Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah lihat cemuhan Allah (a.w) terhadap golongan orang yg apabila diberitahu kebenaran yg datangnya dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak mahu dia menerimanya. Malah mereka berhujjah pula dan hujjah mereka tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah. Orang-orang yg sedemikian itu disamakan, malah dijatuhtarafkan, oleh Allah (a.w) seumpama haiwan yg ada hati tidak merasai keimanan, ada mata tapi butakan yg haq, ada telinga tuli tidak mahu mendengar. Malah lebih hina dari haiwan, kerana orang-orang yg sedemikian itu diberikan oleh Allah (a.w) otak dan akal fikiran untuk berfikir, tapi tak gunakan otaknya. Malah, hari ini ramai diantara mereka ini adalah para ulama' dan ilmuwan, ada yg memiliki ijazah Ph D, dipanggil Dr atau Profesor pula, tapi kekal tidak faham dan tak mahu faham Islam dan syariatnya yg haq itu. Mereka bercakap seolah-olah seumpama orang yg banyak ilmu, tapi asasnya sesat kerana terlalu banyak pula menggunakan akan fikiran dan kebijaksanaan otak mereka, mentafsirkan itu dan ini, tetapi tidak mau kembali kpd yg haq - 'back to basic'.
Saudara, sebenarnya Islam dan syariatnya - yakni tuntutan Islam itu mudah saja. Malah nak masuk syurgapun mudah saja, kalau seseorang it faham Islam. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa 'ad-dinu usrun' (yg bermaksud: ugama itu mudah), tapi manusia yg mengakui dirinya bijaklah menjadikan Islam itu rumit, sulit dan payah. Kalau mereka benar-benar faham al-Quran dan as-Sunnah, segala-galanya mudah saja. Apabila fikiran manusia meresap ke dalam pentakrifan dan pemahaman Islam, maka rosaklah keaslian Islam itu dan berkecamuklah pedoman yg ditonjolkan kpd manusia yg ingin mencari kebenaran serta jalan pintas ke syurga itu.
Saudara, jalan pintas ke syurga itu wujud pada Ayat 13, Surah an-Nisa'. Jalan yg berserabut itu akan termasuk dalam ketetapan pada Ayat 14, Surah an-Nisa'. Pentafsiran amalan baru - termasuklah bid'ah itu - adalah kerana tidak faham ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr. Kalau orang yg mengaku diri mereka bijak pandai (i.e. berilmu) benar-benar faham as-Sunnah, pastilah mereka dapat memahami jalan pintas pada Ayat 13, Surah an-Nisa' itu. Kerana Ayat 13, Surah an-Nisa' itu sebenarnya merangkui perintah-perintah lain dalam al-Quran dan as-Sunnah, termasuk perintah pada Ayat 59, Surah an-Nisa' (khususnya, tentang kepimpinan atau 'ulil amri', tentang jema'ah, dll) dan Ayat 103, Surah ali-Imran (i.e. ketetapan bahawa Islam itu adalah diamalkan secara berjema'ah bukan secara bermazhab).
Orang-orang yg sedemiikian inilah tergolong dalam golongan yg disebutkan dalam Ayat 176, Surah al-A'raf itu:
Firman Allah (a.w): 'Dan, kalau Kami (Allah) menghendaki , sesungguhnya Kami (Allah) tinggikan darjatnya dgn ayat-ayat itu, tapi dia cenderung kepada dunia (i.e. utamakan pertimbangan-pertimbangan duniawi) dan menurut hawa nafsunya (i.e. akal fikirannya sendiri), maka perumpamaannya (mereka itu) seperti anjing apabila dihalau dia menjelirkan lidahnya dan jika dibiarkan dia juga menjelirkan lidahnya. Demikian itulah perumpamaan orang-orang yg mendustakan (i.e. tidak mahu menerima) ayat-ayat Kami (Allah) (i.e. ketetapan al-Quran dan as-Sunnah); maka ceritakanlah kpd mereka kisah-kisah itu agar mereka memikirkannya.' [Ayat 176, Surah al-A'raf]
Dan, kemudian Allah (a.w) membuat rumusan terhadap golongan ini dgn firmanNya:
Firman Allah (a.w): 'Amat buruknya perumpamaan orang-orang yg mendustakan (i.e. tidak mahu terima ketetapan-ketetapan) Kami (Allah) dan atas diri merekalah mereka berbuat zalim (i.e. menganianya dirinya sendiri kerana tidak mahu terima pengajaran).' [Ayat 177, Surah al-A'raf]
[Nota: Dalam Islam ungakapan 'menganianya diri sendiri' bermaksud orang yg sesat kerana ingkar dan tidak mahu memahami petunjuk dan ajaran yg haq tetapi mengikuti ketetapan pihak lain atau menurut kebijaksanaan akal fikirannya atau orang lain, maka sengajalah dia mencari dosa dan tersasarlah dia dari aqidah yg hak sebagaimana yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan yg dicontohkan atau dipimpin oleh Rasulallah (s.a.w)]
Saudara,
ada tiga golongan orang iman, iaitu: pertama, golongan yg menzalimi diri mereka sendiri (i.e. orang yg tidak mahu ikut ketetapan al-Quran dan as-Sunnah); kedua, golongan pertengahan, orang yg berada dipertengahan sahaja, buat yg disuruh pada masa yg sama pula buat juga yg ditegah; dan ketiga, golongan yg sentiasa berlumba-lumba mencari kebaikan, kebenaran dan kemurnian dalam Islam dan beramal dgnnya sekuat mampu mereka [Ayat 32, Surah Fatir]
Mudah-mudahan, kita tergolong dalam golongan yg ketiga, iaitu golongan yg sentiasa berusaha mencari kebenaran dalam Islam dan menjauhkan diri dari amalan dan ibadah serta iktikad yg batil dan meragukan, meninggalkan yg bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, dan sedikit demi sedikit berlumba-lumba dan bersungguh-sungguh mengikuti jalan yg benar dalam kehidupan mereka sebagi orang iman, insya Allah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment