Wednesday, January 5, 2011

Wudu': Batalkah Jika Menyentuh Wanita? (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post tentang isu yg sama sebelum ini kita telah lihat dua potongan hadith yg memberikan panduan yg haq kpd kita bahawa wudu' tidak batal jika berlaku dua perkara: pertama, kita (i.e. kalau lelaki) menyentuh atau tersentuh wanita - sama ada makhram atau tidak kpd kita; dan kedua, jika kita (i.e. kalau suami) mencium (atau menyentuh) isteri kita. Walaupun dalam ugama, ketetapan ugama tidak berlandaskan logik, namun kita mungkin merasai ganjil jikalah kita, suami, menyentuh isteri kita terbatal wudu' kita dan wudu' isteri kita, walhal halal bagi kita (sebagai suami atau isteri) melakukan lebih dari itu (i.e. persetubuhan)! Namun, tok-tok guru memberitahu bahawa batal wudu' kita jika kita bersentuh atau tersentuh, sehinggakan kita disuruh bertaklid kpd fahaman mazhab lain ketika berada di Tanah Suci supaya tidak sulit bagi kita untuk mengerjakan Tawaf yg merupakan rukun haji dan umrah. Walhal, Islam, bersandarkan nas dan dalil as-Sunnah, telahpun menetapkan lebih 1,400 tahun lalu, bahawa sentuhan lelaki dan wanita tidak membatalkan wudu'!
Begitulah, suatu ketetapan yg tidak tau asal usulnya, kerana kalaulah Imam as-Syafi'e yg tetapkan, tiada dalam kitabnya. Malah, kalaupun ada, beliau berpesan, jika terdapat ketetapan al-Quran dan as-Sunnah mengenai sesuatu itu, dan dia berkata berlainan dari ketetapan tersebut, dia suruh buang ketetapannya dan ambil as-Sunnah. [Nota: Rujuk post yg lalu tentang ketetapan para imam mazhab yg empat mengenai ajaran mereka.] Tambahan pula, Imam as-Syafie' adalah salah seorang ulama' hadith (i.e. muhadithin) [Nota: Terdapat seramai 51 orang ulama' muhadithin, termasuklah pengumpul Kuttubul Sittah, yg diketahui wujud setelah dikajiselidik dgn teliti oleh para ulama' pengkaji hadith.]
Saudara, dalam hubungan ini, Allah (a.w) berfirman pada Ayat 6, Surah al-Maidah, tentang prinsip kasar cara dan kaedah wuudu' dan tayammum dan perkara-perkara yg membatalkan wudu':
Firman Allah (a.w): 'Wahai orang-orang yg beriman ketika berdiri kamu untuk bersolat, maka basuhlah wajah kamu dan (basuhlah) tangan kamu hingga ke paras siku, dan usaplah kepala kamu dan (basuhlah) kaki kamu sampai paras kedua buku lali kamu; dan jika ada kamu berjunub (i.e. sedang jenabah), maka bersucilah (i.e. mandi junublah); dan jika ada kamu sedang sakit atau dalam musafir atau datang kpd salah seorang kamu dari berak atau kamu menyentuh wanita, maka tidak mendapati air (untuk mandi junub), maka bertayamumlah kamu dgn tanah yg bersih, maka usaplah (i.e. sapulah) tanah (i.e. debu itu) ke muka kamu dan tangan kamu darinya (i.e. tanah, yakni debu tanah itu); ...' [Ayat 6, Surah al-Maidah]
Saudara, inilah panduan berwudu' dan bertayamum dalam al-Quran. Dan, Rasulallah (s.a.w), dalam as-Sunnah, memperjelaskannya pula kpd kita supaya kita benar-banar faham tentang: pertama, cara berwudu' itu; kedua, apa-apa yg membatalkan wudu' itu; dan ketiga, bagaimana betayamum jika tiada air.
Mengikut petikan ini anggota wudu' itu adalah muka, kedua tangan sampai ke siku, kepala (i.e. seluruh kepala), kedua-dua kaki sampai ke buku lali. Yg membatalkan wudu' itu adalah berak (dan diperjelaskan oleh Nabi (s.a.w) termasuk kentut), berjunub (i.e. keluar mani, wajib mandi), 'menyentuh wanita' (i.e. bersetubuh). Anggota tayammum itu ada dua iaitu muka dan kedua tangan. 
Kita diajarkan oleh tok-tok guru bahawa lelaki/perempuan menyentuh perempuan/lelaki membatalkan wudu' itu kerana mentafsirkan kalimah 'lamastumun-nisa' itu (Nota: yg digariskan dalam ayat] sebagai sentuhan, satu terjemahan secara literal, walhal maksudnya bersetubuh atau hubungan jenis antara lelaki dan perempuan! Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith yg kita petik dalam post sebelum ini mendemokan bahawa sentuhan (terutama ciuman) antara suami isteri yg ada wudu' tidak membatalkan wudu'. Itulah nas dan dalil tentang sentuhan. Itu melibatkan sentuhan orang yg makhram, kalau yg ajnabi atau tidak makhrampun tak mengapa. Tapi, kalau tidak makhram sentuhan berdosa, kalau disengajakan atau orang lain tak makhram sentuh kita, tak mengapa, kita yg terkena sentuh tak berdosa. Dan, wudu' tetap tak batal.
Saudara, kalaulah orang Melayu faham ketetapan as-Sunnah ini, tak perlulah bersusah payah bertaklid. Kalau tau masih bertaklid bererti kita yakini kata-kata tok-tok guru dan kita sangsikan Rasulallah (s.a.w)! Berat padahnya ... apabila kita menolak as-Sunnah, jatuh kafir! Wal iyazubillah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment