Assalamualaikum,
Sauadara, dalam beberapa post yg kita teliti beberapa hari ini, kita telah tahu betapa untungnya orang yg ingin dan suka dan seterusnya berusaha mencari ilmu. 'Ilmu' yg haq itu kita sudahpun tahu iaiatu ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Dan, kita juga telah tahu bahawa sumber ilmu yg haq itu adalah al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadith), bukan dari kitab, bukan buku karangan manusia, bukan kaset, bukan CD, bukan VCD dan media seumpamanya yg dicipta manusia.Mengapa? Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa sebaik-baik kalam atau kalam yg terbaik (yakni, karangan atau tulisan atau kalimah yg terbaik, tiada yg lebih baik dari itu) adalah kalam Allah (a.w), i.e. al-Quran, dan sebaik-baik petunjuk atau hidayah itu adalah hidayah yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Tiada petunjuk yg lebih baik dari itu. Bukan petunjuk ulama' atau ilmuwan yg mengaki dirinya berilmu. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu dalam sabdanya berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini, lan tadillu imma tamasiktum bihima, kitabballahu wa-sunnatu nabiyi.' (yg bermaksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian (i.e. umat manusia amnya dan orang Islam khasnya) dua perkara, jika kamu sekelian berpegang dengan kedua-duanya (i.e. hazanah peningalannya itu), tidak sekali-kali akan sesat kamu (mencari siratul mustakim dan keridhaan serta kerahmatan Allah (a.w), yakni ugama Islam dan syariatnya yg benar), Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah atau al-Hadith).' [Hadith riwayat banyak perawi/ulama' hadith]
Mereka yg mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah pasti hafal dan faham hadith ini dan hadith ini adalah panduan pokok dalam Islam dan dalam menjalani kehidupan dunia sebagai orang iman serta dalam memandu amalan dan ibdah untuk kejayaan di akhirat.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberi jaminan bahawa jika kita pegang atau jadikan panduan mutlak al-Quran dan as-Sunnah dalam segala sesuatu dalam kehidupan kita, pasti kita tidak sesat mendapat jalan yg haq menuju ke syurga. Counter factualnya saudara, kalau kita berpandukan dgn kitab atau buku atau seumpamanya tentang Islam dan syariatnya, sudah pastilah kita lambat laun akan sesat, kecualilah kita terlebih dahulu faham al-Quran dan as-Sunnah, kemudian kita boleh menilai apakah yg dikatakan dalam kitab atau buku karangan manusia itu benar atau semata-mata pembohongan atau semata-mata persangkaan mereka sahaja! [Nota: Dalam Islam 'pembohongan' adalah mengatakan sesuatu tentang Islam dan syariatnya sesuatu yg tiada sandaran atau ketetapan (yakni, nas dan dalil) al-Quran dan as-Sunnah. Semuanya diasaskan kpd 'persangkaan' iaitu pemikiran atau kepandaian manusia tanpa asas al-Quran dan as-Sunnah. 'Persangkaan' dalam Islam adalah mengatakan sesuatu tanpa landasan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dan semata-mata kerana 'katanya, katanya' sahaja].
Saudara, sesiapa yg belajar Islam dan syariatnya dgn bersumberkan selain al-Quran dan as-Sunnah pasti lambat laun akan sesat atau dipesongkan oleh tuan gurunya atau ilmu yg diajarkan kpdnya/mereka. Di dalam al-Quran diperingatkan bahawa sesiapa yg menulis kitab atau buku dan kemudian menyebutkan kononnya apa yg ditulisnya adalah bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah akan dimasukkan ke dalam neraka Wel [Ayat 79, Surah al-Baqarah]. dalam as-Sunnah Rasulallah (s.a.w) membuat ketetapan spt berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa mengajar ilmu kerana bukan mengharapkan dari ilmu itu wajah Allah (a.w) (yakni, ikhlas kerana Allah (a.w) dan kerana hendak memperbaiki amalan dan ibadatnya, dan diakhirat kelak dapat menemui Allah (a.w) , dapat syurga dan melihat wajahNya), tidak belajar dia ilmu (kecuali) untuk dapat harta dengan ilmu itu dari harta dunia (yakni, bertujuan meraih keuntungan atau kekayaan kerana bayaran oleh mereka yang menuntut ilmu daripadanya), (jika itu tujuannya maka) tidak menjumpai dia bau syurga pada hari qiamat.’ [Kata perawi: istilah yang digunakan oleh Nabi (s.a.w) ‘Baunya syurga’]. [Hadith Ibnu Majah & Hadith Abu Daud]
[Nota: Sekali lagi saudara diperingatkan bahawa 'Ilmu' yang dimaksudkan bukan sebarang ilmu tetapi ilmu al-Quran dan as-Sunnah yang boleh memandu kehidupan manusia Islam mendapat kejayaan dunia dan akhirat.]
Insya Allah, kita ulas hadith ini dalam post yg berikutnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment