Assalamualaikum,
saudara, kerap kali kita bercakap tentang 'ilmu'. Kita telahpun ketemui perintah Allah (a.w) secara khusus bahawa janganlah kita lakukan segala sesuatu dalam Islam mengharapkan ganjaran pahala, tanpa kita terlebih dahulu tahu ilmunya dan faham ilmunya mengenai apa yg hendak kita lakukan - spt sesuatu amalan, sesuatu ibadah ataupun sesuatu perbuatan atau perlakuan, kerana kesemua yg kita lakukan dan katakan tetap dicatit dan dihitung dan diberikan pahala atau dosa, mengikut apakah yg dikata atau dibuat itu disuruh Allah (a.w) dan RasulaNya atau dicegah oleh Allah (a.w) dan RasulNya.Catatan tersebut di buat oleh malaikat Rakib dan Atid atau Kiraman dan Katibin, iaitu nama malaikat yg mencatitkan segala perbuatan dan percakapan kita di dunia. Dicatit dalam Kitab Catatan Amalan, yg akan diserahkan kpd kita ketika kita berhimpun di padang makhsyar untuk menerim Kitab kita kelak.
Saudara, di dalam al-Hadith disebutkan bahawa setiap kita yg Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, akan diberikan Kitab Catatan Amalan tersebut. Setiap seorang kita memiliki 99 buah kitab. Setiap mukasurat atau halaman kita itu, jika dibentangkan adalah sepanjang sejauh mata memandang! Tidak hairan. Kerana, kalaulah setiap saat dan detik malaikat menulis apa yg kita kerjakan, fikirkanlah sehari ada 24 jam kali dgn 60 mint sejam kali dgn 60 saat setiap minit - setiap saat kita bercakap sesuatu dan berbuat sesuatu, kecualilah ketika kita tidur, maka kita tidak bercakap atau melakukakn sesuatu! kalau semuanya dicatit, pastilah tebal kitab tersebut...
Saudara, kerana setiap kata-kata yg keluar dari mulut kita itu dicatit - berdosa atau tidak - maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) nasihtakan kita, kalau takda yg baik-baik nak dicakapkan, lebih baik diam (i.e. tutup mulut). Dgn itu juagalah kita dinasihatkan supaya perhatikanlah segala ssuatu yg kita kerjakan - apakah akan mengakibatkan dosa atau sebaliknya.
Maka dgn itu jugalah kerapkali di dalam al-Quran, Allah (a.w) berfirman janganlah lakukan sesuatu atau katakan sesuatu tanpa ilmu. Di dalam Islam bercakap sesuatu tentang Islam dan syariatnya tanpa landasan atau tanpa sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah adalah melakukan pembohongan atau melakukan suatu pembohongan terhadap Allah (a.w). Dan, kalau kita pula bagi tahu orang lain, yg jelas adalah suatu pembohongan tadi, maka bertambah-tambahlah dosa kita. Pembohongan terhadap Islam dan syariatnya adalah perbuatan yg amat besar dosanya, sebagai kaum Yahudi dan kaum Nesrani membuat pembohongan dahulu. Orang Yahudi dan Nesrani menyatakan bahawa Nabi Ibrahim (a.s) itu adalah keturunan Yahudi! Mereka juga mengatakan bahawa Allah (a.w) haramkan kpd mereka beberapa jenis makanan, walhal Nabi Yakub (a.s) yg mengharamkan untuk dirinya beberapa jenis makanan, kerana peristiwa yg dihadanya bersabit makanan tersebut.
Orang Islampun membuat pembohongan apabila ada golongan ulama' atau ilmuwan Islam yg menyatakan bahawa wujud 'bid'ah hasanah' walhal Rasulallah (s.a.w) dgn jelas memberitahu kita bahawa tiap-tiap pembaharuan atau bid'ah itu adalah 'dolalah' (i.e. kebatilan atau kesesatan). Orang Yahudi dan Nesrani berbohong tanpa landasan ketetapan kitab yg diberikan kpd mereka, yakni Taurat atau Injil. Orang yg akui dirinya Islam buat pembohongan setelah jelas diberitahu bid'ah itu kebatilan atau kesesatan! Bukankah kita lebih buruk perangai dari Yahudi dan Nesrani?
Saudara, ilmu itu penting. Kerana ilmu yg memandu kita mencari dan mendapatkan jalan yg betul dan mengamalkan syariat Islam yg betul dan benar. Dalam Islam, ilmu yg relevan hanyalah yg disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu thalathatun, wama siwa zalika fahua fadlun: Ayatun muhkamatun, au sunnatun qaimatun au faridatu ‘adilatun.' [Maksud: Bahawasanya ilmu yang wajib dipelajari itu adalah tiga, adapun di belakangnya (yakni, selepas ilmu yang tiga itu) maka ilmu sedemikian baik: (Ilmu yang diwajibkan) iaitu (pertama) ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), (kedua) as-Sunnah yang tegak (yakni, al-hadith atau as-Sunnah), dan (ketiga) hukum faraid yang adil.][Hadith Abu Daud & ibnu Majah]
Maka dgn itulah Allah (a.w) membuat ketetapan melalui firmanNya pada Ayat 13 dan Ayat 14, Surah an-Nisa', bahawa hanya yg berpandukan ilmu al-Quran dan as-Sunnah dan melaksanakannya sahaja berjaya mendapat syurga. Maka dgn itulah juga kita diperintahkan ikuti ketetapan atau panduan as-Sunnah melalui firman Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr. Dgn itulah Allah (a.w) perintahkan bahawa jika kita ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, itulah jalan lurus ke syurga [Ayat 153, Surah al-An'am]. Dan, Allah (a.w) memberitahu jika kita mempersungguh berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, kita pasti akan diberi petunjuk, i.e. ditunjukkan jalan ke syurga itu [Ayat 69, Surah al-Ankabut]
Dan, kita telahpun diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam Ayat 36, Surah al-Isra' iaitu janganlah kita kerjakan atau amalkan atau ibadahkan segala sesuatu tanpa kita terlebih dahulu belajar dan faham ilmu mengenai apa yg kita nak kerjakan atau lakukan!
Saudara, dalam Islam hanya dua ilmu itu yg menjamin kita terpandu dan menjamin kita mendapat petunjuk dan menjamin kita beramal dan beribadah dgn benar dan diterima oleh Allah (a.w) segala amalan dan ibadah kita.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment