Thursday, January 6, 2011

Solat: Menggerak-gerakan Jari Ketika Tahiyat

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post ini kita lihat bagaimana cara Rasulallah (s.a.w) berbuat ketika membaca Tahiyat Awal. Ketika solat ada dua Tahiyat, iaitu: Tahiyat Awal pada penghujung rakaat kedua, dan Tahiyat Akhir pada penghujung rakaat ke-3 (iaitu Solat Maghrib) atau ke-4 solat (iaitu bagi solat-solat 4 rakaat, i.e. Solat Zohor, Solat 'Asar dan Solat Isya').[Nota: Bagi solat-solat sunat, walaupun mungkin 4 rakaat, tidak ada Tahiyat Awal. maka dgn itulah setiap amalan dan iabdah itu ada speksnya sendiri - bentuk-bentuk ibadah dan amalan serta kaedah dan cara mengerjakannya.]
Menceritakan hadith oleh Makhramah b Bukairin berkata: 'Menceritakan kpdku Amir b Abdullah b Zubir hadith dari bapanya yg berkata: 'Ada Rasulallah (s.a.w) ketika duduk dalam rakaat kedua (solatnya) atau dalam rakaat ke-empat, dia (Nabi) meletakkan kedua-dua tangannya di atas kedua-dua lutunya (dalam hadith lain disebutkan dgn menggenggam jari-jarinya, kecuali dua jari kanannya dibuat seumpama bulatan), kemudian dia mengisyarat dgn jarinya.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Solat]
Saudara, untuk memahami sepenuhnya sesuatu hadith itu kita wajib merejukuk kpd hadith-hadith lain yg terkait atau menceritakan situasi atau perkara yg sama. Dalam penjelasan hadith ini, Rasulallah (s.a.w) disebutkan sebagai membuat isyarat dgn jari telunjuknya, bermaksud Nabi (s.a.w) sepanjang dia membaca Tahiyat itu (yg Awal atau yg Akhir) dia menggerak-gerakkan jari telunjuknya ke atas ke bawah dan berhenti apakala sudah selesai membaca tahiyat (yakni, ' fil 'alamina hamidum majid.' itu). Mungkin kalau saudara seorang yg memerhatikan gelagat orang bersolat, saudara akan terperasan bahawa ada segolongan orang Islam, lazimnya orang-orang Islam kaum India atau Arab, ketika dalam keadaan membaca tahiyat itu akan menggerak-gerkan jari telunjuknya turun naik. Para ulama' kita berkata itu adalah ajaran mazhab selain as-Syafie - Hanbali atau Maliki atau Hanafi, kata mereka. Tapi, jelas hadith ini membuktikan bahawa itu adalah sebahagian daripada as-Sunnah bukan ketetapan mazhab.
Alhamdulillah, kita sudah dapat ilmu mengenai suatu perlakuan ketika membaca tahiyat dalm syariat Islam.
saudara, satu versi lain adalah kita mengangkat jari telunjuk kita (hanya satu jari saja) seumpama menunjuk ke depan, dan Rasulallah (s.a.w) tidak menggerakkannya tetapi terus diangkatnya dari mula membaca tahiyat dan hanya menurunkan jari telunjuknya ketika selesai membaca tahiyat.

Jazakallahu khairh

No comments:

Post a Comment