Friday, January 7, 2011

Solat: Perlakuan Selepas Selesai Solat (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat  beberapa ketetapan as-Sunnah mengenai perlakuan selepas selesai bersolat. Kita telah lihat bahawa Rasulallah (s.a.w) beristighfar (yakni, 'Astaghfirullahil 'azim ...') 3 kali kemudian membaca 'Allahumma antas-salam ...'. Kita lihat ula apakah wirid ata bacaan lain mengikut as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith dari Sufian berkata mendengar dia hadith dari 'Abdah b Abi Lubabah, mendengar dia hadith dari Abdul Malik b 'Ayan, dikatakan oleh kedua-duanya mendengar hadith dari Warrad menuilis surat kpd Mughirah b Syu'bah berkata: 'Menulis surat Mu'awiah kpd Mughirah b Syu'bah: 'Bertahulah kpd kami dgn sesuatu yg mendengar engkau dari Rasulallah (s.a.w).' Maka berkata (Mughirah): 'Ada Rasulallah (s.a.w) ketika selesai solatnya berkata (yakni, membaca):' Lailaha ilallahu wahdahu la syarika lahu, lahul-mulku wa-lahul hamdu, wa-hua 'ala kulli syai-in qadir. Allahumma la mani'a lima a'taita, wa-la mu'tiya lima mana'ta, wa-la yanfa'u zal-jaddi minkal-jaddu' (yg bermaksud: Tiada tuhan yg berhak disembah kecuali Allah (a.w), Allah (a.w) yg esa, tiada yg menyamaiNya (i.e. mensekutuiNya atau boleh disamakan) dgnNya; bagiNya kerajaan (dilangit dan dibumi), dan bagiNya segala puji-pujian (i.e. yg berhak dipuji), dan Dia atas segala (atau, setiap) sesuatu maha berkuasa. Ya Allah ya tuhanku! Tidak mencegah padaNya apa-apa yg hendak diberiNya, dan tidak dapat memberikan apa-apa yg mencegah Dia dari diberikan, dan tidak menfaatkan kekayaan dariNya apa-apa kekayaan.) [Hadith an-Nasa'i, Kitab Solat]
Saudara, setelah beristighfar dan membaca 'Allahumma antas-salam ...' itu, kita bacalah pula kalimah-kalimah wirid ini pula.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment