Thursday, January 6, 2011

Solat: Adab Ketika Solat

Assalamualaikum,
Saudara, kita sering diberitahu bahawa setiap amalan dan ibadah kita itu, jika tidak menepati dua syarat, tidak diterima Allah (a.w). Dua syarat itu adalah: pertama, niat yg betul, iaitu kita lakukan dgn penuh keikhlasan semata-mata kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan neraka Allah (a.w) (Ayat 57, Surah al-Isra'); dan kedua, bentuk, cara dan kaedah bersolat itu hendaklah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Setelah menepati kedua-dua syarat mutlak ini, pahala yg kita dapati bergantung kpd sejauh mana kita khusyuk dalam solat. Ramai orang solat tapi tidak khusyuk. Antara sebab mengapa tidak khusyuk itu adalah: pertama, kita tidak faham maksud ayat-ayat al-Quran yg kita baca; kedua, tidak cukup konsentrasi, kita teringat kpd beberapa perkara, atau mata kita liar melihat apa yg berlaku di sekeliling kita.
Di dalam al-Hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sebab ketiga mengapa kita tidak khusyuk adalah diimbau oleh syaitan yg berusaha memalingkan tumpuan hati nurani kita kpd solat kerana dia akan menyuruh kita ingat itu dan ingat ini. Faktor keempat adalah kita sendiri kurang yakin dgn iman kita, maka kita kerjakan solat sambil lewa atau nak tak nak aje!
Di dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) memberi panduan bagaimana mendapat kekhusyukan ketika bersolat, apabila beliau menyuruh kita sentiasalah pandang ke depan (yakni, ke tempat Sujud) dan tidak menutup mata ketika solat:
Diriwayatkan hadith dari Zuhri berkata:'Aku mendengar Aba Ahwas menceritakan hadith disuatu majlis Said b Musaiyab dan Ibnu Musaiyab sedang duduk, bahawasanya mereka berdua mendengar Ab Zarr berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Tidak henti-hentilah Allah (a.w) Zat yg Maha Agung mengadap atas hambaNya di dalam solat selagi tidak menoleh (hambaNya ke arah lain). Maka ketika berpaling wajah hambaNya, maka berpalinglah (i.e. pergilah Allah (a.w)) meninggalkan hambaNya.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Solat]
Saudara, 
dengan itulah ketika kita bersolat, pandanglah ke depan, yakni tumpukanlah mata ke tempat Sujud dan jangan meliarkan mata. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa menumpukan mata ke tempat Sujud adalah satu cara untuk mempastikan kita tidak dipengaruhi oleh apa yg berlaku di sekeliling kita. Tambahan pula Allah (a.w) sentiasalah menyaksikan kita. Maka dgn itulah juga Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith yg lain, mungkin kita tak melihat Allah (a.w) ketika kita solat, tapi Allah (a.w) pasti melihat kita.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment