Assalamualaikum,
Menyentuh Anjing Tanpa Menyamak
Saudara Zaharudin, seorang penyelidik JAIS, dilaporkan dalam Utusan Malaysia itu menyebut bahawa antara ciri-ciri fahaman Wahabi itu adalah membolehkan anjing disentuh/pegang tanpa perlu menyamaknya. Sebelum kita mengulas isu ini, elok kita teliti Ayat 4, Surah al-Maidah yang menyebut tentang anjing buruan.
Firman Allah (a.w): [Maksud: Mereka bertanya kepada kamu (Wahai Muhammad (s.a.w)!) Apakah yang dihalalkan bagi mereka?’ Katakanlah ‘Dihalalkan atas kamu (makanan) yang baik-baik; (dan halal memakan haiwan buruan yang ditangkap atau dimamah oleh haiwan pemburu) yang apa-apa telah diajarkan (yakni, dilatih) atas mereka daripada haiwan pemburuan yang telah kamu latih dengan mengajarnya dengan apa-apa yang mengajarkan oleh Allah (a.w) akan kamu. Maka makanlah dengan apa-apa yang yang ditangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah (a.w) ( ) atasnya (yakni ''Bismillah')semasa melepaskan binatang pemburu itu).][Ayat 4, Surah al-Maidah]
Firman Allah (a.w) ini menyebutkan bahawa haiwan buruan yang ditangkap oleh anjing buruan itu halal dimakan sekiranya ketika melepaskannya, orang yang memburu menyebut nama Allah (a.w) (yakni, ‘Bismillah'). Tidak perlu haiwan buruan yang ditangkap itu disamak terlebih dahulu. Mengambil qiasan dari ayat ini, jelaslah anjing bukan merupakan najis berat yang perlu disamak. Mustahil disamak atau tidak praktikal disamak haiwan buruan yang dimamah anjing kerana air liurnya telah mengenai badan dan daging haiwan buruan tersebut. Menyentuh tentang isu yang sama, Rasulallah (s.a.w) membuat ketetapan seperti dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Tha’labah al-Khasyanni (r.a) bahawasanya berkata: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya kami di bumi ahli kitab (iaitu Yahudi atau Nesrani), maka kami memasak di dalam periok mereka dan kami minum dalam bejana (yakni, bekas) air mereka?’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Jika tidak dapat (atau menjumpai) selainnya (yakni, periok lain), maka basuhlah ia dengan air.’ Kemudian berkata (Abi Tha’labah): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Sesungguhnya aku di bumi perburuan (yakni, kawasan orang sering berburu), maka bagaimana kami perbuat?’ Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Ketika engkau utuskan (lepaskan) anjing dari anjing perburuan (yang telah diajar cara-cara berburu dan menangkap buruannya) dan engkau ucapkan nama Allah (a.w) (yakni, 'Bismillah'), maka dibunuhnya maka makanlah (haiwan yang ditangkapnya itu); maka jika ada ia (yakni, anjing itu) selain anjing perburuan (yakni, anjing yang bukan dikhususkan untuk berburu, yakni tidak dilatih atau anjing liar), maka sembelihlah (binatang yang ditangkapnya) maka makanlah; dan ketika engkau panah akan dia (yakni, haiwan buruan) dengan panah engkau dan engkau sebut (ucapkan) nama Allah (a.w) (yakni,‘Bismillah’ ), maka dibunuhnya (oleh panah), maka makanlah.’ [Hadith at-Termidzi, hasan sahih]
Hadith ini menyebutkan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam empat keadaan atau situasi: pertama, menggunakan alat-alat memasak (seumapama periok, belanga dan kuali) orang kafir (dalam kes ini orang Yahudi dan Nesrani), jika tiada alat-alat milik sendiri, dibolehkan hanya dengan membasuhnya dengan air (yakni, tanpa menyamaknya); kedua, memakan haiwan buruan yang dimamah atau ditangkap anjing buruan yang telah dilatih dengan syarat di baca ‘Bismillah’ ketika melepaskannya, dibolehkan memakannya; ketiga, haiwan buruan yang ditangkap oleh anjing yang tidak dilatih (seumpama anjing liar) boleh dimakan setelah disembelih dengan menyebut ‘Bismillah’, dan keempat, haiwan buruan yang dipanah boleh dimakan walaupun tidak sempat disembelih, sekiranya ketika memanah dibaca ‘Bismillah ’.
Jazakallahu khairah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment