Assalamualaikum,
Saudara, oleh kerana utamanya Solat Witir itu, maka kita sambung sedikit lagi perbincangan kita mengenainya. Saudara, Allah (a.w) memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah 'uswataun hasanah' (i.e. model ikutan terbaik) bagi kita yg inginkan kejayaan akhirat, yakni mendapat syurga, maka dalam segala sesuatu mengenai Islam dan syariatnya dan dalam menjalani kehidupan di dunia sebagai orang iman dan yakinkan yg dia akan menemui Allah (a.w) apabila kiamat dunia, maka dia hendaklah mencontohi Rasulallah (s.a.w).
Firman Allah (a.w): 'Laqad kana lakum fi rasulillahi uswatun hasanatul-liman kana yarjullah wal-yaumal akhiri wa-zakarallaha kathira.' [yg bermaksud: Sesungguhnya adalah bagi kamu sekelian pada Rasulallah (s.a.w) itu contoh terbaik bagi barangsiapa yang mengharapkan ganjaran (pahala) dan balasan hari akhirat dan sentiasalah dia mengingati Allah (a.w) banyak-banyak] [Ayat 21, Surah al-Ahzab]
Saudara, bukanlah bermaksud kita hanya benar-benar Islam dan beriman apakala kita memiliki sifat-sifat kenabian sebagaimana Rasulallah (s.a.w). Itu mustahil. Kerana, para nabi dan para rasul adalah orang terpilih, dan yg memilihnya adalah Allah (a.w). Tidak mungkin kita, walau bagaimana warak sekalipun, berjaya memiliki sifat-sifat dan ciri-ciri kenabian. Tetapi, yg dimaksudkan adalah, dalam menjalani kehidupan di dunia sebagai orang Islam dan iman, wajiblah kita mencontohi segala perlakuan, amalan dan ibadah yg sejajar dgn apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), dan kita tidak mengambil contoh-contoh dari manusia. Hakikatnya adalah Islam dan syariatnya ditetapkan oleh Allah (a.w0. malah Islam adalah ugama yg dicipta oleh Allah (a.w) untuk manusia, bukan dicipta oleh Rasulallah (s.a.w). Dan, Rasulallah 9s.a.w) diangkat Allah (a.w) sebagai UtusanNya, yakni menyampaikan kpd manusia dan mengajarkan serta mendemokan kpd manusia bagaimana Islam dan syariatnya itu dilaksanakan di bumi dlam semua dimensinya.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) sajalah orang yg tau Islam dan syairatnya dan bagaimana melaksanakan syariat Islam itu dalam semua dimensi kehidupan manusia di dunia ini. Allah (a.w) mengajarkan Rasulallah (s.a.w) selok belok Islam dan suyariatnya, yakni bagaimana menterjemahkan perintah Allah (a.w) dalam al-Quran. Beliau diajar oleh Allah (a.w) melalui wahyu. Dan, apabila sesuatu itu perlu didemokan atau diperincikan supaya Rasulallah (s.a.w) faham, maka Allah (a.w) utuskan malaikat Jibrail (a.s), yg datang menemui Rasulallah (s.a.w) dalam jelmaannya sebagai seorang lelaki berjubah putih bersih dan yg kacak pula. Oleh itu, kita wajib jadikan Rasulallah (s.a.w) sebagai model dalam mengerjakan perintah Allah (a.w) dan dalam menjauhi larangan Allah (a.w). Tak mugnkin tercapai, tetai kita disuruh Rasulallah (s.a.w) buat sekuat mampu atau semampu kita. Kita tidak disuruh ikuti model di kalanagan manusia. Kerana, tak mungkin ada manusia yg mengetahui Islam secara sempurna sebagaimana Rasulallah (s.a.w). Maka dgn itu, untuk kesempurnaan dalam islam - khususnya dalam konteks kesempurnaan kefahaman tentang Islam dan cara mengabdikan diri dalam semu dimensi yg menepati ketetapan Allah (a.w), kita wajib berpandukan kpd Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah.
Dalam perkara Solat Witir itu, kita boleh kerjakan pada bila-bila masa selepas Solat Isya' dan sebelum Solat Subuh:
Diriwayatkan hadith daripada Ali bin Abi Thalib (r.a) berkata: ‘Dari setiap malam sesungguhnya bersolat witir Rasulallah (s.a.w) (ada kalanya pada) dari awal malam dan (ada kalanya pada) pertengahan malam dan (dan ada kalanya) sampai kepada waktu sahur.’ [Hadith Ibnu Majah]
Disebutkan dalam hadith di atas itu bahawa Rasulallah (s.a.w) mengerjakan pada waktu-waktu yg tidak khusus sepertiga terakhir malam sahaja. maka Rasulallah (s.a.w) emnasihatkan kita spt hadth berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a) hadith daripada Rasulallah (s.a.w) yang bersabda: ‘Barangsiapa dari kalangan kamu khuatir tidak bangun akhir malam (yakni, terjaga untuk solat Witir), maka witirlah awal malam kemudian tidurlah. Barangsiapa yang dikalangan kamu ingin sangat bahawa kamu (yakin boleh) bangun dari akhir malam, maka witirlah pada akhir malam. Maka bahawasanya bacaan (yakni solat witir atau apa-apa solat malam pada akhir malam itu) dipersaksikan oleh para malaikat, dan demikian itu lebih afdhal.’ [Hadith Ibnu Majah]
Kita juga boleh bersolat Solat Witir itu mencontohi Abu Bakar as-Siddiq (r.a) atau Omar ibni Khattab (r.a), seperti ketetapan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w) kepada Abu Bakar (r.a): ‘Manakah waktu engkau witir?’ ‘Berkata Abu Bakar: ‘Awal malam selepas solat Isya’.’ ‘Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Maka engkau Omar?’ ‘Berkata Omar (r.a): ‘Akhir malam.’ ‘Maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Adapun engkau wahai Abu Bakar, mengambil engkau dengan penjagaan (yakni, menjaga supaya tidak terlepas solat Witir setiap malam). Dan adapun engkau hai Omar, mengambil engkau dengan kekuatan azammu (untuk berwitir akhir malam yang afdhal).’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith yg mesejnya sama di dalam Sunan Abu Daud, iaitu hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qatadah (r.a): ‘Bahawasanya Nabi (s.a.w) berkata kepada Abi Bakar (r.a): ‘Bilakah engkau Witir?’ Berkata (Abu Bakar): ‘Berwitir aku dalam awal malam.’ Dan bersabda kepada Omar (r.a): ‘Bilakah engkau witir?’ Berkata Omar: ‘Pada akhir malam.’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w) kepada Abu Bakar (r.a): ‘Sesungguhnya demikian satu keazaman’. Dan bersabda kepada Omar: ‘Sesungguhnya demikian kerana kekuatanmu.’ [Hadith Abu Daud]
Saudara,
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa yg dikatakan 'as-Sunnah' itu adalah sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg empat selepas beliau (i.e. Abu Bakar, Omar, Othman ibni Affan dan Ali b Abi Thalib, radiallahu 'anhum. Dan, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita ikuti sunnah beliau dan/sunnah mereka dalam Islam. Oleh itu kita ada pilihan bila nak buat Solat Witir itu.
Mudah-mudahan kita diberi keazaman yg kuat untuk memperbaiki amalan dan ibadah kita demi akhirat kita, insya Allah
Jazakallahu khairah