Thursday, December 31, 2009

Solat: Cara Rasulallah (s.a.w) bersolat (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita telah teliti rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe'li solat menyentuh permulaannya sampai ke peringkat membaca Doa Iftitah. Kita telah lihat 4 versi Doa Iftitah yg biaa dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) ketika bersolat. Adakah kita telah gunakan salah satu daripada Doa-doa tersebut sehingga kini?
Penulis diajarkan oleh tok guru dulu baca Doa Iftitah yg disebutkan dalam hadith berikut. Saudara bagaimana? Tapi, Doa Iftitah ini, mengikut hadith ini, adalah untuk dibaca dalam solat-solat sunat!
Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Maslamah (r.a) katanya: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) ketika berdiri solat (selepas Takbiratul Ikhram) membaca: 'Allahu Akbaru. Wajjahtu wajhia lillazii fataras-samawati walardha hanifan musliman wama ana minal musrikiina, innas-solati wa nusuki wa mahyaya wa mamatii lillahi rabbil ‘alamiin, la syarika lahu wabizalika umirtu wa ana auwalul.' [Maksud: Aku menghadapkan wajahku kepada wajahmu zat yang menjadikan beberapa langit dan bumi dengan senang hati menyerah aku dan tidak ada aku dari kalangan orang yang engkar (menyekutukan Engkau), sesungguhnya solatku, dan ibadatku, dan hidupku dan matiku bagi Allah (a.w) Tuhan semesta ‘alam, tidak ada yang seumpama Engkau dan dengan demikian diperintahku dan sesungguhnya aku orang pertama dari kalangan orang Islam.] [Nota: Bagi kita, ganti dengan (kalimah 'wa-ana awwalul muslimina' itu dengan) ‘wa ana minal muslimin’]. (kemudian disambung) 'Allahumma antal maliku la-ilaha-illa anta subha-naka wabihamdika’ [Maksud: Ya Allah ya Tuhan kami Engkaulah raja, tiadalah Tuhan selain Engkau, maha such Engkau dan segala-gala puji-pujian bagiMu.', kemudian dia membaca al-Fatihah.’ [Hadith an-Nasa’i]
Kalimah Doa Iftitah ini sering kita orang Melayu baca, kecuali orang yg dikira alim atau ulama' atau ilmuwan yg belajar ilmu al-Hadith mungkin tak baca, kerana mereka tahu, kalimah-kalimah Doa Iftitah ini dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) dalam solat sunat malam. Demikianlah mengikut syarah hadith ini.
Jazakallahu khairah

Solat: Cara Rasulallah (s.a.w) bersolat (Samb.)

Assalamualaikum,
Menyambung kembali pengamatan kita tentang tajuk 'Bersolat mengikut cara Rasulallah (s.a.w)' itu, kita telah lihat perkara-perkara berikut:
1. Berwudu' sebelum bersolat (wajib ada wudu' sebelum bersolat)
2. Persediaan untuk solat berpakaian menutup aurat, sebaik-baiknya menutupi aurat dan badan dan berdiri mengadap kiblat dan pasang niat dalam hati (tak dilafazkan spt menyebut 'Usalli ...')
3. Berdiri dan angkat kedua tangan untuk Takbiratul Ikhram dengan menyebut Takbir (i.e. Allahu Akbar); kedua tangan diangkat supaya ibu jari:
(a) Bersetentangan dengan kedua cuping telinga; atau
(b) Bersetentangan dengan dua bahu
4. Cara meletakkan kedua tangan selepas Takbiratul Ikhram, iaitu tangan kanan di atas tangan kiri, memegang pergelangan tangan kiri, kedua-dua tangan diletak di tengah-tengah bahagian perut di atas bahagian pusat.
Demikianlah cara Rasulallah (s.a.w).
Kemudian kita baca Doa Iftitah. Ada banyak versi Doa Iftitah yg dibaca oleh Rasulallah (s.a.w) berpandukan as-Sunnah, kita boleh ambil yg mana satu kita suka - yg pendek ke atau yg panjang ke. Antara doa-doa tersebut adalah spt beikut:
1. Mengikut hadith daripada Abdullah bin ‘Amru (r.a) katanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berdiri seseorang lelaki itu (untuk bersolat) berniat kerana Allah (a.w) maka membaca: 'Allahu Akbaru kabiira, walhamdulillahi kathira, wa subhanallahi bukratau-wa asila.’ [Maksud: Allah yang mama Besar, dan sebanyak-banyak atau setinggi puji-pujian bagi Allah, dan maha suci Allah pagi dan petang] [Hadith an-Nasa’i] - Inilah kalimah-kalimah Doa Iftitah terpendek
2. Diriwayatkan daripada Abi Said al-Khudri (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) memulakan solatnya dengan membaca: 'Subhanakallah humma wabi hamdika, watabarak-asmuka, wa taala jadduka, wala ilaha ngairuka.' [Maksud: Setinggi-tinggi pujian kepada Allah, wahai Allah wahai Tuhan kami dan kepada Engkau kami bersyukur, maha berkat namaMu, dan maha luhur, dan tiada Tuhan melainkan Engkau jua] [Hadith Ibnu Majah] - Ini kalimah-kalimah Doa Iftitah yg panjang sedikit.
3. Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Bertanya aku, wahai ibuku dan engkau bapaku! [Nota: Para sahabat apakala hendak bercakap dengan Rasulallah (s.a.w) selalu memuji Rasulallah dengan memulakan cakap-cakap mereka dengan ungkapan-ungkapan seumpama ini sebagai penghormatan terhadapnya] Ya Rasulallah (s.a.w)! Apakah yang engkau ucapkan dalam diam engkau antara takbir dan bacaan (surah) al-Quran?’ (yakni, apakala Nabi (s.a.w) diperhatikannya diam antara Takbiratul Ikhram dan sebelum membaca al-Fatihah itu). Maka Rasulallah (s.a.w) bersabda (menjawab pertanyaan Abu Hurairah (r.a) itu): ‘Engkau bacalah (doa Iftitah): 'Allahumma ba’id baini wabaina khatoyaya kama ba’adta bainal masyriqi walmaghribi. Allahumma naqini min khatoyaya kama unaqqas saubul abyadu minad-danasi. Allahummagh-silni min khatoyaya bil maai wath-thalji wal-baradi.' [Maksud: Ya Allah ya Tuhan kami semoga Engkau menjauhkan kesalahanku seperti Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah ya Tuhan kami semoga Engkau bersihkan (atau menjaga) seperti bersihnya pakaian (atau kain) putih dari kekotoran. Ya Allah ya Tuhan kami semoga membasuh padaku dengan air dan salji daripada kekotoran. Ya Allah ya Tuhan kami semoga membasuh akandikau dari kesalahan (yakni, dosa) dengan air dan salji dan embun.][Hadith an-Nasa’i] - Inilah kalimah-kalimah Doa Iftitah yg agak panjang.
4. Diriwayatkan hadith daripada Jubairi bin Mut’im (r.a), katanya hadith daripada bapanya (kata bapanya): ‘Aku melihat Rasulallah (s.a.w) ketika masuk dalam solat (yakni, memulakan solatnya), berkata (Nabi (s.a.w) (i.e. membaca): 'Allahu Akbaru kabira, Allahu Akbaru Kabira' (3x), 'Alhamdulillahi kathira, Alhamdulillahi kathira' (3x); 'subhanallahi bukratan wa-asila' (3x); dan 'Allahumma inni a’uzubika minas-syaitanir-rajim, min hamzihi wanaf hihi wanaf syihi’. [Hadith Ibnu Majah] - Satu lagi bacaan Doa Iftitah tersebut.
Mana-mana kalimah Doa Iftitah yg kita pilih dan baca itu adalah menepati as-Sunnah. Kita gunakan kalimah tersebut bererti kita sudah akur dengan ketetapan as-Sunnah dalam konteks definasi 'Ahlus sunnah' itu. Kemudian, setelah habis membaca Doa Iftitah, kita membaca 'al-Fatihah' (i.e. 'Ummul Kitab') dan kemudian membaca satu surah al-Quran [Nota: Kalau kita menjadi Imam dalam solat berjema'ah di mana-manapun, janganlah baca surah yg panjang, kerana perbuatan sedemikian tidak disukai oleh Rasulallah (s.a.w). Kita mendapat ganjaran pahala yg banyak membaca surah-surah yg panjang dalam solat-solat sunat yg lazimnya hendaklah dibuat sendiri-sendiri].
Kemudian nanti kita akan lihat ketetapan as-Sunnah (i.e. cara Rasulallah (s.a.w) selanjutnya pula, spt Ruku', 'Iktidal, Sujud dan seterusnya.
Jazakallahu khairah

Wednesday, December 30, 2009

Solat: Cara Rasulallah (s.a.w) bersolat (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita teruskan perbincangan kita tentang cara dan kaedah Rasulallah (s.a.w) bersolat. Di dalam hadith berikut disebutkan summary perkerjaan solat itu - dimulakan dengan Tahrim, yakni, membaca 'Takbir' (i.e. Takbiratul Ikhram, yakni 'Allahu Akbar') dan Tahlilnya (i.e. disudahai dengan) 'Salam' (i.e. kalimah 'Assalamualaikum wa-rahmatullah') dengan memalingkan muka kita ke kanan kemudian ke kiri, dengan mempastikan bahawa pipi kita boleh dilihat oleh makmum di sebelah kanan dan di sebelah kiri ketika memberi 'Salam' itu.
Diriwayatkan hadith daripada Abu Said al-Khudri, katanya: ‘Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Bermula tahrim (permulaan) bagi solat itu ialah ‘Takbiratul Ikhram’ (yakni, menyebut ‘Allahu Akbar' ) dan ‘Tahlilnya’ (penamatnya) ialah memberi ‘Salam’ (yakni, berkata ‘Assalamu-alaikum warahmatu-Allah’) di akhir solat. Dan tiada solat bagi seseorang yang tiada membaca ‘Alhamdu-lillah’ (yakni, Ummul Kitab atau al-Fatihah) dan surah pada fardu lainnya.’ [Hadith sahih at-Termidzi]
Kita sudah mula bincangkan cara dan kaedah bersolat dengan menyebut tentang wajibnya ada wudu' bila nak solat, kemudian dengan pakaian yg menutup aurat yg bersih, di atas tikar atau sejadah solat yg bersih, kita berdiri tegak mengadap kiblat. Permulaannya disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) yg bersabda: 'Iza qumtu ilas-solati fakabbir ...' [Maksud: Ketika berdiri kamu untuk bersolat, maka takbirlah (i.e. bacalah 'Allahu Akbar')...]. Kita tidak disuruh zahirkan niat, kerana apabila kita berdiri di tempat kita nak solat sudah terlintas dihati kita bahawa niat kita nak solat. Itulah niat (rukun qalbi) kita, kemudian kita bertakbir dengan menyebut 'Allahu Akbar', itulah rukun qaulinya, dan apakala kita angkat kedua-dua tangan ke atas semasa membaca Takbir itu, itulah rukun fe'linya.
Mungkin saudara bertanya pula -buat-buat tak tau atau sengaja nak tanya - lepas tu buat apa dan bagaimana pula cara/kaedah mengangkat kedua-dua tangan ketika menyebut Takbir itu? Kerana kalau kita seorang yg suka nmelihat perlakuan seseorang itu bersolat, kita akan dapat brbagai gaya dan cara, kadang-kadang lucu juga apabila seseorang itu terpaksa mengulang banyak kali Takbiratul Ikhramnya, kerana kononnya rukun qalbi, rukun qauli dan rukun fe'linya tidak dapat digabungkan! Ada juga orang yg bercakap angkat kedua tagan sampai para cuping telinga. Ada kata sampai ke paras bahu. Kalau ke paras bahu kata seorang pegawai MAIS adalah amalan pengikut Wahabi!
Bagaimana Rasulallah (s.a.w) mengangkat kedua tangannya? Sampai paras cuping telinga ke atau sampai paras bahu ke? Dua hadith berikut kita ambil sebagai menunjukkan bahawa Rasulallah (s.a.w) mengangkat kedua-dua tangan sanpai ke para dua cuping telinga:
1. Diriwayatkan hadith daripada Abdul Jabbar bin Wail (r.a) katanya hadith daripada bapanya berkata: ‘Sesungguhnya aku melihat Nabi (s.a.w) ketika memulakan solatnya dan menyebut ‘Allahu Akbar ’ mengangkat dia kedua-dua tangannya sehingga hampir kedua-dua ibu jari tangannya ke cuping telinganya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Hadith di atas menjelaskan bahawa ketika menyebut Takbiratul Ikhram kedua tangan diangkat dengan jari-jari terbuka sampai ke paras telinga kedua ibu jari tangan. Bukan diangkat sesuka hati sebagaimana kita sering lihat dilakukan oleh ramai orang. Kaedahnya jelas dan tetap. Tidak ada kaedah lain selain hadith yang menyatakan bahawa diangkat kedua-dua tangan dengan jari-jari terbuka bilamana ibu jari sejajar dengan bahu. Itu versi kedua. Tidak ada versi lain.
2. Diriwayatkan hadith daripada Malik bin Huairith (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) apabila takbir ikhram diangkatnya dua tangannya sejajar dengan dua telinganya, demikian pula ketika akan ruku’, dan apabila bangun dari ruku’ sambil membaca ‘Samiullahu liman hamidah.’ [Hadith Muslim]
Dua hadith di atas menjelaskan kedudukan kedua tangan dan jari-jari tangan semasa mengangkatnya sambil membaca Takbiratul iIhram, iaitu ibu jari di paras cuping telinga. Hadith kedua itu menyebutkan bahawa kita hendaklah angkat kedua tangan tiga kali dalam rakaat pertama: pertama, ketika Takbiratul Ikhram, kedua, ketika hendak Ruku’ dan ketiga ketika bangun dari Ruku’. Dalam, rakaat lain dua kali, iaitu ketika hendak Ruku’ dan bangun dari Ruku’. Tiga kali pula pada rakaat ketiga, iaitu semasa bangun hendak berdiri selepas Tahiyat Awal, semasa hendak Ruku’ dan ketika bangun dari Ruku’. Hadith itu juga menyebut tasbihnya ketika bangun dari Ruku’.
Atau, mengikut hadith-hadith di bawah ini pula Rasulallah (s.a.w) mengangkat kedua tangannya, dengan jari-jari diluruskan, dan ibu jari separas kedua bahunya:
3. Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) apabila memulakan solatnya diangkatkannya kedua-dua tangannya sejajar dengan dua bahunya, kemudian takbir ikhram dia, demikian juga ketika akan ruku’ dan bangkit dari ruku’. Dan tidaklah dia mengangkat tangan ketika berdiri dari sujud (yakni, untuk rakaat kedua).’ [Hadith Muslim]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa ketika bangun untuk rakaat kedua (dan juga keempat), tidak diangkat kedua-dua tangan. Namun, kerana kejahilan, ramai umat Islam mengangkat kedua tangan bagi setiap pergerakan.
4. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah (r.a) katanya: ‘Adalah Rasulallah (s.a.w) apabila masuk didalam solat mengangkat ia akan tangannya tegak segala jarinya hala kelangit dengan tiada merenggang akan dia, dan adalah angkatnya itu membetuli (bersetentangan dengan) dua bahunya.’ [Hadith hassan at-Termidzi]
Hadith di atas pula menjelaskan bahawa jari-jari tangan dibuka dan hendaklah tegak atau lurus. Inipun terdapat banyak perlakuan umat Islam, jika kita perhatikan perlakuan mereka yang bersolat di mana-mana.
Jelaslah, ada kaedah mengangkat kedua-dua tangan ketika Takbiraul Ikhram itu: sama ada, ibu jari menepati paras cuping telingan; atau, ibu jari menepati bahu. Jadi versi kedua itu bukanlah amalan fahaman Wahabi! Tetapi, adalah ketetapan as-Sunnah. Kalaulah umat Islam ikuti ketetapan as-Sunnah sepenuhnya dan faham mereka, sudah pastilah tiada berbezaan rukun fe'li dan lain-lain rukun solat, hanya dua cara sahaja dalam mengangkat tangan untuk Takbiratul Ikhram itu.
Selepas Takbiratul Ikhram, kedua tangan telah diletakkan di bahagian atas pusat ditengah-tengah perut (bukan di atas dada), tangan kanan di atas tangan kiri, sambil tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri, kita membaca Doa Iftitah.
Dalam meletakkan tangan di atas perut itupun banyak kelakuan orang Islam - ada yg menyenget ke kiri, ada di atas dada di mana jantung kita berada, ada di bawah pusat, ada di bahagian perut, ada meluruskan tangan ke paha! Demikianlah kelakuan ygdilakukan apabila seseorang itu tidak berpandukan as-Sunnah - ikuti caka--cakap orang atau ikut suka hati sendiri!
Jazakalahhu khairah

Solat: Cara Rasulallah (s.a.w) bersolat

Assalamualaikum,
Sekarang kita mulakan semakan kita tentang cara Rasulallah (s.a.w) bersolat dari mula hingga tamat. Kerana Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' [Maksud: Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat] [Hadith Bukhari]. Sebelum itu elok kita ambil ingatan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Muhaimin bin ‘Abbas bin Sahli bin Sa’din As-Sa’idi (r.a) katanya daripada bapanya dan daripada datuknya (kata datuknya hadith) daripada Nabi (s.a.w), berkata datuknya: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak ada (dikira) bersolat seseorang itu yang tiada berwudu’, dan tiada wudu’ bagi seseorang yang tidak menyebut (Bismillah) semasa berwudu’, dan tiada dikira bersolat bagi seseorang yang tidak berselawat ke atas Nabi (s.a.w), dan tidak dikira bersolat bagi mereka yang tidak kasihkan orang ansar (yakni, orang-orang di Madinah masa itu).’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Hadith di atas itu memberitahu tiga perkara yg berkaitan rapat dengan ibadah solat:
1. Solat itu hanya sah jika kita ada wudu' atau selagi wudu' yg ada tidak batal, jika tanpa wudu' maka solat tidak sah atau dikira;
2. Sekiranya kita tidak menyebut kalimah 'Bismillah' ketika mengambil wudu', maka wudu' kita tidak sah; dan
3. Tidak juga sah solat kita jika kita tidak berselawat atas Nabi (s.a.w) (i.e. membaca Tahiyat Awal dan Tahiyat Akhir, yg kalimah-kalimah yg kita baca termasuk selawat atas Nabi (s.a.w)
Kita telahpun teliti dalam post terdahulu bahawa cara berwudu' mengikut as-Sunnah. Ada dua kelainan berwudu' yg kita lazim lakukan, yg sama sekali berlainan dari syariat berwudu' itu mengikut as-Sunnah, iaitu:
1. Membaca kalimah 'Nawaitu wudu'a ...' atau 'Nawaitu raf''al hadathil asghari ...' dan seumpamanya ketika nak berwudu' (i.e. melafazkan atau menzahirkan niat);
2. Tidak secara conscious membaca kalimah 'Bismillah', ketika memulakan wudu' (lazimnya sebelum membasuh kedua-dua tangan sampai ke pergelangannya (3x) sebelum berkumur-kumur sambil memasukkan air ke dalam hidung dan kemudian meluahkan/menghembuskannya keluar dari mulut dan hidung (3x) atau sebelum membasuh muka (3x); dan
3. Menyapu sebahagian kepala atau rambut sahaja dan tidak menyapu keseluruhan bahagian kepala (atau rambut) dari bahagian atas dahi hingga ke bahagian tengkuk).
'Melafazkan atau menzahirkan niat' tidak ada dalam ketetapan as-Sunnah atau dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w). Kedua, tiada sandaran nas dan dalil as-Sunnah bahawa menyapu kepala dalam wudu' itu memadai sebahagian kepala/rambut sahaja, kerana dalam as-Sunnah Imam as-Syafie sendiripun meriwayatkan hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) menyapu seluruh kepalanya! Justeru itu, menyapu sebahagian kepala sahaja menyebabkan tidak sah wudu' kita.
Takbiratul Ikhram Solat:
Setelah kita ada wudu' dan berpakaian dengan pakaian yg bersih, menutup aurat (seboleh-bolehnya menutup bahagian tubuh bukan setakat dari bahagian pusat ke lutut sahaja), kita berdiri tegak mengadap qiblat untuk Takbiratul Ikhram. Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith bahawa kita mulakan solat dengan membaca Takbir ['Faiza qumtu ilas solati fakabbir ...' [Maksud: Apabila kamu berdiri untuk bersolat maka takbirlah ...].
Jelaslah, ketika hendak bersolat itu Rasulallah (s.a.w) berdiri kemudian dia terus bertakbir (i.e. baca 'Allahu Akbar' sambil mengangkat kedua tangannya dan kemudian melatakkan tangan kirinya di bahagian atas pusat dan tangan kanannya di atas tangan kirinya dengan memegang pergelangan tangan kirinya,dan kemudian membaca Doa Iftitah, Kita akan semaknya hadithnya kemudian nanti.
yg utama kita perhatikan adalah:
1. Rasulallah (s.a.w) berniat dalam hatinya (i.e. tidak menzahirkan niat solatnya);
2. Beliau mengangkat kedua tangannya sambil bertakbir dan seterusnya
Tidak pernah dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w) menzahirkan niat solat sebagaimana yg kita lazim lakukan sekarang ini. Kita zahirkan niat dengan menyebut kalimah-kalimah seumpama 'Usolli fardal ... lillahi ta'ala' kemudian baru membaca 'Allahu Akbar' sambil mengangkat tangan! Rasulallah (s.a.w) hanya bertakbir sambil megnagkat tangan. Jika begitu, dari manakah kita mendapat sandaran nas dan dalil as-Sunnah tentang kata-kata 'usolli ...' itu? Pastilah suatu amalan yg baru. Pastilah kita diajarkan oleh para tok guru atau ulama' dahulu kepada nenek moyang kita dan kini kita warisi pula.
Soalnya: Apakah membuat sesuatu dalam syariat solat yg tiada sandaran nas dan dalil hadith itu dibolehkan? Jika tidak dibolehkan, apakah akibatnya kepada solat kita? Ramai ulama' menyebut itu adalah amalan sunat, yakni melafazkan niat itu perlakuan sunat, tak buat tak apa, dibuat dapat pahala! Betulkah?
Rasulallah (s.aw) bersabda: 'Man amala amilan laisa minnni fahua raddun' [Maksud: barangsiapa mebuat sesuatu amalan (i.e. perlakuan) yg tidak didatangkan dari aku, maka dia (i.e. amalannya) ditolak.'], hadith yg kita telahpun teliti sebelum ini. Jadi perbuatan itu adalah 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau rengkasnya 'bid'ah'. Kalau 'bid'ah' maka solat kita tidak diterima Allah (a.w). Maka rugilah kita! Apa dia 'bid'ah'? Bid'ah adalah segala sesuatu perlakuan atau perbuatan atau bacaan yg menyerupai ibadah atau amalan dalam syariat Islam yg tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Rasulallah (s.a.w) tidak melakukannya. Para khalifah yg empat selepas beliau tidak melakukannya. Maka perbuatan itu adalah kelainan dalam beribadah atau dalam perlakuan (rukun qauli) solat. Dalam kes ini dalam konteks menzahirkan niat' dalam memulakan solat.
Kita akan teliti kemudian nanti begitu banyaknya cara dan kaedah seseorang itu mengangkat tangan ketika Takbir di permulaan solat itu. Ada yg mengangkatnya tinggi. Ada rendah sahaja. Ada yg seumpama membuat semi circle atau circular movement. Ada yg mengangkat kedua tangan ke paras cuping telinga. Ada yg angkat ke paras bahu. [Nota: Ada ulama' atau ilmuwan Melayu yg menyebut bahawa sesiapa yg mengangkat tangan ke paras kedua bahu dalam solat adalah pengikut Wahabi pula!). Kita akan teliti nas dan dalil al-Hadith tentang mengangkat kedua tangan ini nanti, insya Allah. Apakah perlakuan Rasulallah (s.a.w) atau apakah nasihat Rasulallah (s.a.w) tentang cara dan kaedah berTakbiratul Ikhram itu?
Jazakallahu khairah

Tuesday, December 29, 2009

Solat: Janji Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)

Assalamualaikum,
Insya Allah kita akan mulakan perbincangan kita dengan menyemak apakah janji Allah (a.w) kepada kita yg bersolat, dan apakah pula janji Rasulallah (s.a.w) pada kita yg bersolat? Kita teliti dua hadith berikut sebagai panduan asas kita dalam meneliti solat.
1. Diriwayatkan hadith daripada ‘Ubadah ibnu Samit (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Lima solat yang mewajibkan Allah (a.w) atas hamba-hambaNya. Maka barangsiapa datang (kepada Allah (a.w) di akhirat kelak) dengannya (i.e. mengerjakannya) tidak kurang daripadanya sesuatu, tidak meremehkannya (yakni, meringankannya atau menganggap enteng akan solat-solat itu), maka sesungguhnya Allah (a.w) mendatangkan baginya di hari qiamat nanti janji Allah (a.w) bahawa dimasukkanNya ke dalam syurga. Dan barangsiapa datang (di akhirat kelak) dengannya sungguh-sungguh kurang daripadanya sesuatu, meremehkannya dengan haqnya, tidak ada baginya di sisi Allah (a.w) janji. Jika dikehendaki Allah (a.w) diazabnya (maka diazabnya), dan jika berkehendakkan Allah (a.w) mengampunkannya, (maka diampunkannya dosa-dosanya kerana meninggalkannya)’ [Hadith Ibnu Majah, Kitab Solat]
Hadith di atas itu menyebutkan janji Allah (a.w) kepada kita hambaNya bahawa jika kita tunaikan solat dalam waktunya dan tidak pula menganggapkan solat itu amalan yg ringan dan tidak serius mengerjakannya dan tidak ikhlas pula, maka kita dimansukkan oleh Allah (a.w) kedalam syurga. Sebaliknya, jika kita tidak sempurnakan - kadang-kadang dibuat dan kadang-kadang tidak dibuat, atau kita buat setakat memenuhi syarat sebagai orang Islam, bukan kerana niat yg ikhlsa, kemudian kita ambil ringan pula, sengaja tidak mementingkan waktu solat, maka tiada janji Allah (a.w) bagi kita. Jadi, terpulanglah kepada kerahmatan atau kemurkaan Allah (a.w) terhadap kita. Jika Allah (a.w) ingin memaafkan kita, maka bernasib baiklah kita. Jika, Allah (a.w) kekalkan dengan janjinya, maka diazabNya kita.
Rasulallah (s.a.w) juga berjanji kepada kita bahawa jika kita tinggalkan satu waktu solat faru, maka kita secara otomatis menjadi kafir. Mengapa? Orang yg kafir itu tidak beriman dengan Allah (a.w) dan RasulNya.
2. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Buraidah (r.a), katanya hadith daripada bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesunguhnya janji yang (telah dimeterikan) antara aku dan antara mereka (yakni, umatku atau umat Islam) adalah solat, maka barangsiapa meninggalkan solatnya maka sungguh-sungguh dia kafir.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]
Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa janji antara Rasulallah (s.a.w) dengan umatnya adalah ibadah solat. Orang beriman itu akur dengan ketetapan Allah (a.w), maka dia bersolat. Jika kita engkar, tak bersolat atau bersolat ikut sukahati sahaja, maka kita jatuh kafir. Kerana solat itu amat penting. Solat adalah ibadah utama umat Islam. Yg membezakan orang Islan dengan yang kafir adalah solat. Kerana tiada amalan yg lebih pentng dari solat.
Seperti yg kita telahpun maklum firman Allah (a.w): 'Wama khalaqtul jinna walinsa illa liya’buduni).'[Maksud: Dan Tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia itu kecuali untuk mengabdikan diri (atau beribadah) kepadaKu].’ [Ayat 56, Surah az-Zariat]
Begitulah bentuk siksaan yg akan diterima oleh orang Islam yg tidak bersolat. Tidak bersolat adalah termasuk dosa yg amat besar. Kerana kita diperintah bersolat, tapi kita tidak bersolat.
Ada pandangan bahawa kita boleh qada'kan solat. Adakah ketetapan as-Sunnah bahawa kita boleh mengqada'kan solat? Mengikut pandangan umat Islam yang majoriti , kita boleh qada'kan -mana -mana solat yg kita tidak laksanakan. Sebenarnya, tiada dalam as-Sunnah menyebut kita boleh qada'kan solat. Yg boleh diqada'kan adalah situasi berikut:

1. Kita tertidur sehingga sampai luput waktunya;

2. Kita terlupa hendak solat sehingga luput waktunya.

Apabila solat yg belum kita kerjakan luput waktunya - kerana tertidur atau kerana terlupa. Jika kita terlupa hendak bersolat Zohor, contohnya, dan sudah pula habis waktu bagi Solat 'Asar, baru kita teringat atau terjaga dari tidur, maka hendaklah kita solatkan Zohor dan 'Asar dahulu, kemudian barulah Maghrib.
Jazakallahu khairah

Solat: Ikut cara solat Rasulallah (s.a.w)

Assalamualaikum,
Sesiapa yg belajar ilmu as-Sunnah (i.e. al-Hadith) mereka akan tahu ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah tentang Islam dan syariatnya. Mengenai solat, kita akan temui hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qilabah (r.a) bahawa Malik (r.a) menceritakan kepadanya dengan berkata: ‘Kami datang kepada Nabi (s.a.w) (untuk belajar ilmu syariat uagama Islam) sedangkan kami pemuda-pemuda yang hampir sebaya. Kami tinggal bersama beliau (yakni, belajar dengan beliau) selama dua puluh malam. Rasulallah (s.a.w) sangat halus perwatakannya. Sebab itu, setelah beliau mendengar bahawa kami ingin bertemu (yakni, merindui) dengan keluarga kami, beliau menanyakan kepada kami tentang keluarga yang kami tinggalkan. Lalu kami ceritakan kepada beliau. Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Kembalilah kamu kepada keluarga kamu dan tinggallah bersama mereka, ajarkanlah dan suruhlah mereka.’ (Kata Malik: ‘Disebutkan oleh beliau beberapa hal, ada yang kami ingat dan ada yang tidak ingat kami. Diantara sabda beliau:)
‘Sollu kama ra-aitumuni usalli’ [Maksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat], apabila tiba waktu solat hendaklah azan salah seorang di antara kamu, dan yang paling tua (hendaklah) menjadi imam.’ [Hadith Bukhari]
Ada beberapa perkara yg harus kita ambil perhatian dalam hadith tersebut:
1. Perintah Rasulallah (s.a.w) bahawa hendaklah kita bersolat sebagaimana kita lihat Rasulallah (s.a.w) bersolat;
2. Apabila masuk waktu solat fardu itu, maka salah seorang kita dalam jema'ah untuk solat itu azankan; dan
3. Jadikanlah imam solat 0rang yg tertua di kalangan jema'ah solat tersebut.
Ketetapan #2 dn #3 itu mudah difahami. Tapi, ketetapan #1 (i.e. bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat), itu bagaimana? Rasulallah (s.a.w) telah meninggalkan umatnya lebih 1,400 tahun! Kita boleh belajar dari mereka yg tahu bagaimana bersolat, kata kawan. Betul, tapi mungkin tidak betul, kecuali orang yg mengajarkan kita itu benar-benar tahu berpandukan ilmu as-Sunnah, begitulah cara Rasulallah (s.a.w) bersolat. Bagaimana kita nak tau betul atau tidak solat kita selama ini. Apakah menepati cara Rasulallah (s.a.w) bersolat? Adakah cara bersolat yg dibuat atau dikerjakan oleh tok-tok gutu kita, para ulama' kita atau para ilmuwan kita itu sejajar dengan cara Rasulallah (s.a.w) bersolat, maka boleh kita ikut?
Kalau betul, alhamdulillah. Kalau silap na'uzubillah! Kalau silap dan kita telah bersolat sedemikian selama 20 tahun atau 30 tahun atau 40 tahun atau 50 tahun, apa jadi ibadah kita? Kalaulah dicemari oleh sesuatu yg bercorak atau bersifat 'bid'ah'? Rugilah kita. Kalau kita dah berumur 60 tahun atau 70 tahun, iaitu had umur lazim, sabda Rasulallah (s.a.w), umatnya, rugilah kita. Masa sudah berlalu. Umur berlalu. Kemungkinan besar, tidak dapat dicompensate oleh apa-apa ibadah dan amalan lainpun, jika solat kita tidak di terima Allah (a.w).
Maka dengan itulah wajib kita belajar semula bagaimana bersolat cara Rasulallah (s.a.w)! Sumber ilmu dan panduan segala amalan dan ibadah, apa? Jawabnya: Rasulallah (s.a.w) sudahpun berpesan kepada kita 1,400 tahun dahulu, bahawa kalaulah kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, bukankah kita dijalan yg benar mencari panduan beribadah dan panduan beramal?
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Taraktu fikum amraini lai yadurukum ma tamasaktum bihima, wahia kitabullahi wa sunnati nabiyi.' [Maksud: ‘Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang kepada kedua-duanya, tidak akan sesat kamu selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah NabiNya (al-Hadith).]’ [Hadith Malik, Abdul Barri, dll]
Kalau kita beribadah dan beramal secara taklid = ikut orang, i.e. dalam kejahilan, mungkin kita betul tetapi kemungkinan besar kita salah! Maka dengan itulah kita wajib lakukan sesuatu berdasarkan ilmu, firman Allah (a.w) di atas. Mestilah kita beramal atau buat sesuatu amalan hanya dengan ilmu, bukan dalam kejahilan, sabda Rasulallah (s.a.w)!
Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa ilmu yg wajib umat Islam, i.e. umatnya, yakni, kita kuasai, pelajari dan faqihi adalah dua, mengikut hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ass (r.a) berkata: ‘Bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu thalathatun, wama siwa zalika fahua fadlun: Ayatun muhkamatun, au sunnatun qaimatun au faridatu ‘adilatun.' [Maksud: Bahawasanya ilmu yang wajib dipelajari itu adalah tiga, adapun di belakangnya (yakni, selepas ilmu yang tiga itu) maka ilmu tersebut baik: (Yang wajib) iaitu (pertama) ayat-ayat yang menghukum (yakni, al-Quran), (kedua) as-Sunnah yang tegak (yakni, al-hadith atau as-Sunnah), dan (ketiga) hukum faraid yang adil][Hadith Abu Daud & ibnu Majah]
Apabila kita mempelajari al-Quran dn as-Sunnah, dan kita benar-benar faham isi kandungan dan mesejnya, maka kita tidak akan sesat, sabda Rasulallah (s.a.w) dalam beramal dan beribadah. Dan, dengan dua ilmu tersebut jugalah kita akan tahu secara terperinci segala sesuatu amalan dan ibadah - bentuk-bentuk, jenis-jenis, cara dan kaedah beramal dan mengerjakan ibadah, dll - yg membolehkan kita terpandu, dan membolehkan kita menyemak semula segala amalan dan ibadah kita supaya sejajar dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Sebenarnya, kalau kita nak jadi orang Islam dan beriman yg paling bertaqwa dan paling alim dan paling wara' dalam beribadah tak susah. Ikut sajalah segala amalan dan ibadah Rasulallah (s.a.w). Mungkinkah kita mampu melakukan sedemikian? Kalau tak mampu mengapakah, contohnya, kita buat sesuatu ibadah atau amalan yg tidak dikerjakan atau diamalkan oleh Rasulallah (s.a.w)? Bukankah lebih mudah dan lebih betul kalau kita contohi ibadah dan amalan Rasulallah (s.a.w) sahaja!
Contoh: Mengapakah kita perlu kerjakan berbagai solat yg tidakpun disyariatkan, walhal begitu banyaknya solat-solat sunat yg disyariatkan dalam as-Sunnah? Megapakah kita perlu berpuasa tiga bulan berturut-turut - bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan - walhal tiada dibuat oleh Rasulallah (s.a.w)? Kalau kita nak menjadi ahli berpuasa, kenapa tidak kita amalkan 'Puasa Nabi Daud (a.s)' (i.e. puasa selang sehari), iaitu puasa yg amat disukai oleh Allah (a.w)? Atau, kenapa kita tidak menjadualkan ibadah seharian kita sebagaimana Cara Beramal Nabi Daud (a.s) - cara beribadah yg paling disukai oleh Allah (a.w) - iaitu dia tidur seperdua malam (6 jam), bangun malam mengerjakan solat-solat sunat, berzikir, berwirid, berdoa dan sebagainya sepertiga malam pula (4 jam) dan kemudian beliau tidur pula seperenam malam (2 jam), maka haripun siang. Adakah di kalangan kita yg rajin beramal itu, mampu mengerjakan Puasa Nabi Daud (a.s) dan Cara Beramal Nabi Daud (a.s), buat solat-solat sunat malam selama 4 jam selepas jam 12 tengah malam atau selepas jam 2 pagi?
Maka dengan itulah, kita wajar belajar dan mendalami ilmu supaya tidaklah kita mengerjakan sesuatu yg batil, tidak mendapatkan apa-apa keuntungan akhirat kepada kita. Mudah-mudahan kita sempat menyemak amalan kita yg lalu, dan memperbetulkannya, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

Solat: Amalan terbaik orang Islam

Assalamualaikum,
Kita telah lama meninggalkan perbincangan kita tentang ibadah yg terutama dalam Islam iaitu Solat. Solat utama kerana sebab-sebab berikut:
1. Solat ada tiang ugama Islam, maka sesiapa yg meninggalkan solat maka dia meruntuhkan ugamanya sebagaimana rumah yg runtuh tiangnya;
2. Solat adalah ibadah yg paling awal dihisab di akhirat kelak, kita hisaban solat fardu kita itu lancar, maka mudahlah hisaban amalan-amalan lain;
3. Sesiapa meninggalkan satu waktu solat fardu maka dia jatuh kafir;
4. Tanpa mengerjakan solat fardu, lain-lain amalan dan ibadah tidak berguna untuk membela kita di akhirat kelak
Selain itu, solatlah satu ibadah yg banyak dicampuri dengan tambahan atau perubahan oleh para ulama', kerana terdapat perlakuan (rukun fe'li) dan bacaan (i.e. rukun qauli) dan iktikad (i.e. rukun qalbi), yg diamalkan oleh kita sekarang ini tiada sandaran as-Sunnah. Jika tiada sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, dan jika tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka perlakuan dan bacaan tersebut berkemungkinan besar tergolong dalam amalan 'bid'ah'. Jika perlakuan sedemikian bersifat 'bid'ah' atau dicemari oleh sesuatu yg 'bid'ah', maka solat kita menjadi batil - tidak diterima Allah (a.w). Kita telah teliti dua hadith yg menyebutkan bahawa jika kita membuat sesuatu 'pembaharuan dalam perkara ugama', kita telah amalkan sesuatu yg 'bid'ah'. Cuba kita teliti sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di bawah ini:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Najih al-Irbad bin Sariah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) menyampaikan suatu peringatan yang membuat gerun beberapa hati dan mengalirkan air mata beberapa mata (orang yang mendengar nasihat itu). Kami berkata: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Nasihat ini seolah-olah daripada seorang yang hendak meninggalkan kami. Apakah nasihat engkau kepada kami?’ Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Diwajibkan atas kamu sekelian bertaqwa kepada Allah (a.w) dan dengan mendengar dan taat, jikapun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi. Barangsiapa di kalangan kamu yang panjang umurnya, akan melihat banyaknya perselisihan (di kalangan umat Islam mengenai ugama Islam). Maka diwajibkan atas kamu sekelian berpegang kepada sunnahku dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, maka gigitlah dia (yakni, sunnahku dan sunnah mereka) dengan gigi geraham (yakni, pegang kuat jangan lepaskan). Dan, takutilah pembaharuan dalam perkara (atau urusan ugama), dan sesungguhnya tiap-tiap pembaharuan adalah bid’ah, dan tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan.’[Hadith Abu Daud dan juga at-Termidzi, katanya hadith sahih]
[Nota: Dalam sepotong hadith yang lain Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa setiap kesesatan itu tempat mereka yang mengajar, menganjurkan dan mengamalkannya dalam neraka.]
Rasulallah (s.a.w) menyebut tentang 'pembaharuan dalam perkara' itu adalah 'bid'ah'. Beliau seterusnya menggunakan kalimah 'kullu' = 'tiap-tiap'. Kalau kalimah yg digunakan 'kullu = tiap-tiap', maka pastilah tiada pengecualian. Malah semua. Yakni, apa jenis tambahan, ubahsuaian atau pindaan. Jika begitu, apa yg kita lakukan sekarang ini dalam banyak perkara adalah tercemar dengan 'bid'ah! kalaulah begitu apa akan jadi kepada segala amalan kita selama ini? Itulah yg wajib kita sama-sama fikirkan. Maka dengan itulah Allah (a.w) peringatkan kita dalam firman berikut:
Allah (a.w) berfirman: '... wala taqfu ma laisa bihi ilmun ...' [Maksud: janganlah kamu mengikuti apa-apa yang kamu tiada ilmu mengenai...’] [Ayat 36, Surah al-Israk]. Dan, Rasulallah (s.a.w), menasihatkan kita dengan, bersabda: 'Al-ilmu qabla 'amal' [Maksud: Berilmulah dahulu sebelum beramal][Hadith at-Termidzi]
Maka dengan itulah umat Islam itu wajib mencari ilmu, mempelajari ilmu dan memahami Islam dan syariatnya dahulu, barulah mengerjakan ibadah dan amalan. Supaya tidaklah kita beramal dengan sia-sia kalau kesemua amalan kita ditolak! Inilah ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man akhdatha fi amrina haza malaisa minni fahua raddu.' [Maksud: Barangsiapa mengadakan pembaharuan (yakni, bid’ah) dalam perkaraku (yakni, Islam dan syariat ugama Islam) yang ianya bukan daripadaku (yakni, didatangkan daripadaku), maka dia (i.e. amalannya) ditolak] [Hadith Bukhari] dan potongan hadith berikut
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Man ‘amila ‘amalan laisa ‘alaihi amruna fahua raddu.' [Maksud: Barangsiapa beramal dengan sesuatu amalan yang tidak datangnya daripada perkara atau urusanku (yang didatangkan oleh aku), maka dia (i.e. amalannya) ditolak.] [Hadith Muslim].
Ramai para ulama' arus perdana Malaysia dan lebih-lebih lagi ilmuwan yg mengajar Islam dan subject berkaitan dengannya di IPTA, menyebut tentang 'bid'ah hasanah'. Malah mereka begitu yakin bahawa Islam membolehkan 'bid'ah hasanah'. Berdasarkan banyak sabda Rasulallah (s.a.w), pandangan atau pendirian sedemikian tidak disokong oleh dalil al-Quran mahupun as-Sunnah!
Mungkin nenek moyang kita dahulu diajarkan supaya mengerjakan pelbagai amalan yg bersifat 'bida'ah hasanah' kerana dengan itu mereka, (dan, sekarang, kita) dapat mengumpul sebayak mungkin pahala untuk akhirat kita. Tapi, kalaulah semua itu membatalkan pahala kita, tanpa mereka dan kita sedari, kita kerugian yg amat besar! Sia-sia saja kita menambah amalan dengan penuh istiqamah dan tekun, tetapi tak mendapat apa-apa ganjaran pahala.
Kita akan teliti nanti amalan solat kita. Kemudian kita bandingkan dengan ketetapan as-Sunnah atau dengan solat yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Apakah solat kita sama dengan solat Rasulallah (s.a.w)? Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita: 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' [Maksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) berolat] [Hadith Bukhari]. Tapi, kita akan dapati bahawa ada banyak prkara yg berlainan dari solat Rasulallah (s.a.w)! Apa akan jadi kepada kita, kepada solat kita?
Jazakallahu khairah.

Jema'ah as-Sunnah: Mengapa wajib?

Assalamualaikum,
Kita telahpun teliti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah tentang hakikat 'Jema'ah' dalam Islam dalam konteks menerangkan apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Kefaham yg betul tentang perkara ini penting kerana ia akan mencorakkan keIslaman kita. Kefahaman itu juga akan mendorong kita menyemak semula iktikad kita mengenai Islam dan mendorong kita meneliti semula segala ibadah dan amalan kita supaya kita pasti bahawa kita sebenar-benarnya kita mengikuti ketetapan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ketetapan as-Sunnah).
Mengapa penting kita perbetulkan iktikad kita dalam berugama? Mengapa penting bagi kita setelah membetulkan iktikad kita membetulkan pula amalan dn ibadah kita?
Kerana Allah (a.w) menyebut dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' bahawa jika kita akur dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah kita wajib mendapat syurga. Itulah sebenarnya matlamat akhir kehidupan seorang Islam yg beriman. Kerana, jika tidak, kita pasti masuk neraka, mengikut firman Allah (a.w) dalam Ayat 14, Surah an-Nisa'. Kita diberitahu janji Allah (a.w) itu adalah janji yg haq, i.e. pasti benar dan pasti terjadi. Kita perlu perbetulkan ibadah dan amalan supaya sejajar dengan as-Sunnah, kerana Allah (a.w) perintahkan dalam Ayat 7, Surah al-Haysr bahawa orang Islam yg beriman wajib akur dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah. Tambahan pula, hanya Rasulallah (s.a.w) yg sempurna ilmunya mengenai Islam dan syariatnya kerana dialah yg membawakan serta mengajarkan Islam dan syariatnya pada kita (i.e. manusia sejagat) dan Allah (a.w) memberi kita tahu bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah', yakni model ikutan terbaik (Ayat 21, Surah al-Akhzab). Allah (a.w) memberitahu dalam Ayat 80, Surah an-Nisa' bahawa jika kita taatkan suruhan dan ajaran Rasulallah (s.a.w) sungguh-sungguh kita telah taatkan Allah (a.w). Kemudian, Allah (a.w) berfirman pada Ayat 31, Surah ali-Imran, bahawa jika kita kasihkan Allah (a.w), maka ikutilah Rasulallah (s.a.w), maka Allah (a.w) akan mengampuni dosa-dosa kita. Demikian janji Allah (a.w) kepada kita. Mengapakah kita perlukan model atau panduan atau ajakan orang lain? Kita tidak perlu model ikutan selain Rasulallah (s.a.w)!
Berpandukan firman-firman Allah (a.w) tersebut, kita teliti semula kewajipan umat Islam 'berjema'ah'. Wajib berjema'ah dalam Islam kerana kita diperintahkan oleh Allah (a.w) sedemikian (Ayat 103, Surah ali-Imran) ' Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (a.w)(yakni, ugama Allah (a.w), iaitu Islam, yang syariatnya adalah al-Quran dan al-Hadith atau as-Sunnah) secara berjemaah dan janganlah kamu berfirqah-firqah (yakni, berpecah belah dan berpuak-puak atau berkumpulan yang terasing)'. Malah diwajibkan berjema'ah, walaupun hanya ada di bumi ini tiga orang sekalipun! Inilah perintah Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Nafi’ hadith dari Abi Salamah hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ketika ada tiga orang di dalam bermusafir maka jadikanlah imam atau amir salah seorang dari kamu.] Berkata Nafi’: ‘Maka berkata aku kepada Abi Salamah (kerana beliau seorang dari bertiga): ‘Maka engkaulah amir kami.’ [Hadith Abu Daud]. Dan, perintah yg serupa juga dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Salim al-Jaisyani hadith dari Abdullah b Omar (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘... tidak halal bagi tiga orang dalam satu kumpulan di atas bumi lapang ini kecuali membuat imam atas mereka salah seorang dari mereka.' [Hadith riawayat Imam Ahmad ibni Hanbal]. Kerana, Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu dalam hadith berikut bahawa beliau diperintahkan supaya menyuruh umatnya berjema'ah, seperti hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Harith al-Asy’ari (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Aku perintahkan kamu dengan lima perkara. Allah (a.w) memerintah aku dengan ini lima perkara. (Pertama) dengan berjemaah (yakni, hendaklah kamu berjemaah), (kedua) dengan mendengar (yakni, hendaklah kamu dengarkan nasihat dan ketetapan imam atau amir), (ketiga) dengan taat (yakni, hendaklah jemaah taatkan printah imam atau airnya, walau apapun perintahnya, selagi perintah tersebut tidak menunjukkan suatu maksiat terhadap atau pada Allah (a.w)), ... [Hadith Ahmad ibnu Hanbal].
Jika kita ikuti ajakan manusia lain, termasuk 'ulil amri' (i.e. Imam) sekalipun, mereka mungkin tergolong dikalangan orang yg disebutkan dalam sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Zaid bi Salam katanya hadith daripada Abi Salam berkata bahawa Khuzaifa)h (r.a) bertanya kepada Rasulallah (s.a.w) (beberapa perkara, maka Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Akan ada sesudahku (yakni, sesudah wafatku nanti) beberapa imam yang tidak menunjuk kepada (yakni, memimpin) kamu sekelian dengan petunjukku (yakni, sunahku) dan tidak menjalankan mereka dengan sunahku dan mengatur (yakni, menguruskan atau mentadbirkan) mereka dikalangan mereka (yakni, pemimpin) beberapa lelaki (yang menjadi imam atau ketua) (memerintah mereka) dengan hati mereka dengan hati syaitan di dalam jasad manusia (yakni, manusia yang berhati syaitan).[Hadith Imam Muslim]
[Nota: 'Imam berjasad manusia tetapi berhati syaitan' bermaksud: Pemimpin yg memimpin jema'ahnya tanpa berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam memerintah rukyahnya, maka segala sesuatu yg berlawanan dengan al-Quran dan as-Sunnah adalah semuanya ajakan atau ajaran syaitan, kerana syaitan akan mengingkari perintah Allah (a.w) para RasulNya dan dia berusaha menyesatkan orang iman supaya bersamanya terjerumus dalam neraka!]
Omar (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg ke-2, memberikan satu fatwa yg amat penting kita fahami tentang berjema'ah ini, dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Tamin ad-Daramii (r.a) berkata: ‘Telah berkata Omar ibnu Khattab (r.a): ‘Bahawasanya tidak Islam seseorang yang mengaku Islam mereka kecuali dengan berjemaah, dan tidak ada dikatakan berjemaah umat Islam itu kecuali dengan beramir atau berimam. Dan tidak ada keamiran atau keimaman kecuali dengan taat (yakni, wujud budaya taatkan amir atau imamnya). Maka barangsiapa yang dijadikan pemimpin (yakni, amir atau imam) untuk memimpin kaumnya (yakni, jemaahnya) atas kefaqihan atau kefahaman (tentang as-Sunnah ugamanya) maka ada kehidupan (yakni, selamat atau berbahagia dan tenteramlah) baginya (yakni, bagi amir atau imam) dan bagi kaumnya (yakni, bagi jemaahnya), dan barangsiapa menjadi pemimpin kaumnya atau jemaahnya atas sifat-sifat selainnya (yakni, seperti jahil dia tentang syariat ugamanya atau atas pertimbangan-pertimbangan lain) adalah rosak bagi amir atau imam itu dan rosak bagi kaumnya atau jemaahnya.’[Hadith sahih ad-Daramiu] [Nota:Ad-Daramiu adalah salah seorang perawi atau pengumpul hadith dan kitabnya adalah salah satu daripada 51 kitab-kitab hadith yg diketahui wujud oleh pengkajihadith (muhadithin). Omar (r.a), dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w), menyatakan bahawa kata-kata Omar (r.a) dibenarkan oleh Allah (a.w). Kemudian Rasulallah (s.a.w) memberitahu jikalah ada seorang nabi selepas beliau, maka orang itu adalah Omar (r.a). Maka dengan itu sesiapa yg mempersoalkan kata-kata Omar (r.a) melakukan suatu kebatilan!]
Omar (r.a) memberitahu perkara-perkara berikut yg amat utama kita jadikan panduan:
1. Kita tidak dikatakan Islam (i.e. orang Islam) tanpa berada dalam jema'ah;
2. Kita tidak dikatakan berada dalam jema'ah Islam kecuali ada Imam (i.e. pemimpin);
3. Tidak wujud kepimpinan (i.e. pemimpin atau Imam) kecuali wujud budaya ketaatan terhadap pemimpin;
4. Ketaatan itu (mengikut sabda Rasulallah (s.a.w) dan firman Allah (a.w) adalah melalui 'bai'at' (i.e. ikrar janji taat setia rukyah kepada Imam);
5. Jika yg menjadi Imam atau yg diangkat menjadi pemimpin itu faham tentang al-Quran dan as-Sunnah maka selamatlah jema'ah umat Islam di dunia dan di akhirat; dan
6. Jika Imam atau kepimpinan jema'ah itu jahil tentang Islam dan syariatnya maka rosak binasalah Imam dan jema'ahnya.
Dengan itu, sama-samalah ita bertafakkur, meikirkan apakah hari ini kita sudah menepati ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya dalam Islam? Mudah-mudahan Allah (a.w) dapat mengampuni dosa-dosa kita kerana kejahilan kita dan kerana kejahilan mereka yg meminpin kita dalam Islam, insya Allah. Amin
Jazakallahu khairah

Monday, December 28, 2009

Jema'ah Islam: Sifat-sifat Pemimpin

Assalamualaikum,
Kita telah teliti dalam post sebelum ini bahawa ciri-ciri Imam yg wajar dipilih oleh jema'ah adalah:
1. Orang yg disukai rukyah dan Imam pula sukakan rukyahnya
2. Imam yg sentiasa mendoakan kebaikan terhadap rukyahnya, dan rukyahnya sentiasalah mendoakan Imam mereka
3. Orang yg kaya dan dermawan, janga pilih orang kaya tetapi bakhil
4. Orang yg sering memusyawarahkan segala sesuatu mengenai ketetapan atau perintahnya, dan jangan pilih Imam yg merundingkan hal ehawal jema'ahnya dengan isteri untuk mendapat cadangan atau pandangan.
Wala apapun sifat-sifat Imam itu, rukyah kekal diwajibkan taat - dengar suruhannya dan taatkan suruhannya, asalkan ketetapannya tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ketetapan Imam yg bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah suatu kemaksiatan, yg wajib tidak diendahkan dan tidak ditaati.
Rasulallah (s.a.w) menyebutkan dalam hadith berikut ciri yg mungkin wujud pada Imam yg tidak baik dalam konteks keadilan dalam Islam:
Diriwayatkan hadith dari Dabbah b Mihsani al-‘Anaziyi hadith dari Ummu Salamah, isteri Nabi (s.a.w), hadith dari Nabi (s.a.w) sesungguhnya bersabda: ‘Innahu yusta’malu ‘alaikum umarau fat’rifuna wa-tunkiruna fahman karaha faqad bari-a waman Ankara faqad salima walakin man radhiya wataba’a.’ [Maksud: Bahawasanya akan diperbuat (yakni, dijadikan) atas kamu sekelian beberapa imam tahu kamu dan ingkar kamu, maka barangsiapa benci maka lepas tangan dia (yakni, terlepas dari dosa) dan barangsiapa ingkar maka sungguh-sungguh selamat dia, akan tetapi barangsiapa redha (yakni, suka) dan mengkuti mereka.’] Berkata mereka: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w) apakah tidak membunuh kami akan mereka?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘La ma sallu ai man kariha biqalbihi wa-ankara biqabihi.' [Maksud: Jangan! Apa-apa bersolat mereka (bersama kamu sekelian); adapun yang dibolehkan (atas) orang benci dengan hatinya dan ingkar dengan hatinya (bukan ingkar atau benci dengan perlakuannya terhadap pemimpin).] [Hadith Muslim]
Hadith di atas menyebutkan bahawa sekiranya rukyah tahu keburukan sesuatu ketetapan Imam dan dia ingkar (i.e. tidak ikut), maka mereka selamat. Rukyah diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) membencinya dalam hati, tidak membencinya dengan melakukan sesuatu yg boleh merusakkan dia. Di dalam hadith yg lain disebutkan bahawa rukyah yg ikuti dan bantu pula laksanakan ketetapannya, maka Imam dan rukyahnya tidak diakui oleh Rasulallah (s.a.w) umatnya, i.e. tidak diktiraf umat Muhammad (s.a.w) )yakni, bukan Islam). Maka tempatnya di neraka. Inilahyg disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Jabir b Abdullah (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda kepada Ka’ab b Hujrah: ‘A’azaka-allahu min imaratis-sufahai.' [Maksud: Semoga melindungi Allah (a.w) akan engkau dari imam yang ‘bodoh’.] Berkata (yakni bertanya) Ka’ab: ‘Dan apakah (atau, siapakah) imam yang ‘bodoh itu?’ Bersabda Nabi: ‘Umara-u yakunu ba’di la yaqtaduna bilhadyi wala yastannuna bisunnati faman soddaqahum bikazibihim wa-a’anahum ‘ala zulmihim faulaika laisu minni wa-lastu minhum wala yardu ‘ala haudhi waman lam yusadiqhum bikazibihim walam yu’inhum ‘ala zulmihim faulaika minni wa-ana minhum wa-sayaridu ‘ala haudhi.' [Maksud: Beberapa imam akan ada mereka sesudahku tidak mengikuti (yakni, menunjuk dengan petunjukku (yakni, tidak mentadbirurus jemaahnya berpandukan as-Sunnah) dan tidak menjalankan (yakni, mengerjakan atau melaksanakan pengurusan jema’ahnya) dengan sunnahku. Maka barangsiapa membenarkan mereka dengan pendustaan mereka dan menolong akan mereka atas penzaliman mereka, maka mereka itu bukan dari golonganku dan bukanlah aku dari golongan mereka, dan tidak akan datang mereka ke telaga (al-Kautharku); dan barangsiapa yang tidak membenarkan pendustaan mereka dan mereka (pula) tidak menolong mereka atas kezaliman mereka, maka mereka itu dari golonganku dan aku dari golongan mereka dan akan datang mereka ke telagaku (al-Kauthar).] [Hadith Imam Ahmad]
[Nota: Ka’ab b Hujrah ketika itu baru berusia 9 tahun apabila Nabi (s.a.w) memberi nasihat kepadanya. Sila rujuk Surah al-Kauthar yg telah kita bincangkan dahulu. Rasulallah (s.a.w) dikurniakan Allah (a.w) di akhirat kelak telaga al-kauthar yang gayung penyiduk airnya lebih banyak dari bintang-bintang di langit. Semasa perhimpunan di padang makhsyar kelak, semua manusia yang dilahirkan dalam Islam atau zaman Islam akan berjalan untuk meinum dan bermandi manda dalam telaga tersebut. Sesiapa yang minum airnya tidak akan merasa haus selama-lamanya. Ingatlah ketika itu matahari didekatkan Allah (a.w) sejengkal di atas kepala, manakala bumi pula terhampar berupa tembaga. Begitulah siksanya terdedah kepada panas terik. Dengan itulah disebutkan bahawa manusia akan berpeluh ada yang sampai peluhnya menghapusi paras hidungnya, dan lemas dia. Air telaga al-kautharlah yang dapat membantu manusia ketika itu. Namun, sesiapa yang tidak diakui oleh para malaikat yang menjaga telaga sebagai umat Muhammad (s.a.w), tidak dibenarkan menghampirinya dan minum akan airnya. Antara mereka yang dihalang menghampiri telaga tersebut adalah orang yang tidak berpandukan hidupnya kepada as-Sunnah. Dan, juga mereka yang mencemari as-Sunnah dengan tambahan atau pembaharuan dalam perkara ugama, yakni berbuat dan beramal dengan bid’ah, tidak diakui tergolong sebagai umat Muhammad (s.a.w) (i.e. terkeluar dari Islamtanpa disedari).
Begitu jugalah ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut. Malangnya, hari ini ramai umat Islam meremehkan isu 'bid'ah' ini, sehinggakan ramai yg berpegang dengan apa yg mereka kata 'bid'ah hasanah', walhal Rasulallah (s.a.w) menyebut dan memberi ketetapan bahawa setiap bid'ah adalah suatu kesesatan (i.e. kebatilan). Sila rujuk hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari ‘Asim al-‘Adawiyi hadith dari Ka’ab b Hujrah berkata: ‘Keluar atas aku Rasulallah (s.a.w) dan adapun aku (ketika itu) berusia 9 tahun, maka bersabda dia: ‘Innahu satakuna ba’di umara-u man soddaqahum bikazibihim wa-a’anahum ‘ala zulmihim falaisa minni wa-lastu minhu wa-laisa biwaridin ‘alaiya haudhi; waman lam yusoddiqhum bikazibihim walam yunihum ‘ala zilmihim fahua minni wa-ana minhu wahua waridun ‘alaiya haudhi.' [Maksud: Bahawasanya akan ada sesudahku beberapa imam (yakni, pemimpin jemaah), barangsiapa membenarkan mereka dengan pendustaan, mereka dan menolong pada mereka atas kezaliman mereka, maka bukanlah dia dari golonganku dan bukanlah aku dari golongan mereka dan tidaklah (bersama-sama) dengan orang-orang yang datang ke telagaku (al-Kauthar); dan barangsiapa yang tidak membenarkan mereka dengan pendustaan mereka dan tidak menolong mereka atas kezaliman (penzaliman) mereka, maka dia dari golonganku dan aku dari golongan mereka dan dia akan datang atasku di telagaku (al-Kauthar).] [Hadith an-Nasa’i, Kitab Bai’ah]
NOta: ‘Pendustaan’ dalam konteks Islam adalah membuat sesuatu yang tidak ditunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah. ‘Penzaliman’ dalam konteks Islam adalah membuat atau melakukan sesuatu yang ditegah oleh Allah (a.w) (yakni, ketetapan al-Quran) atau ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) (yakni, bertentangan dengan as-Sunnah). Dalam hadith tentang asbabul nuzul Surah al-Kauthar, yg telah kita lihat sebelum ini, Rasulallah (s.a.w) dikurniakan Allah (a.w) Telaga al-Kauthar di mana di akhirat kelak semasa manusia berhimpun untuk mendapatkan Kitab Catatan Amalan masing-masing akan terasa begitu lapar dan haus, maka sesiapa yang tergolong dalam umat Muhammad (s.a.w) (yakni, berpandukan kepada as-Sunnahnya semata-mata), maka mereka diakui oleh para malaikat yang menjaga telaga tersebut, maka dibenarkan minum airnya. Sesiapa yang minum airnya maka tidak akan haus mereka selama-lamanya.
Diriwayatkan hadith dari Tariq b Syihab bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Nabi (s.a.w), dan sungguh-sungguh (ketika itu) Nabi (s.a.w) sedang meletakkan kakinya ke tempat kaki (pelana) kudanya: ‘Apakah jihad yang lebih baik (pahalanya)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Kalimatul haqqi ‘inda sultanin ja irin.' [Maksud: Kalimah-kalimah (atau, kata-kata) yang haq (benar) di sisi pemimpin (yakni, menasihatkan pemimpin) yang melanggar (atau menyimpang atau menyeleweng dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah). [Hadith an–Nasa’i]
[Nota: Pemimpin itu melanggar atau menyimpang atau menyeleweng apabila dia membuat ketetapan atau keputusan yang bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Hadith ini menjelaskan 'pendustaan' dan 'penzaliman' itu merujuk juga kepada Imam yg memerintahkan rukyahnya beramal dengan sesuatu yg bersifat 'bid'ah. Bid'ah adalah melangar ketetapan Allah (a.w) dan keettapan as-Sunnah. Ianya suatu keengkaran terhadap Allah (a.w).
Yg terbaik dilakukan oleh rukyah terhadap Imam mereka yg meneyeleweng adalah menasihatkannya. Namun seperti biasa perbuatan sedemikian mengandungi risiko yg tinggi, kerana mungkin terus dizalimi oleh Imam. Malah mereka yg mempelajari sejarah kepimpinan Islam zaman lampau akan menemui begitu ramainya rukyah yg dibunuh atau dipenjarakan oleh Imam kerana ingkar dan kerana membantah ketetapan atau perintah Imam.
Jazakalallahu khairah

Jema'ah Islam: Sifat-sifat Pemimpin

Assalamualaikum,
Melanjutkan perbincangan kita tentang Jema'ah Islam dalam konteks 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu, kita telah maklum ciri-ciri sistem jema'ah itu merangkumi perkara-perkara berikut:
1. Ada kepimpinan (i.e. Imam)
2. Ada rukyah (i.e. rakyat) dalam jema'ah
3. Ada ikrar janji taat setia (i.e. bai'at) oleh rukyah terhadap Imam
4. Wujud setiap masa ketaatan rukyah terhadap kepimpinan (i.e. Imam)
Empat ciri ini adalah penting dalam sistem jema'ah.
Kita juga tahu bahawa orang Islam itu diwajibkan mentaati tiga pihak, iaitu:
1. Taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran)
2. Taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah)
3. Taatkan kepimpinan (i.e. ulil amri, yakni Imam dan mereka yg melaksanakan ketetapan Imam)
Ketaatan #3 adalah tertakluk kepada ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ketetapan as-Sunnah). Allah (a.w) menetapkan bahawa jika timbul perselisihan atau pertelingkahan mengenai segala sesuatu, Imam dan rukyah wajib merujuk untuk mendapatkan penyelesaian kepada al-Quran dan as-Sunnah. Jelaslah al-Quran dan asSunnah boleh diibaratkan sebagai Perlembagaan Agung Islam (i.e. Islamic Supreme Constitution) dan Perundangan Agung Islam (i.e. The Supreme Laws of Islam). Keputusan 'ulil amri' (i.e. Imam) adalah peraturan atau perundangan kedua (i.e. secondary laws), tidak boleh mengatasi atau menyanggahi atau bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (rujuk Ayat 59, Surah an-Nisa').
Imam yg terbaik dan yg terburuk bagi jema'ah Islam itu adalah memiliki sifat atau ciri-ciri berikut:
Diriwayatkan hadith dari ‘Aufi b Malik hadith dari Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Khiyaru a-amtikumul-lazina tuhibbinahum wa-yuhibbunakum wa-usalluna ‘alaikum wa-tusalluna ‘alaihim wa-syiraru a-aimmatikumul-lazina tubghidunahum wa-yubghidunakum wa-tal’anunahum wa-yal’anunakum.’ [Maksud: Sebaik-baik melihat (i.e. memilih) kamu imam atau amir kamu orang-orang yang senang (atau suka) kamu akan mereka dan suka mereka akan kamu sekelian, dan mendokan mereka atas kamu sekelian dan kamu mendoakan atas mereka; dan seburuk-buruk imam-imam kamu adalah orang benci kamu akan mereka dan benci mereka akan kamu, dan melaknat kamu akan mereka dan melaknat mereka akan kamu sekelian.] Dikatakan (oleh sahabat): ‘Wahai Rasulallah (s.a.w) Apakah tidak membunuh aku akan mereka dengan pedangku?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La ma aqamu fikum as-solata wa-iza ra-aitum min wulatikum syaian takrahunahu fakrahu ‘amalahu wala tanzi’u yadan min taatin) [Maksud: ‘Jangan! Selagi mereka menetapi bersama kamu solat. Dan ketika melihat kamu dari pimpinan mereka (yakni, pengurusan mereka) sesuatu kamu benci akan perkara itu, maka bencikanlah ‘amalannya (yakni, perbuatannya) dan jangan mencabut tangan kamu dari ketaatan (i.e. jangan ingkari perintahnya).’][Hadith Muslim, Kitab Imarah (Keimaman)]
Ciri-ciri Imam yg baik untuk umat Islam itu adalah memiliki ciri-ciri berikut:
1. Rukyahya suka kepadanya, dan Imam sukakan rukhyahnya;
2. Sentiasa mendokan kebaikan kepada Allah (a.w) atas rukyahnya, dan rukyahnya juga berdoa kebaikan terhadapnya;
Sebaliknya, Imam yg buruk bagi jema'ah itu adalah berciri seperti berikut:
1. Rukyahnya bencikan dia dan diapun bencikan rukyahnya;
2. Melaknat Imam akan rukyahnya dan melaknat rukyahnya akan Imam mereka .
Namun, walau apapun sifat Imam tersebut, rukyahnya wajib terus mentaati Imam mereka. Dengarkan nasihatnya dan taatkan perintahnya, jika perintahnya tidak maksiat (i.e. melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah). [Nota: Mengikuti segala perintah imam, walaupun dia zalim atau berat sebelah atau pilih kasih atau tidak adil, rukyahnya akan mendapat pahala seumpama pahala 60 orang ahli ibadah [Hadith]]. Sebaliknya, Imam yg buruk itu adalah seperti yg disebutkan dalam hadith di atas dan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ruziq b Haiyan bahawasannya dia mendengar Muslim b Qarazah b Pakcik ‘Auf b Malik as-Syaja’i berkata: ‘Aku mendengar ‘Auf b Malik as-Syaj’i berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Khiaru aimmatikuml-lazina tuhibbunahum wa-yuhibbunakum wa-tusalluna ‘alaihim wa-yusalluna ‘alaikum wa-syiraru aimmatikumul-lazina tubghidunahum wa-yubghidunakum wa-tal’anunahum wa-yalaanunakum.’ [Maksud: ‘Sebaik-baik imam kamu adalah orang yang kamu senang (yakni, suka kamu) akan mereka dan mereka suka akan kamu sekelian, dan mendoakan kamu akan mereka dan mereka mendoakan akan kamu sekelian; dan seburuk-buruk imam kamu sekelian adalah orang-orang yang membenci kamu akan mereka dan mereka membenci akan kamu sekelian dan melaknat kamu akan mereka dan mereka melaknat akan kamu sekelian.’] Berkata (auf): ‘Berkata aku wahai Rasulallah (s.a.w)! Apakah tidak membunuh aku akan mereka di sisi demikian (yakni, jika menjumpai kami demikian imam)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘La ma aqamu fikum as-solata la aqamu fikumus-solata ala man wilaya ‘alaihi walin fara-ahu yakti syaian min ma’siatillahi fal-yakrah ma yakti min ma’siatillahi wala yanzi’anna yadan min taatin.' [Maksud: Jangan! Selagi berdiri (i.e. solat) mereka bersama-sama kamu sekelian di dalam solat kamu (yakni, berjemaah); ingatlah orang yang memimpin atasnya urusan orang (yakni, bertanggungjawab atas yg dipimpin), melihat kamu pengurus mendatangkan sesuatu dari maksiat terhadap Allah (a.w) maka benci kamu atas (perlakuannya) apa-apa yang datang dari maksiat kepada Allah (a.w), dan jangan mencabut tangan kamu (yakni, jangan berhenti) dari ketataan (yakni, keluar dari jema'ah) [Hadith Muslim]
Dalam hadith yg lain diberikan satu lagi dimensi sifat atau ciri baik atau buruk Imam itu:
Diriwayatkan hadith Yunus b Muhammad dan Hashim b Qasim berkata kedua-duanya hadith dari Salih Muriyu hadith dari Said al-Jurairi hadith dari Abi Othman an-Nahdi hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iza kana umara ukum khiarakum wa-aghnia-ukum sumaha-akum wa-umurukum syura bainakum fazahru ardhi khairullakum min batniha, wa-iza kana umara ukum syirarakum wa-aghniya ukum bukhalukum wa-umurukum ila nisaikum fabatnul-ardha khairullakum min zahriha.' [Maksud: Ketika ada beberapa amir kamu sekelian pilihan kamu (adalah) yang baik dan kaya pada kamu sekelian, dermawan mereka akan kamu sekelian dan beberapa perkara (mengenai jema’ah) mereka dimesyuaratkan di antara kamu sekelian, maka (jika begitu, berada) di atas bumi (i.e. hidup) lebih baik bagi kamu sekelian dari perutnya (bumi, i.e. mati lebih baik); dan ketika ada beberapa amir kamu seburuk-buruk amir pada kamu sekelian adalah orang kaya dikalangan kamu sekelian bakhil mereka kepada kamu sekelian, dan beberapa perkara kamu sekelian (dibawa) kepada isterinya, maka (dalam keadaan sedemikian berada dalam) perut bumi (i.e. mati) adalah lebih baik dari (berada) di atasnya (i.e. hidup).] [Hadith at-Termidzi]
Rasulallah (s.a.w) memerintahkan umatnya supaya pilih Imam yg berciri seperti berikut:
1. Orang yg baik sifat dan perangainya
2. Orang yg kaya (i.e. berada);
3. Orang yg dermawan (i.e. sering atau bersedia sentiasa membantu rukyahnya)
4. Memutuskan segala sesuatu yg melibatkan kebajikan rukyahnya secara musyawarah
Jika terpilih Imam yg sedemikian sifat, maka hidup lebih baik - bagi Imam dan bagi rukyahnya, kerana aman dan selesa di dunia, tiada masalah. Di akhiratpun mendapat syurga. Jika tersilap pilih, rukyahnya wajib terus taatkan Imam. mentaati Imam itu wajib. Kalau baik Imam itu lebih baik meneruskan kehidupan di dunia sementara menunggu ganjaran kebaikan di akhirat. Sebaliknya, Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita jangan pilih Imam orang yg memiliki sifat berikut:
1. Orang yg buruk perangai
2. Orang yg kaya tetapi bakhil atau kedekut atau kikir;
3. Orang yg merundingkan hal ehwal jema'ahnya dengan isterinya
Maka dengan itu, sabda Rasulallah (s.a.w), jika terpilih kategori yg baik, maka rukyahnya dan Imam akan aman. Lebih baik hidup dari mati. Jika sebaliknya, lebih baik mati dari hidup. Kerana ganjaran akhirat lebih baik dari siksaan dalam dunia kerana karenah dan perbuatan Imam mereka. Kerana apabila taatkan Imam pasti mendapat syurga.
Jazakallahu khairah

Jema'ah Islam: Berbai'at kerana dunia

Assalamualaikum,
Berbai'at atau ikrar janji taat setia oleh rukyah terhadap Imam atau Amir (i.e. ulil amri) adalah satu ciri jema'ah Islam atau berjema'ah dalam Islam. Keikhlasan berbai'at itu utama sebagaimana keikhlasan dalam menetapai Islam dan dalam mengikuti al-Quran dan as-Sunnah. Keikhlasan dalam Islam itu adalah menepati firman Allah (a.w) dalam Ayat 57, Surah al-Isra' yg berbunyi: '...wayarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna 'azabahu ...' [Maksud: Dan kerana mencari (dan inginkan ) kerhamatan Allah (a.w) (i.e. dapat balasan syurga) dan takutkan azab Allah (a.w) (i.e. terjerumus ke dalam neraka) ...' ] [Ayat 57, Surah al-Isra']. Malah segala sesuatu yg kita lakukan dalam Islam untuk siapapun, termasuk untuk diri sendiri, adalah kerana inginkan kerahmatan Allah (a.w) supaya mati mendapat syurga dan selamat dari neraka. Itulah misi orang Islam.
Demikian juga dalam berbai'at kepada Imam atau Amir atau 'ulil amri. Jika tujuannya selain itu, maka tidak mendapat syurga, seperti dijelaskan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Husein b Furatin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hazim hadith dari Abi Hurairah berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Thalathtun la yukalihumullahu yaumal qiamati wala yuzakkihim wa-lahum ‘azabun alimun: rajulun ‘ala fadli main bit-toriqi yamna’u minhun –sabili, wa-rajulun baya’a imaman la yuba’iuhu illa lid-dunya in ‘atahu ma ma uriduwafa lahu wa-illalam yafi lahu, wa-rajulun yubayi’u rajulan bisil’atin ba’dal ‘asri fahalafa billahi laqad ‘utiya biha kaza wa-kaza fasaddaqahu fa-akhazaha walam yu’tabiha.' [Maksud: Tiga golongan tidak berkata-kata Allah (a.w) pada mereka pada hari qiamat dan tidak mensucikan (atau melebur Allah (a.w) atas) mereka (dari dosa-dosa mereka) dan bagi mereka azab yang besar (yakni, masuk neraka): (pertama) seorang lelaki yang dikurniakan Allah (a.w) dengan kelebihan air dalam perjalanan (i.e. musafir) mencegah dia akan airnya pada musafir (yakni, orang yang dalam perjalanan mendapat manfaat dari air tersebut), dan (kedua) seorang lelaki yang berbai’at dia pada imamnya tetapi tidak berbai’at dia kecuali kerana (yakni, kepentingan) dunianya, jika memberi (imamnya) kepadanya (akan dunianya) apa-apa yang diingininya dia taat, jika tidak (diberikan apa-apa yang dikehendakinya) tidak menetapi dia (yakni, ikrar janjinya), dan (ketiga) seorang lelaki yang berbai’at suatu jual beli barangan sesudah ‘Asar, lalu yg membeli bersumpah dengan nama Allah (a.w) bahawa telah dibayarnya sekian dan sekian, lalu dibenarkan oleh orang yg menjual akan kata-katanya; maka diberikannya barang itu kepadanya, padahal belum dibayarnya harga barangan tersebut.] [Hadith Bukhari]
Orang yg berbai'at kerana tujuan dunia tidak akan dilihat Allah (a.w) di akhirat dan tidak akan dihapuskan dosa-dosa mereka:
1. Orang yg mempunyai bekalan air yg melebihi keperluannya semasa bermusafir, enggan memberikan sedikit apabila diperlukan oleh orang lain sama-sama bermusafir;
2. Seorang lelaki yang berbai’at dia pada imamnya tetapi tidak berbai’at dia kecuali kerana (yakni, kepentingan) dunianya, jika memberi (imamnya) kepadanya (akan dunianya) apa-apa yang diingininya dan jika tidak (diberikan apa-apa yang dikehendakinya) tidak menetapi dia baginya (yakni, ikrar janjinya) (i.e. tukang bodek, pengampu atau mengikut istilah sekarang ini kroni);
3. Seorang lelaki yang berjanji dalam suatu urusan jual beli pada waktu 'Asar, bersumpah dengan nama Allah (a.w) sudah membayar harga barang yg dibelinya, kemudian disahkan oleh penjual, walhal belum dibayarnya (Yakni, berbohong atau menipu dia).
Semoga Allah (a.w) selamatkan kita dari tergolong dari kalangan orang yg sedemikian itu - melakukan sesuatu dalam Islam semata-mata kerana pertimbangan keduniaan. Amat ramai manusia Islam sepereti ini sekarang ini, banyak kategori manusia, yg ada ilmu ugama dan yg takda ilmu ugama atau yg langsung jahil tentang ugama.
Jazakallahu khairah

Jema'ah Islam: Ikrar Janji Ta'at (Bai'at)

Assalamualaikum,
Orang Islam yg faham akan Islam sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) itu pasti faham bahawa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu memerlukan pematuhan kepada dua dimensi cara hidup dan panduan amalan, iaitu:
1. Panduan al-Quran dan as-Sunnah; dan
2. Anuti Islam secara berjema'ah.
Kalaulah semua yg Islam itu faham tentang konsep berjema'ah dalam Islam semestinya mereka berjaya mendapat syurga, kerana syarat mendapat syurga itu adalah dua perkara ini. [Nota: Kecualilah sebagai individu, mereka melakukan dosa-dosa. Itupun masih boleh mendapat syurga dengan syarat dia bertaubat dan Allah (a.w) yg Maha Penerima Taubat mengampunkan dia]
Seseorang yg diangkat menjadi 'ulil amri' (i.e. Imam atau Amir) - umumnya pemimpin jema'ah Islam - akan lebih terteram dan tenang kerana rakyatnya wajib taatkan Imam atau Amir mereka. Tidak ada percakaran atau perebutan kuasa. Perbutan kuasa adalah ciri sistem kerajaan ciptaan manusia, terutama masyarakat Barat. Pertelingkahan dalam Islam juga timbul kerana kepimpinan Islam meniru serta terpengaruh oleh sistem sosio-politik dan peradaban dan budaya Barat atau sistem pemerintah ciptaan manusia.
Sistem pentadbiran yg haq dalam Islam menjamin segala sesuatu. Kerana, rakyat tidak dibolehkan menderhaka atau menentang (i.e. tidak taatkan) Imam atau Amir (i.e. pemimpin) mereka. Jika menderhaka mereka mendapat neraka! Imam atau Amir (i.e. pemimpin) yg membelakangkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah pula tidak akan dapat mencium syurga apatah lagi masuk syuirga di akhirat kelak. Malah pemimpin jema'ah Islam yg tidak memperingatkan rukyahnya tentang kewajipan mereka kepada Allah (a.w) dan RasulaNya melalui ijtihad atau nasihat berkala, tidak mencium bau syurga di akhirat kelak. Jika begitu, manakah mungkin seorang pemimpin itu mengabaikan tanggun jawabnya? manakah mungkin jawatan dalam hiraki 'ulil amri' itu direbut?
Dalam Islam jawatan kepimpinan adalah amanh yg amat berat. Jika tidak dilunaskan sudah pasti masuk neraka. Sebagai rukyah, ketaatan yg absolute amat diutamakan, jika rukyah Islam dalam jema'ah inginkan syurga! Islam adalah suatu sistem yg perfect. Sewajarnyaklah sedemikian, kerana Allah (a.w) yg cipta Islam dan Rasulallah (s.a.w) yg dibimbing Allah (a.w) membimbing manusia, dan Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' (i.e. model terbaik untuk dijadikan contoh).
Malangnya hari ini, ramai mereka yg Islam yg mengakui dan diakui sebagai ulama' atau ilmuwan kekal mengutamakan kebijaksanaan diri sendiri, cuba membuat penyesuaian seolah-olah imu Allah (a.w) itu ada cacat celanya! Maka dengan itu timbul berbagai-bagai pentakrifan, kelainan, penambahan sehinggakan al-Quran dan as-Sunnah tidak dikaji, dipelajari dan difahami, sebaliknya kitab-kitab karangan manusia dihalusi dibuat analisis dan kemudian dikembangkan ide-ide dalamnya, walaupun ide-ide itu tidak sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah.
Kalaulah manusiayg Islam itu kembali kepada yg haq, iaitu pelajari dan fahami al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana yg diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w), sudah pastilah mereka selamat.
Jazakallahu khairah

Jema'ah Islam: Ikrar Janji Ta'at (Bai'at)

Assalamualaikum,
Saudara, apabila kita membicarakan tentang 'Jema'ah Islam', yg merupakan satu daripada dua pra-syarat (pre-condition) dalam penentuan sama ada sesuatu golongan umat Islam itu adalah golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah', kita teliti 4 perkara: iaitu, pertama, wujudnya jema'ah umat Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dalam menjalani hidup Muslim serta dalam mengerjakan ibadah dan amalan, yg wajib ataupun yg sunat; kedua, ada kepimpinan (i.e. ulil amri) dalam jema'ah dengan diketuai oleh seorang Imam atau Amir; ketiga, ada rukyah (i.e. rakyat kpd jema'ah), dan keempat, ada 'bai'at', yakni ikrar janji taat setia oleh rukyah terhadap Imam atau Amir (i.e. ulil amri).
Kita telahpun faham melalui apa-apa yg telah maklum dari post yg lalu bahawa apabila segolongan umat Islam itu memenuhi dua pra-syarat berikut; iaitu:
1. Mereka mengabdikan diri kepada Allah (a.w) dengan berpandukan hanya al-Quran dan as-Sunnah, yg dimanifestasikan melalui amalan dan ibadah yg wajib dan yg sunat (termasuklah apa yg secara umum disebut 'amal makruf' dan 'nahi mungkar') serta menjalani kehiduapan dunia berpandukan hanya al-Quran dan as-Sunnah, memenuhi pra-syarat pertama; dan
2. Mereka itu berpegang kepada Islam secara berjema'ah, yg manifestasinya pula adalah wujudnya suatu jema'ah orang Islam, seorang Imam atau Amir yg mengetuai jema'ah tersebut; wujudnya 'bai'at' (i.e. ikrar janji taat setia) kepada Imam atau Amir dan rukyah mentaati Imam atau Amir [Nota: perintah dan tetetapan yg sejajar dengan al-Quran dan as-Sunnah]..
Dua pra-syarat ini adalah neccessary and sufficient conditions bagi mengesahkan bahawa sekumpulan umat Islam itu adalah tergolong dalam golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Mereka itulah yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith yg telah kita rujuk dalam post yg lalu sebagai golongan yg satu daripada 73 golongan umat Islam yg berjaya mendapat syurga di akhirat kelak, dan 72 golongan atau perkumpulan yg lain terjerumus ke dalam neraka. Jema'ah sedemikian adalah calun syurga. Mereka dapat masuk syurga apabila mereka memenuhi syarat dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' (i.e. taatkan Allah (a.w), yakni ikuti al-Quran dan taatkan Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti as-Sunnah) dan Ayat 59, Surah an-Nisa' (i.e. taatkan ulil amri). Jika tidak taat, mereka tinggal 'calun syurga' tetapi tidak mendapat syurga, kerana jmereka adalah orang-orang yg tertakluk ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa' (i.e. tidak patuhi ketetapan Allah (a.w), yakni al-Quran, dan tidak patuhi ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah, dan melanggar suruhan dan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah serta melanggar larangan dan tegahan al-Quran dan as-Sunnah), masuk neraka, kecualilah mereka bertaubat dan Allah (a.w) terima taubat mereka kerana pelanggaran tersebut.
Kenapa, hanya satu golongan dari 73 golongan sahaja berjaya mendapat syurga? Kerana syarat mendapat syurga itu adalah ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa'. Kenapa 72 golongan tak dapat syurga? Kerana tidak menepati ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa' dan Ayat 59, Surah an-Nisa'! Mengamalkan sesuatu yg tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah serta membuat sesuatu yg ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) adalah mengenkari perintah Allah (a.w) dalam firmanNya dalam Ayat 7, Surah al-Haysr dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith (i.e. as-Sunnah)! Kita rumuskan semula golongan yg dikatakan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu, adalah:
1. Mereka taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w)
(i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah) dan jadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan hidup mereka;
2. Mereka berjema'ah (perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w))
3. Mereka taatkan Imam atau Amir (i.e. 'ulil amri'), selagi perintah 'ulil amri' tidak menyalahai ketetapan al-Quran dan as-Sunnah (i.e. perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w))
4. Mereka berada dalam jema'ah dan berbai'at dengan Imam atau Amir (i.e. perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w))
Kewajipan berbai'at ini diperintahkan oleh Allah (a.w) dalam 3 firmanNya iaitu:
1. Firman Allah (a.w): ‘[Maksud: Sesungguhnya orang-orang yang berbai’at dengan engkau (Muhammad) nescaya apa-apa berbai’at (i.e. ikrar janji setia) mereka (adalah berbai’at) dengan Allah (a.w); Tangan Allah (a.w) di atas tangan-tangan mereka, maka barangsiapa melanggar/merosak (ikrar janji setia mereka), maka sesungguhnya melanggar/merosak mereka atas diri mereka dan barangsiapa menetapi dengan apa-apa janji atas janji (dalam bai’atnya) maka sesungguhnya menjanjikan Allah (a.w) (bagi mereka) pahala yang besar (yakni, mendapat ganjaran syurga)] [Ayat 10, Surat al-Fath];
2. Firman Allah (a.w): ‘[Maksud: Nescaya sungguh telah redha Allah (a.w) dari orang iman (mukmin) ketika berbai’at dengan engkau di bawah pohon pelampis maka mengamalkan/berbuat apa-apa (yang terdapat) di dalam hati mereka, maka menurunkan (oleh Allah (a.w)) ketenanagan atas mereka dan (memberi) pahala kepada mereka kemenangan yang dekat [Nota: Perang Khundak]] [Ayat 18, Surah al-Fath]; dan
3. Firman Allah (a.w): '[Maksud: Wahai Nabi! Ketika datang kepada engkau wanita-wanita beriman meminta berbai’at kepada engkau, (syaratnya) bahawasanya tidak syirik mereka dengan Allah (a.w) dengan sesuatu dan tidak mencuri mereka dan tidak berzina mereka dan tidak membunuh mereka anak-anak perempuan mereka dan tidak mendatangi dengan dusta dengan berbuat-buat dusta antara kedua tangannya dan kedua kaki mereka dan tidak menentang engkau dalam berbuat makruf (kebaikan), maka berbai’atlah dengan mereka dan meminta ampunlah bagi mereka dari Allah (a.w), sesungguhnya Allah (a.w) adalah zat yang Maha Pengampun lagi Penyayang.] [Ayat 12, Surah al-Mumtahannah]
Dan, juga perintah Rasulallah (s.a.w) dalam hadith-hadith berikut:
1. Diriwayatkan hadith dari Ubadah b Samit berkata: ‘Berbai’at kami dengan Rasulallah (s.a.w) atas (syaratnya atau ikrarjanji) ‘mendengar dan taat (pertama) dalam keadaan senang (yakni, rela serta sukahati menerima ketetapan) dan (kedua) (dalam) keadaan benci (yakni, kurang rela tau tidak menyukai menerima ketetapan) dan (ketiga) bahawasanya tidak mencabut perkara ahli-ahlinya (yakni, urusan jemaah) dan (keempat) bahawasanya menetapi atau berkata dengan benar (haq) di mana sahaja kami berada dan tidak khuatir dalam perkara Allah (a.w) walaupun dicaci oleh orang yang mencaci. [Hadith Bukhari]
2. Menceritakan hadith dari Humaidin hadith dari Anas (r.a) (berkata): ‘Keluar Nabi (s.a.w) pada suatu pagi yang dingin (yakni, musim sejuk) (manakala) orang-orang Muhajirin dan orang-orang Ansar sedang menggali parit (untuk persiapan perang Khundak (Parit)), maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Allahumma innal khaira khairul akhirati faghfirlil ansori wal-muhajirati'. [Maksud: Ya Allah ya Tuhanku! Sesungguhnya kebaikan yang terbaik adalah (kebaikan) akhirat, maka Engkau (Allah (a.w)) ampuni orang-orang Ansor dan Muhajirin.] Maka mengkabulkan mereka: ‘Adapun kami berbai’at dengan engkau Muhammad (s.a.w) atas (ikrar ikrarjanji) berjihad (yakni, membela ugama Allah (a.w)) selama-lamanya.’ Menceritakan hadith Malik hadith dari Abdillah b Dinar hadith dari Abdullah b Omar (r.a) berkata: ‘Adapun kami ketika berbai’at kami kepada Rasulallah (s.a.w) atas (ikrar janji) ‘mendengar (perintah dan nasihat) dan taat (akan perintah dan nasihat)’, bersabda dia kepada kami ‘di dalam apa-apa (sesuatu) sekuat mampu kamu’. [Hadith Bukhari]
Berbai'at ini adalah satu ciri wajib dalam jema'ah Islam. Semasa berbai'at itu anggota jema'ah berjabat salam dengan Imam atau Amir sambil melafazkan kalimah keta'atan atau ikrar taat setia, seperti yg dijelaskan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Omar (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Man baya’a imaman fa’atahu sofqata yadihi wa-thamrata qalbihi fa-yuti’hu mastota’a fain ja-a akharu yunazi’uhu fadribu raqabatal akhiri,' [Maksud: Barangsiapa hendak berbai’at dengan seorang imam maka memberikanlah (yakni, menghulurkan) telapak tangannya (yakni, berjabat tangan) dan buah hatinya (sebulat qalbunya) dan hendaklah taat apa-apa (yang ditetapkan) sekuat mampunya, maka jika datang imam yang lain (hendak) mencabutnya (yakni, meminta bai’at darinya kepada dia sebagai imam) yang terdahulu, maka pukullah lehernya (yakni, bunuhlah) imam yang terakhir (yakni, yang kemudian) itu.] [Hadith Abu Daud]
Demikianlah kita telah lihat betapa formalnya urusan berjema'ah dalam Islam. Adalah tidak betul jika kita katakan bahawa semua umat Islam yg Islam itu berada dalam jema'ah, kerana mereka telah bersyahadah, mereka taatkan Allah (a.w) dan RasulNya, dan mereka bersolat secara berjema'ah dan sebagainya. Jema'ah Islam itu adalah suatu perkumpulan yg formal. Mereka jadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai ilmu, panduan amalan dan ibadah serta panduan hidup sebagai orang iman. Mereka berada dalam suatu jema'ah yg formal yg diketuai oleh seorang Imam atau Amir, yg mereka sepakat angkat atau lantik. Mereka berbai'at (i.e. berjanji) dengan Imam atau Amir ikuti perintah Allah (a.w), perintah Rasulallah (s.a.w) dan perintah Imam atau Amir, sekuat mampu mereka. Mereka tetap taatkan Imam atau Amir melaksanakan ketetapan (i.e. ijtihad) dan perintah Imam atau Amir, selagi selagi Imam atau Amir itu tidak menyuruh mereka melakukan sesuatu 'kemaksiatan' (i.e. yg bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah). Jika bercanggah, mereka boleh 'ignore' nasihat atau perintah dan tidak mentaati perintah, tetapi mereka wajib kekal taatkan Imam atau Amir. Dan, kita akan lihat kemudian nanti, insya Allah, bahawa jikapun Imam atau Amirnya berat sebelah, pilih kasih, atau menzalimi mereka, mereka wajib terus taat dan bersabar. Jema'ah Islam tidak boleh meninggalkan jema'ahnya dan tidak boleh gantikan Imam atau Amirnya kalaupun dia tidak sukakan dia.
Sebenarnya, sekiranya semua umat Islam itu sebenar-benarnya faham tentang Islam dan syariatnya, tidak wujud kelainan dalam Islam kecualilah sedikit yg minor sahaja. Manusia yg faham, tidak akan menolaknya. Yg membuatkan manusia menolak Islam hanyalah kerana bak sabda Rasulallah (s.a.w) 'dunia itu penjara bagi orang yang beriman, dan syurga bagi orang kafir' sahaja. Semua yg Islam juga akan lebih aman tanpa percakaran. Pemimpin umat Islam akan lebih selesa kerana mereka memerintah umat yg diwajibkan taatkan pemimpin mereka, selagi pemimpin tidak membelakangkan al-Quran dan as-Sunnah. Pemimpin tidak akan digulingkan. Tidak ada perebuatn kuasa walaupun mungkin pemimpin menzalimi rakyatnya. Kerana menentang kepimpinan itu adalah syarat wajib masuk neraka!
Kita teliti kemudian nanti isu-isu utama tentang ketaatan ini, insya Allah.
Jazakallahu khairah.

Sunday, December 27, 2009

Jema'ah Islam: Sifat-sifat Pemimpin

Assalamualaikum,
Kita telah tahu bahawa golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu anuti Islam berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan ibadah dan amalan dan panduan kehidupan orang iman dan mereka berjema'ah. Jema'ah ada pemimpin yg disebut dalam al-Quran sebagai 'ulil amri' (i.e. Imam atau Amir), yg wajib ditaati oleh rukyah dalam jema'ah kerana mereka berbai'at dengannya dengan ikrar janji 'mendengar dan taat sekuat mampu' mereka.
Adalah menjadi tanggungjawab Imam atau Amir itu mentadbiruruskan jema'ahnya berpandukan as-Sunnah. Namun, Rasulallah (s.a.w) membayangkan pelbagai sifat pemimpin jema'ah Islam selepas beliau wafat. kita rujuk beberapa contoh yg beliau berikan:
Diriwayatkan hadith dari ‘Asim al-‘Adawiyi hadith dari Ka’ab b Hujrah berkata: ‘Keluar atas aku Rasulallah (s.a.w) dan adapun aku (ketika itu) berusia 9 tahun, maka bersabda dia: 'Bahawasanya akan ada sesudahku beberapa imam (yakni, pemimpin jema'ah), barangsiapa membenarkan mereka dengan pendustaan mereka dan menolong pada mereka atas kezaliman mereka, maka bukanlah dia dari golonganku dan bukanlah aku dari golongan mereka dan tidaklah (bersama-sama) dengan orang-orang yang datang ke telagaku (al-Kauthar); dan barangsiapa yang tidak membenarkan mereka dengan pendustaan mereka dan tidak menolong mereka atas kezaliman (penzaliman) mereka, maka dia dari golonganku dan aku dari golongan mereka dan dia akan datang atasku di telagaku (al-Kauthar).' [Hadith an-Nasa’i, Kitab Bai’ah (ikrar janji setia)]
[Nota: ‘Pendustaan’ dalam konteks Islam adalah membuat sesuatu yang tidak ditunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah. ‘Penzaliman’ dalam konteks Islam adalah membuat atau melakukan sesuatu yang ditegah oleh Allah (a.w) (yakni, ketetapan al-Quran) atau ditegah oleh Rasulallah (s.a.w) (yakni, bertentangan dengan as-Sunnah). Seperti di jelas dalam post sebelum ini mengenai Surah al-Kauthar, Rasulallah (s.a.w) dikurniakan Allah (a.w) Telaga al-Kauthar di mana di akhirat kelak semasa manusia berhimpun untuk mendapatkan Kitab Catatan Amalan masing-masing akan terasa begitu lapar dan haus, maka sesiapa yang tergolong dalam umat Muhammad (s.a.w) (yakni, berpandukan kepada as-Sunnahnya semata-mata), maka mereka diakui oleh para malaikat yang menjaga telaga tersebut, maka dibenarkan minum airnya. Sesiapa yang minum airnya maka tidak akan haus mereka selama-lamanya.]
Diriwayatkan hadith dari Jabir b Abdullah (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda kepada Ka’ab b Hujrah: 'Semoga melindungi Allah (a.w) akan engkau dari imam yang ‘bodoh’.' Berkata (yakni bertanya) Ka’ab: ‘Dan apakah (atau, siapakah) imam yang ‘bodoh itu?’ Bersabda Nabi: ‘Beberapa imam akan ada mereka sesudahku tidak mengikuti (yakni, menunjuk dengan petunjukku (yakni, tidak mentadbirurus jemaahnya berpandukan as-Sunnah) dan tidak menjalankan (yakni, mengerjakan atau melaksanakan pengurusan jema’ahnya) dengan sunnahku. Maka barangsiapa membenarkan mereka dengan pendustaan mereka dan menolong akan mereka atas penzaliman mereka, maka mereka itu bukan dari golonganku dan bukanlah aku dari golongan mereka, dan tidak akan datang mereka ke telaga (al-Kautharku); dan barangsiapa yang tidak membenarkan pendustaan mereka dan mereka (pula) tidak menolong mereka atas kezaliman mereka, maka mereka itu dari golonganku dan aku dari golongan mereka dan akan datang mereka ke telagaku (i.e. al-Kauthar).' [Hadith Imam Ahmad]
[Nota: Ka’ab b Hujrah ketika itu baru berusia 9 tahun apabila Nabi (s.a.w) memberi nasihat kepadanya. Sila rujuk Surah al-Kauthar. Rasulallah (s.a.w) dikurniakan Allah (a.w) di akhirat kelak telaga al-kauthar yang gayung penyiduk airnya lebih banyak dari bintang-bintang di langit. Semasa perhimpunan di padang makhsyar kelak, semua manusia yang dilahirkan dalam Islam atau zaman Islam akan berjalan untuk minum dan bermandi manda dalam telaga tersebut. Sesiapa yang minum airnya tidak akan merasa haus selama-lamanya. Ingatlah ketika itu matahari didekatkan Allah (a.w) sejengkal di atas kepala, manakala bumi pula terhampar berupa tembaga. Begitulah siksanya terdedah kepada panas terik. Dengan itulah disebutkan bahawa manusia akan berpeluh ada yang samapi peluhnya menghapusi paras hidungnya, dan lemas dia. Air telaga al-kautharlah yang dapat membantu manusia ketika itu. Namun, sesiapa yang tidak diakui oleh para malaikat yang menjaga telaga itu sebagai umat Muhammad (s.a.w), tidak dibenarkan menghampirinya dan minum akan airnya. Antara mereka yang dihalang menghampiri telaga tersebut adalah orang yang tidak berpandukan hidupnya kepada as-Sunnah. Dan, juga mereka yang mencemari as-Sunnah dengan tambahan atau pembaharuan dalam perkara ugama, yakni berbuat dab beramal dengan bid’ah, tidak diakui tergolong sebagai umat Muhammad (s.a.w).]
Dua hadith ini menceritakan prinsip yg sama hanya periwayatnya sahaja berlainan. Yg penting kita ambil ingatan adalah Imam atau Amir (i.e. pemimpin jema'ah umat Islam) yg tidak berpandukan as-Sunnah disifatkan oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai orang yg bodoh. Dia menzalimi dan mendustai rukyahnya. Maka jika ada dikalangan rukyahnya yg mengiyakan pendustaan Imam atau membantu melaksanakan perbuatan kezaliman Imamnya, mereka secara otomatis terkeluar dari mereka yg diakui oleh Rasulallah (s.a.w) umatnya (yakni, tidak Islam mereka), maka tidak dapat minum air Telaga al-Kauthar di padang makhsyar kelak.
Dalam situasi sedemikian, kita diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya nasihatkan Imam yg menyimpang atau menyeleweng. Sama ada dia terima nasihat itu adalah soal kedua, kita pasti selamat dari bersekongkol dengannya.
Diriwayatkan hadith dari Tariq b Syihab bahawasanya seorang lelaki bertanya kepada Nabi (s.a.w), dan sungguh-sungguh (ketika itu) Nabi (s.a.w) sedang meletakkan kakinya ke tempat kaki (pelana) kudanya: ‘Apakah jihad yang lebih baik (pahalanya)?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Kalimah-kalimah (atau, kata-kata) yang haq (benar) di sisi pemimpin (yakni, menasihatkan pemimpin) yang melanggar (atau menyimpang atau menyeleweng dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah).' [Hadith an–Nasa’i]
Dan hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Attiyah al-‘Aufi hadith dari Abi Said al-Khudri berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sebaik-baik jihad adalah dengan kalimah (atau, kata-kata) yang adil (yakni, haq) di sisi sultan (i.e. pemimpin) yang melanggar (yakni, menyimpang atau menyeleweng) atau imam yang melanggar (yakni, menyimpang atau menyeleweng).' [Hadith Abu Daud]
[Nota: Pemimpin itu melanggar atau menyimpang atau menyeleweng apabila dia membuat ketetapan atau keputusan yang bertentangan dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.]
Semoga kita terselamat dari tergolong dalam pengikut Imam (ulil amri) yg tidak berpandukan as-Sunnah dalam mengurus jema'ahnya. Dan, semoga kita mampu menyuarakan sesuatu yg haq terhadap Imam yg menyeleweng. Dengan itu kita akan selamat kerana kekal diakui oleh Rasulallah (s.a.w) umatnya, insya Allah. Amin
Jazakalahhau khairah

Siapa: Ahlus sunnah wal-jama'ah?? (Samb.)

Assalamualaikum,
Kita telahpun teliti nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah tentang wajipnya kita anuti Islam secara berjema'ah. Allah (a.w) perintahkan kita yg Islam supaya berjema'ah, bukan setakat mengerjakan solat fardu secara berjema'ah. Islam itu atau masyarakat Islam itu sendiri wajib wujud secara berjema'ah. Dan, kita sudahpun faham bahawa apabila umat Islam itu mengikuti panduan al-Quran dan as-Sunnah dan mereka pula berjema'h secara formal, i.e. ada Imam atau Amir (yg memimpin), maka terbuktilah masyarakat umat Islam sedemikian itu dikatakan golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' dan halallah kehidupan mereka di dunia dan mendapat kerahmatan Allah (a.w) semasa di dunia dan di akhirat berjaya masuk syurga.
Kita rujuk satu lagi hadith bagi menguatkan lagi kefahaman kita tentang konsep 'berjema'ah' ini. Sebenarnya, hadith ini pernah dirujuk sebelum ini:
Diriwayatkan hadith daripada Harith al-Asy’ari (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Aku perintahkan kamu dengan lima perkara. Allah (a.w) memerintah aku dengan ini lima perkara. (Pertama) dengan berjemaah (yakni, hendaklah kamu berjemaah), (kedua) dengan mendengar (yakni, hendaklah kamu dengarkan nasihat dan ketetapan imam atau amir), (ketiga) dengan taat (yakni, hendaklah jemaah taatkan printah imam atau airnya, walau apapun perintahnya, selagi perintah tersebut tidak menunjukkan suatu maksiat terhadap atau pada Allah (a.w)), (keempat) dengan berhijrah, dan (kelima) dengan jihad pada jalan Allah (a.w). Maka sesungguhnya barangsiapa meninggalkan (memisahi) jemaahnya kira-kira sejengkal maka sungguh-sungguh mencabut (Allah (a.w) akan) tali Islamnya dari batang lehernya dan barangsiapa mengajak kepada ajakan jahiliah, maka (tempatnya) dari jurang neraka.' Berkata (para sahabat): ‘Dan jika mereka berpuasa dan bersolat?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dan jikapun dia berpuasa dan bersolat dan menyangka mereka bahawa mereka Islam. Maka panggillah orang-orang Islam dengan apa-apa memberi nama orang Islam dan orang beriman (sebagai) hamba Allah (a.w) yang Maha Tinggi dan Maha Agung.' [Hadith Imam Ahmad ibnu Hanbal]
Hadith di atas sekali lagi menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) diperintah oleh Allah (a.w) lima perkara suaya dilaksanakan oleh beliau. dibumi, iaitu:
1. Hendaklah umat Islam itu berjema'ah dalam menganuti Islam
2. Hendaklah jema'h umat Islam dengarkan nasihat dan ketetapan Imam atau Amir
3. Hendaklah jema'ah umat Islam itu taatkan perintah dan ketetapan Imam atau Amir
4. Hendaklah berhijrah [Nota: Dalam konteks sekarang ini, hendaklah kita memberi tumpuan kepada memerangi nafsu dan jika sulit untuk mematuhi ketetapan Islam kerana halangan atau batasan persekitaran, hendaklah brhijrah ke lokasi yg lebih memudahkan menetapi Islam];
5. Hendaklah utamakan berjihad pada jalan Allah (a.w) (fi sabilillah) [Nota: dalam konteks sekarang berjihad itu adalah melakukan segala sesuatu untuk membela ugama Allah (a.w) dan umat Islam dengan diri kita (i.e. tenaga, kemahiran, kepakaran dan lain-lain kelebihan kita) dan harta kita (i.e. wang ringgit dan kekayaan dengan menginfaqkan sebahagiannya)].
Dalam hadith tersebut Rasulallah (s.a.w) memperingatkan umat Islam yg berjema'ah supaya jangan sekali-kali meninggalkan jema'ahnya, kerana ' ... barangsiapa meninggalkan (memisahi) jemaahnya kira-kira sejengkal maka sungguh-sungguh mencabut (Allah (a.w) akan) tali Islamnya dari batang lehernya (i.e. keluar dari Islam).'
Kemudian Rasulallah (s.a.w) juga mengigatkan Imam atau Amir (i.e. umumnya yg dirujuk 'ulil amri' itu, kerana mereka berkuasa dalam jema'ah umat Islam), bahawa 'barangsiapa mengajak kepada ajakan jahiliah, maka (tempatnya) dari jurang neraka.' 'Ajakan jahiliah' adalah melakukan segala sesuatu yg bersifat syirik yg samar, kurafat, tahyul, taklid dan bid'ah, maka mereka akan masuk neraka! [Nota: Kita telahpun teliti dalam post yg lalu sesiapa yg mengajak atau mengajarkan atau mengembangkan suatu kebatilan, seumpama bid'ah, i.e. amalan atau ibadah, cara dan kaedah beribadah dan beramal, yg tidak terdapat sebarang sandaran nas dan dalil al-Quran ataupun as-Sunnah, mendapat dosa. Kemudian orang yg menerima ajarannya, mengamalkan pula dapat dosa dan mengirimkan dosa pula kepada gurunya, yakni kita yg mengajarkannya. Kalau diajarkan oleh anak murid kita orang lain? Dia berdosa kerana mengajarnya. Orang yg terima ajarannya juga dapat dosa kerana amalkannya, dan dia kirim pula dosa kepada gurunya, dan juga kepada kita yg mula-mula ajarkan kebatilan tersebut! Semua ini tanpa mengurangi atau menjejaskan dosa-dosa orang yg mengamalkannya. Tak ubahlah seperti multi-level marketing, hanya dalam perkara ini, kita dikirimkan dosa dari setiap level, tanpa dosa orang-orang yg mengirimkannya dikurangi, na'uzubillahi min zalik. Sebaliknya, jika yg kita ajarkan sesuatu yg haq, i.e. sebagaimana ditetapkan oleh ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, kita mendapat kiriman pahala dari multi-level orang yg belajar dan beramal dengannya tanpa dikurangi Allah (a.w) pahala mereka di level-level tersebut, masya Allah.]
Kita akan teliti selepas ini, insya Allah, ketetapan tambahan dalam as-Sunnah tentang siapakah Imam atau Amir (i.e. 'ulil amri') yg baik dan buruk dalam Islam serta akibat keburukan Imam atau Amir terhadap dirinya dan terhadap kita sebagai anggota jema'ahnya (i.e. rukyah), dan apakah akibat seseorang yg berada dalam jema'ah itu meninggalkan jema'ahnya.
Mudah-mudahan kita dikurniakan Allah (a.w) taufiq dan petunjuk supaya mudah kita memahami Islam yg haq ini dan dijauhi kita dari sesuatu ajaran atau mengajarkan suatu ajaran yg batil, dan kerana itu, dikirimkan dosa ad infinity kepada kita sehingga kiamat dunia, insya Allah. amin.
[Bersambung ...]
Jazakallahu khairah