Friday, January 21, 2011

Kalimah Penyejuk Jiwa orang Iman

Assalamualaikum,
Saudara, kalau kita rajin memerhatikan dunia sekeliling kita, nescaya kita dapati orang Islam hari ini jauh ketinggalan dalam ekonomi berbanding dgn orang-orang yg tidak Islam. malah, dikalangan mereka yg Islampun kita dapati bahawa orang yg rajin beribadah dan beramal dgn sepenuh keikhlasan hatinya, berkedudukan ekonomi jauh lebih rendah dari orang Islam yg melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai orang Islam secara sambil lewa. Mereka itu kaya, berharta, berkedudukan disanjung masyarakat dan memiliki pelbagai kesenangan dunia yg mewah pula. Ada kereta Ferrari atau mercedes - bukan satu tapi dua atu tiga. Ada rumah yg mewah seumpama mahligai atau istana atau sekurang-kurangnya sebuah banglo di kawasan yg eksklusif pula, buka satu tapi lebih ada di tepi pantai ada pula di atas bukit yg nyaman persekitarannya dan ada pula di luar negara, untuk bercuti rehat.
Ramai diantara kita yg hidup ala kadar sahaja, lebih ke atas sedikit dari mereka yg diistilahkan fakir dan miskin. Kerana orang fakir itu hanya memiliki sumber cukup sekadar untuk sekali makan sahaja, dan terpaksa mencari bersusah payah untuk makan kali lain pula. Maksudnya, mereka hanya ada sumber untuk makan tengah hari, tiada untuk petang. Untuk makan petang terpaksa pula mencari lagi dgn bersusah payah. Orang miskin itu ada sumber cukup untuk makan tiga kali seharai dan ada sedikit kelebihan. Maka dgn itulah orang fakir status ekonominya jauh terkebawah dari orang yg diistilahkan/digolongkan miskin.
Saudara, kerana itu terkadang orang yg kurang dalam ekonomi mungkin terasa, mengapakah sebagai orang iman yg rajin mengerjakan suruhan Allah (a.w) tidak bernasib baik sebagaimana mereka yg acuh tak acuh dalam melaksanakan perintah Allah (a.w). kadang-kadang apabila menghentikan kereta kancil kita di belakang lampu terafik di sebelah kita terdapat sebuah kereta BMW seven series pula, di belakang duduk seorang yg berkot dgn supirnya di depan. Yg tuan punya kereta itu memandang ke arah kita dgn senyuman, dan kita terasa seumpama diejek atau dihina kerana bawa kereta sendiri, sebuah kereta kecil yg berharga 40 kali ganda kereta kita! Begitulah satu drpd cubaan kita orang iman.
Saudara, firman Allah (a.w) beribut memberikan kita satu rangsangan yg penting kpd kita, kalaulah kita yakin dgn Islam dan yakin dgn janji-janji Allah (a.w) di dalam al-Quran dan juga janji-janji Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. malah kita sepatutnya bergembira tatkala berdepan dgn sinario yg disebutkan di atas itu.
Allah (a.w) berfirman: (yg bermaksud: Janganlah kamu terpengaruh dan berdolak-dalik hati kamu dengan apa-apa yang orang kafir miliki (yakni, kesenangan mereka) @ ‘Itu semua adalah kesenangan yang sedikit (jika dibandingkan dengan apa yang disediakan di akhirat), kemudian mereka akan dimasukkan ke dalam Neraka jahanam, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali @ Akan tetapi mereka yang bertaqwa terhadap Tuhannya bagi mereka (mendapat balasan) beberapa Syurga yang mengalir di bawah Syurga-syurga tersebut beberapa sungai (mengikut al-Quran (Surah Muhammad) dan juga hadith, terdapat empat jenis sungai di dalam syurga, iaitu sungai air tawar, sungai madu, sungai susu dan sungai arak) menjadi tempat tinggal mereka di sisi Allah (mengikut hadith nikmat yang terbesar yang akan dinikmati oleh orang beriman adalah melihat Tuhannya) kerana apa-apa kebaikan (yang diamalkan mereka) bagi orang-orang yang berbuat baik @ Dan sesungguhnya di kalangan ahli kitab (iaitu ilmuan dan ulama’ Yahudi dan Nasrani) ada yang beriman dengan apa-apa yang diturunkan kepada kamu (ya Muhammad) (iaitu al-Quran) dan apa yang diturunkan kepada mereka (iaitu Rasul-rasulNya dan kitab-kitabNya, yakni, Taurat dan Injil serta suhuf-suhuf yang lain), dan takut (yakni, khuatir mereka dengan ayat-ayat Allah (a.w), tidak menukar mereka (yakni, meniagakan atau menjualkan) ayat-ayat Allah (a.w) dengan harga yang sedikit, bagi mereka itu keuntungan (yakni, pahala) di sisi Allah (a.w), sesungguhnya Allah (a.w) amat cepat menghitung (yakni, memberi pahala dan mencatitkan dosa) @ Wahai orang yang beriman, sabarlah dan mensabarkanlah (dalam mengerjakan perintah Allah (a.w) dan menjalani kehidupan dunia) dan bersungguh-sungguhlah (dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w)) dan bertaqwalah, mudah-mudahan kamu tergolong di kalangan orang yang beruntung (yakni, mendapat syurga).] [Ayat 196 - 200, Surah al-An’am]. 

Dalam ayat-ayat di atas, Allah (a.w) mengingatkan kita supaya jangan lupa mengerjakan ibadat dan amalan untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita supaya bersedia kita kerana hidup di dunia itu amat pendek berbanding dengan kehidupan di tiga zaman yang akan kita temui kelak. Jangan kita dilalaikan oleh kesenangan yang kita ada dalam dunia.  Janganlah kita berputus asa sehinggakan kita tidak mau beriamal dan beribadat tatkala susah kita. Janganlah terpengaruh kita dengan kesenangan duniawi yang dimiliki oleh orang-orang kafir dan orang-orang yg kufur. [Nota: Orang Islam yg tidak mengerjakan suruhan Allah (a.w) dan sebaliknya melakukan segala yg ditegah Allah (a.w) adalah orang kufur]. Janganlah para ilmuan dan ulama’ Islam itu memberikan khidmatnya (seperti berceramah, memberi kuliah dan syarahan atau pengajar ilmu atau menyumbang khidmat) kerana bayaran (atau upah) yang sedikit (walaupun mungkin dibayar untuk bercakap RM 1,000.00 sejam) kerana Allah (a.w) akan memghitong amalan mereka itu.
Allah (a.w) menjanjikan pahala atau ganjaran yang amat besar di tiga dunia yang kita lalui itu kelak, yang jauh lebih bernilai dari upahan atau bayaran yang diterima. Selanjutnya Allah (a.w) menyuruh kita bersabar, menyabarkan (diri kita dan menyabarkan orang lain), bersungguh-sungguh (membuat amalan dan ibadah) dan bertaqwa, kerana kita walaupun tidak begitu berjaya dalam dunia, namun itu adalah kerugian yg sedikit, kerana kita pasti berjaya di akhirat yg jauh lebih enak segala-gala nikmatnya dan kekal pula, selepas matinya kita dan selepas selesainya hisaban di akhirat mendapat syurga. Tidak ada nikmat yg lebih kekal dan lebih menyeronokkan jika dibandingkan dgn nikmat dunia.
Oleh itu, yg utama bagi kita adalah menyediakan diri untuk kehidupan akhirat. kalau boleh, kita cari dunia untuk berjaya di dunia dan pada masa yg sama cari dan sediakan bekalan akhirat untuk berjaya di akhirat.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment