dikerjakan. Apabila kita meneliti as-Sunnah menegnai solat Witir nanti, kita juga akan tahu bahawa solat Witir itu hampir-hampir bersifat wajib atas umat Islam. Diriwayatkan hadith daripada Abi Rabi’, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Memberi janji kepadaku oleh Nabi (s.a.w) tiga (perkara): (pertama) bahawasanya tidak aku tidur kecuali atas (solat) witir (yakni, tidur hanya setelah mengerjakan solat Witir), dan (kedua) berpuasa tiga hari di dalam tiap-tiap bulan (yakni, ‘puasa putih’, iaitu pada 13, 14 dan 15 bulan-bulan Hijrah), dan (ketiga) dan bahawasanya aku Solat Duha (sekurang-kurangnya 4 dan sebaik-baiknya 12 rakaat).’ [Hadith sahih at-Termidzi, Kitab Saum]
Saudara,
nasihat Rasulallah (s.a.w) ini bukanlah khusus untuk Abu Hurairah (r.a) sahaja, tapi juga nasihat untuk orang Islam.
Saudara, apakah kefadhalan atau 'keuntungan akhirat' yg kita perolehi kerana berpuasa 'Puasa Putih' itu? Insya Allah kita akan semak semula nanti kefadhakan mengerjakan puasa-puasa sunat. Mengerjakan puasa sunat adalah satu cara untuk kita mendemokan kesyukuran kita kpd Allah (a.w) yg memberikan begitu banyak nikmat dalam kehidupan kita. Di dalam hadith-hadith mengenai puasa ini, berpuasa tiga hari sebulan setiap bulan kecuali bulan Ramadhan itu memberikan kita ganjaran pahala seumpama berpuasa setahun, i.e. pahala seolah-olah berpuasa setahun. Alangkah untungnya kita berpuasa hanya 3 x 11 bulan = 33 hari itu mendapat ganjaran pahala seumpama berpusa setahun.
Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan oleh Allah (a.w) untuk mengerjakan amalan yg menguntungkan akhirat kita ini, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment