Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penilitian kita tentang golongan dan untung dan golongan yg rugi di akhirat kelak. Antara ornag yg rugi itu telah kita teliti dalam post-post yg lalu. Antaranya adalah orang yg hidupnya dihabiskan atau diutamakan hanya untuk mencari dinar dan dirham, iaitu orang yg mengejar wang, yakni kekayaan dunia dan orang yg membanyakkan 'menghambakan dirnya kpd selimut', yakni orang membanyakkan tidur ketika malam, walhal untuk membuktikan kesyukuran kita serta mendemokan ke Imanan kita, sepatutnya kita meluangkan sedikit masa dgn mengurangkan tidur untuk beribadah - ibadah-ibadah sunat - sebahagian malam kita. Tambahan pula kita diberitahu bahawa Allah (a.w) turun ke langit dunia genap sepertiga terakhir malam dgn diringi oleh para malaikat untuk mengkabulkan doa hamba-hambaNya yg berdoa, memebrikan kemahuan hamba-hambaNya yg meminta setelah beribadah malam tersebut dan menghapuskan dosa-dosa hamba-hambaNya yg memohon keampunan kpdNya. Alangkah untuknya kita kalaulah kita menyempat-nyempatkan diri untuk berjaga malan dan meminta.
Diriwayatkan bahawa Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Barangsiapa ada pada dunianya mencari-cari tujuannya (berkiblatkan dunia semata-mata) maka memisahkan (yakni, tidak mengubah) Allah (a.w) atasnya pada perkara-perkaraNya (yakni, ugamanya), dan menjadikan Allah (a.w) keperluan diantara dua matanya dan tidak datang padanya (yakni, tidaklah didapatinya) melainkan apa-apa yang ditulis apa-apa yang telah ditetapkan (Qadar) baginya; dan barangsiapa ada (mencari-cari) pada Akhiratnya menjadi niatnya maka mengumpulkan oleh Allah (a.w) baginya perkara-perkara yang mereka kehendaki (pada dunianya), dan menjadikannya kecukupkan pada hatinya (merasa puas apa yang ada) pada dunia, dan itu dunia hina (maksudnya, pada Allah (a.w) dunia itu tidak ada nilainya sedikitpun).’ [Hadith sahih Ibnu Majah, Kitab Zuhud].
Saudara,
Hadith ini menjelaskan bahawa segolongan manusia itu sentiasa berharap-harap dan berusaha mencari dunianya apabila celik matanya. Dalam hal ini Allah (a.w) akan menutup jalan dia untuk mempertingkatkan amalan dan ibadat dan ketaqwaannya kpd dan terhadap Allah (a.w). Namun, Allah (a.w) tetap memberikan apa yang telah ada dalam Qada’ dan Qadarnya (yg telah tertluis 50,000 tahun sebelum manusia pertama dijadikan, i.e. Nabi Adam (a.s)) .Walau apapun yg dilakukannya untuk dunianya, mungkin dia dapat atau mungkin tak dapat seperti yang telah disuratkan. Sebaliknya mereka yang hidup berniat untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaannya dan mempersungguh mencari cara-cara serta kaedah mencapai hasratnya itu, Allah (a.w) akan menyediakannya keperluan dunia untuknya dan memudahkannya mencapai cita-cita dunianya sambil Allah (a.w) akan memberikannya rasa puas hati sentiasa merasai kecukupan pada keperluan dunianya. Inilah yg dikatakan keberkatan dalam kehidupan itu. Allah (a.w) mengingatkan kita bahawa dunia itu adalah sesuatu yang hina dan akan menghina orang yang berlumba-lumba untuk mendapatkannya.
Saudara,
Allah (a.w) mengulangi beberapa kali dalam firmanNya dalam al-Quran bahawa dunia ini hanyalah kesenangan yg sedikit dan tempat bermain-main sahaja. Dunia itu sentiasalah menyeronokkan sebagaimana perkara-perkara yg memalaikan kita juga menyeronokkan. tapi, ianya tidak kekal dan hanyalah keenakan yg sebenatar saja. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kalaulah dunia ini dan segala isi yg ada dalamnya bernilai lebih dari nilai kepak lalat, maka Allah (a.w) tidak akan memberikan seteguk airpun untuk diminum oleh orang yg kafir. Kerana Allah (a.w) teramat murka pada orang kafir dan juga orang yg kufur, diberikan begitu banyak nikmat ketika hidup, tidak mahu dia beriman dgn Allah (a.w) dan mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w). Allah (a.w) juga murka kpd orang yg kufur, kerana mendapat begitu banyak serta peagainya nikmat, tetapi mengabaikan tanggungjawabnya untuk beribadah kpd Allah (a.w). [Nota: Orang yg mengakui dirinya Islam tetapi meninggalkan satu waktu solat fardu dikira kafir dalam Islam!]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment