Assalamualaikum,
Kita tambah sedikit lagi komen kita tentang tajuk di atas. kali ini menyentuh isu:
Jika tiada dalam as-Sunnah adakah bid’ah?
Manusia takutkan bayang-bayang kemodenan dunia dan bebangga dengan ilmu dunia dan kejayaan manusia. Mereka takutkan ugama menjadi jumud jikalah tidak ‘berkembang’ selari dengan kemodenan serta temadun pemikiran dunia. Maka mereka akan cuba membuat pelbagai perubahan kepada ugama seupaya kononnya kekal relevan. Sebenarnya mereka yang berfikiran sedemikian mempersoalkan kuasa Allah (a.w) dan ilmu Allah (a.w). Dalam membuat pelbagai perubahan kepada kehidupan dunia itu, kemungkin besarlah para ulama’ dan ilmuwan Islam mengubah spesifikasi ajaran Rasulallah (s.a.w), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan para tabi’in tentang Islam dan syariatnya. Apatah lagi mengubah ajaran orang yang mereka katakan sebagai pengasas mazhab. Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita jangan membaharui Islam dan syariatnya serta akibat melakukannya, sebagaimana disebutkan dalam hadith-hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): Barangsiapa mengadakan pembaharuan dalam perkara aku (yakni, syariat ugama Islam) yang ianya (yakni, yang diperbaharui itu) bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku), maka dia (amalannya) ditolak (yakni, tidak diterima)] [Hadith Bukhari]
Pembaharuan yang tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah bid’ah dan batil, mengikut ketetapan Rasulallah (s.a.w) di dalam hadith di atas itu. Dan, hadith berikut juga memberi kita tahu perkara yang sama;
Sabda Rasulallah (s.a.w): [Maksud: Barangsiapa beramal dengan apa-apa amalan selain daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku, yakni as-Sunnah dan al-Quran), maka dia (yakni, amalannya atau ibadahnya) ditolak (yakni, tidak diterima).] [Hadith Muslim].
Hari ini, kalau kita tanya para ulama’ dan ilmuwan Islam yang melabelkan diri mereka pengikut sesuatu mazhab, mengapakan ada perkara-perkara-perkara atau perlakuan yang berlainan dari as-Sunnah? Mereka tidak dapat jelaskan. Sebab, mereka sendiri tidak faqih dengan ajaran imam yang empat itu. Kita dapat ilmu dari orang lain selepas kematian imam yang empat. Segala sesuatu ibadah dan amalan, bentuk-bentuk dan jenisnya, cara dan kaedah mengamal dan mengibadahkannya telahpun ditetapkan atau ditunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni ada dalam as-Sunnah. Oleh kerana itu jika sesuatu ketetapan itu ada sandaran nas dan dalil al-Quran dan al-Hadith, maka ketetapan itu menepati as-Sunnah. Kita amal dan kerjakan, bererti kita ikuti as-Sunnah. Jika begitu kita patuhi ketetapan Ayat 13 dan Ayat 14 serta Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr tersebut. Jika begitu, kita tergolong dalam ‘Ahlus sunnah wal-jamaah’. Jika sebaliknya atau jika berlawanan atau berlainan dari ketetapan as-Sunnah, pastilah kita melakukan sesuatu yang batil. Oleh kerana itu, kita belum layak digolongkan sebagai 'Ahlus sunnah wal-jamaah’.
[Nota: Kita telah jelaskan dgn panjang lebar dalam post-post yg lalu bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda yg dia tinggalkan sebagai asas ilmu dan panduan ugama al-Quran dan as-Sunnah, dan jika pegang kedua-duanya pasti kita tidak sesat dalam mengamalakn segala amalan dan ibadah menepati ketetapan Allah (a.w), dan kerana itu pastilah kita tergolong dalam golongan mereka yg berjaya mendapat syurga menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' tersebut].
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment