Tuesday, December 1, 2009

Ilmu yang wajib dipelajari dalam Islam

Assalamualaikum,
Mungkin saudara tersangat rasa terkilan jika saudara tahu betapa pentingnya kita berilmu dalam Islam. Kerana, Islam menyuruh kita belajar ilmu tentang Islam bermula dari buaiyan sehinggalah sampai ke liang lahad (yakni, sampai ajal kita). Hanya dengan ilmu kita tahu apakah selama ini kita telah mengerjakan ibadah dan amalan yang benar-benar menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya.
Adalah suatu kelaziman di kalangan kita mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah bersandarkan amalan warisan dari nenek moyang kita. Walaupun di Malaysia ini setiap negeri, termasuklah kerajaan Persekutuan, wujud jabatan ugama Islam, tetapi tiada program penyebaran ilmu yang memadai untuk mengilmukan kita sebagai seorang Islam. Hanya dengan ilmu kita terpimpin dan terpandu. Bagi mereka yang rajin ke masjid, mungkin mereka dapat mendengar ceramah pendek semasa Kuliyah Subuh atau Kuliyah Maghrib. Maka dapatlah mereka sedikit ilmu. Itupun tidak tersusun. Seringkali penceramah bercakap dengan panjang lebar, tetapi hanya sepotong dua ayat al-Quran atau hadith disampaikan. Ceramah itu pula adalah seumpama program TV yang sering diulangi siarannya pula!
Apa yang kita perlukan adalah seperti yang ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ilmu (yang wajib dituntut) itu tiga. Maka barangapa yang kemudiannya (yakni, selepas tiga) demikian itu adalah tambahan: Ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), dan Sunnah yang tegak (yakni, as-sunnah atau al-Hadith), dan ilmu faraid yang adil (yakni, hukum atau undang-undang faraid) .’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Tanpa ilmu kita akan terus beramal dan beribadah dalam kejahilan. Tidaklah kita tahu apakah kita sudah benar-benar beramal atau beribadah menepati ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Tidaklah kita tahu apakah segala amalan dan ibadah kita selama ini diterima Allah (a.w). Apakah kita berpenat beramal dan beribadah tetapi di akhirat kita muflis ...
Saudara, ilmu itu amat utama kpd seseorang yg Islam yg inginkan mendapat syurga Allah (a.w) dan ingin dijauhkan neraka Allah (a.w) [i.e. niat beramal dan beribadah itu adalah Ayat 57, Surah al-Isra']. Hanya dgn niat sedemikian itu, kita menjadi ikhlas dalam beramal. lagipun, kalau kita amat-amati ketetapan Islam itu, kita akan ketemui perintah Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra', yg berbunyi: 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan atau buat sesuatu (amalan dan ibadah) tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya). maksudnya, jangan beramal atau beribadah dalam kejahilan. Sebab? Mungkin kita melakukan sesuatu yg bercorak atau dicemari oleh 'bid'ah', kerana bentuk-bentuk ibdah tersebut tiada dalam syariat Islam, atau cara dan kaedah diamalkan tak betul sebagaimana yg dicontohkan atau yg dikerjakan oleh Rasulallah (s.a.w). Maka, terbatallah amalan dan ibadah kita, sia-sia saja.
Mudah-mudahan mereka yang dipertanggung jawabkan menyebarkan Islam dan mengimarahkan syariatnya di Malaysia, dapat membuat satu anjakan paradigma agar mereka lebih mengutamakan program pengilmuan sedemikian,yang menghilangkan kejahilan umat Islam di Malaysia, insya Allah. Tak perlulah mereka mengintip atau mencari-cari kemaksiatan orang Islam. Yg wajib mereka diberitahu. Setelah diberitahu mereka buat juga, mereka tanggung sendiri. Yg ditegah jangan mereka lakukan maksiat di depan khalayak ramai.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Found in: The Book of the Sunnah
    Hadith no: 54
    Narrated: Abdullah bin Amr
    “The Messenger of Allah (saw) said: 'Knowledge is based on three things, and anything beyond that is superfluous: a clear Verse, an established Sunnah, or the rulings by which the inheritance is divided fairly.'” (Da'if)

    quoted from: http://ahadith.co.uk/hadithbynarrator.php?n=Abdullah+bin+Amr&bid=15&let=A

    waAllahu A3lam

    ReplyDelete