Saturday, January 15, 2011

Kata-kata Hikmah Pagi Ini

Assalamualaikum,
Saudara, keimanan kita itu dapat dilihat melalui pematuhan kita terhadap ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Itu komitmen paling minima. Tidak dikatakan kita beriman jika setiap hari kita tidak mengerjakan solat, ketika tiba Ramadhan kita tidak berpusa, ketika kita kaya dan berada kita tidak membayar zakat dan, lebih-lebih lagi, tidak menginfaqkan sebahagian drpd kekayaan atau harta kita untuk fi sabilillah dan sebagainya. Malah mengerjakan amalan dan ibadah yg diwajibkan tidak cukup untuk membuktikan keimanan apatah lagi ketakwaan kita kpd Allah (a.w). Keimanan kita itu hanya dapat dibuktikan jikalah kita kerjakan, setelah mengerjakan yg wajib, apa-apa yg sunat. Kita bersolat sunat, kita berpuasa sunat, kita membelajakan sebahagian dari harta kita untuk membela ugama Allah (a.w) atau fi sabilillah dalam bentuk mengusahakan supaya umat Islam yg jahil ilmu diilmukan, orang yg memerlukan bantuan spt fakir miskin dan anak-anak yatim dibantu, orang yg dalam kesusahanan di bela dan sebagainya.
Saudara, walaupun umumnya dikatakan bahawa amalan-amalan sunat itu adalah sunat - bak kata tok-tok guru, kalau buat dapat pahala, kalau tak buat tak berdosa - tapi ibadah dan amalan sunat, kerana tidak diwajibkanlah, dapat membuktikan bahawa kita benar-benar mencari keridhaan Allah (a.w), sejajar dgn firman Allah (a.w) dalam Ayat 57, Surah al-Isra' itu, iaitu 'mencari atau mengharapkan kerahmatan Allah (a.w) (yakni, mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (yakni, dijauhkan dan diselamatkan dari neraka Allah (a.w))'. Kalau tidak begitu maksudnya, mengapa pula Allah (a.w) membenci orang yg tidak mengerjakannya?
Diriwayatkan hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya Allah (a.w) akan murka kpd tiap-tiap orang yg keras hatinya lagi sombong. Orang yg suka bertengkar di pasar. (Mereka yg) seperti bangkai di waktu malam hari (kerana tidak bangun untuk solat malam) (dan) seperti kaldai di siang hari (kerana hanya mengingatkan hendak makan). (Mereka yg) pandai (atau bijak dgn) ilmu dunia, namun bodoh (atau jahil) dgn ilmu akhirat.' [Hadith ibnu Hibban]
Saudara, cemuhan Allah (a.w) dalam hadith di atas itu amat menghinakan, kalaulah kita memiliki hati perut dan sensitiviti terhadap kata-kata cemuhan orang, terutama kata-kata cemuhan Allah (a.w) dan RasulNya sendiri. Kalau hati kita sudah tertutup, maka apa orang katapun tak jadi pasal pada kita. Kita tak endahkan!
Ada beberapa kategori orang yg dimurkai Allah (a.w) mengikut hadith tersebut, iaitu: pertama, orang yg keras hatinya. Siapa yg keras hati? Antaranya orang yg diberitahu ketetapan Islam dalam al-Quran dan as-Sunnah, dia membantah (i.e. argumentative) atau buat dek aje! Kedua, orang yg sombong. Siapa yg sombong? Antaranya, orang yg berbangga diri, yg beranggapan dia berilmu, apabila diberitahu oleh orang yg pada hematnya tidak memiliki status keilmuan semacam dia, walaupun benar, dia buat dek aje! Ketiga, orang yg suka bertengkar di pasar. Siapa? Antaranya, orang yg suka buat 'window shopping' dalam islam, bertengkar tanpa panduan ilmu tentang ugama, dan membazir masa bercakap tentang Islam tanpa sandara ilmu yg haq. Tapi, bila diingatkan sesuatu yg berguna untuk akhiratnya, dia juga buat dek atau berbalah pula! Keempat, yg jelas cemuhan dalam hadith itu adalah juga ditujukan kpd orang yg bijak dalam ilmu dunianya, tapi bodoh dgn ilmu akhiratnya. Siapa? Orang yg dikatakan alim atau ulama' atau ilmuwan kerana bergelar al-hafiz atau professor atau Dr atau mahaguru, pakar motivasi, perunding syari'ah dan seumpamanya. Bijak dalam ilmu dunia, tapi bodoh dalam ilmu akhiratnya! Kenapa? Orang yg bergelar al-Hafiz atau yg ada Ph D dalam perkara ugama sering berhujjah menggunakan akal fikiran dan kebijaksanaan otak mereka dalam perkara Islam dan syariatnya. Dia belumpun mengaji al-Quran dan as-Sunnah, tetapi menggunakan kepintaran ilmu yg dia pelajari dgn menggunakan istilah yg esoterik pula, bercakap sesuatu yg batil tentang Islam!
Saudara, mengapa orang yg dalam kategori keempat itu dicemuh Allah (a.w). Kerana, antara sebabnya, kita disuruh mengingatkan kejadian Allah (a.w) dalam semua perkara, maka mereka kajilah untuk membolehkan kita appreciate dan mengkagumi kuasa Allah (a.w), mereka akan mengkaji pesanan dan perbidalan Allah (a.w), menghayati peringatan-peringatan Allah (a.w), supaya dia mampu menjelaskan kpd orang lain untuk menyedari dirinya dan orang lain. Tapi, dia membuang masa berdebat tentang perkara yg batil, spt sifat-sifat Allah (a.w), kenapa Allah (a.w) ada dua tangan kanan, bagaimana Allah (a.w) turun ke langit dunia ketika sepertiga terakhir malam, tentang Arasy Allah (a.w), bagaimana Allah (a.w) bersemayam dsbnya. Allah (a.w) tidak suruh kita kaji itu semua, kerana tidak ada manfaatnya pada kita. Kita tak mungkin dapat selami perkara-perkara yg ghaib itu. Ilmu kita, sebijak manapun kita, takkan terkaji. Membuang masa. Yg wajar dikaji adalah bagaimana mungkin untuk menjadi seorang hamba Allah (a.w) yg bertaqwa, beriman dan soleh dan bagaimana untuk mencari jalan terbaik lagi pasti selamat dari neraka dan pasti mendapat syurga Allah (a.w). Itu lebih utama.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment