Saturday, February 26, 2011

Wudu': Bolehke Membaca al-Quran?

Assalamualaikum,
Saudara, soalan: Wajibkah ada wudu' baru boleh baca al-Quran? Kita lihat ketetapan Islam dalam as-Sunnah. mengikut majoriti tok guru dan ulam' serta ilmuwan Islam, apabila hendak membaca al-Quran hendaklah terlebih dahulu ada wudu'. Maksudnya, tidak boleh baca al-Quran tanpa wudu'. 

Membaca al-Quran tanpa Wudu'

Mungkin, inilah salah satu sebab mengapa tak ramai jadikan kelaziman membaca al-Quran di malaysia, berbanding dgn kelaziman orang Arab membaca al-Quran dimana saja mereka berada.
Apakah etetapan Islam? Kita rujuk hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin Salamah berkata: ‘Aku masuk atas Ali bin Abi Thalib (r.a), maka berkata Ali (r.a): ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) datang (yakni, masuk) ke jamban, maka diapun qada’ hajat (yakni, buang air), kemudian keluar dia, maka makan dia bersama aku roti dengan daging (yakni, roti yang dicecah dengan gulai daging), dan (kemudian) membaca dia al-Quran, dan tidak menghalangi (atau, mencegah) akandia (membaca al-Quran). ‘Kadang-kadang’, berkata Ali (r.a), ‘Tidak menghalang (atau mencegah) daripada (membaca) al-Quran sesuatu kecuali berjenabah (yakni, berjunub).’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Toharah dan Sunnah Mengenainya] 
Hadith di atas yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib (r.a), sahabat dan juga menantu Rasulallah (s.a.w), memberitahu kita hadith daripada Rasulallah (s.a.w) bahawa Rasulallah (s.a.w) ada kalanya membaca al-Quran tanpa berwudu’. Maksudnya, tanpa wudu’pun kita boleh memegang dan membaca al-Quran. Yang dilarang atas kita hanyalah dua perkara, iaitu jika kita berjunub, yani kita dalam junub (berjenabah) dan kita belum mandi junub, maka kita tidak boleh pegang dan baca al-Quran. Ada beberapa sebab seseorang Islam itu berjunub, iaitu keluar mani bagi lelaki, haid dan nifas bagi perempuan. Jika seseorang itu tidak dalam keadaan berjunub, dia boleh membaca al-Quran dalam apa keadaan sekalipun: semasa duduk, semasa berdiri, semasa berjalan atau semasa berbaring dan di mana sekalipun, asalkan tempat itu bersih. 
Hari ini apabila kita berjalan naik kenderaan awam, contohnya, ramai umat Islam, lelaki dan perempuan, yang rajin membaca, akan membaca buku-buku novel, buku cerita, akhbar atau komik. Apabila menunggu seseorang kita lihat orang Islam membacanya. Tetapi, tidak ketemui kita orang Islam itu membaca al-Quran dalam situasi sedemikian. Malah di rumahpun umat Islam tidak jadikan sebahagian daripada tabiat membacanya membaca al-Quran. Mereka akan membaca buku cerita. Walhal begitu banyak ahala yang boleh didapati dengan mudah, sebagai bekalan akhirat kita, jika kita membaca al-Quran. 
Terdapat hadith yang menyebut bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa setiap satu huruf di dalam al-Quran itu mendatangkan sepuluh pahala membacanya. Di dalam hadith lain disebutkan bahawa belajar al-Quran itu mendapat pahala yang banyak. Tetapi, kerana ganjaran untuk akhirat itu sering diremehkan oleh orang Islam, maka mereka abaikan. 

Haid dan Junub Tak Boleh Baca al-Quran

Di dalam hadith berikut pula, kita diberitahu bahawa kita hanya dilarang membaca al-Quran dalam keadaan berjunub dan haid. Dalam keadaan atau situasi selainnya dibolehkan membacanya: 
Diriwayatkan hadith daripada ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'la yaqraul quranan junubu wala-haidu.' [Maksud: Jangan membaca al-Quran orang-orang yang berjunub dan orang yang haid.’ [Hadith ibnu Majah, Kitab Toharah & Sunah Mengenainya] 
Hadith yang lain juga memberitahu kita ketetapan as-Sunnah yang sama iaitu al-Quran boleh dibaca jika kita tidak berjunub atau dalam keadaan haid.
Saudara, demikianlah ketetapan as-Sunnah yg memberi kita tahu bahawa al-Quran itu boleh dibaca tanpa wudu'. [Nota: Kalau ada wudu' itu baik, kerana berwudu' itu menggugurkan dosa-dosa kecil dan membolehkan kita mengikuti jejak Bilal b Rabah yg membuat solat sunat setiap kali beliau berwudu' - maka dapat pahala yg banyak.] Sesiapa yg berjunub, yakni belum mandi junub, tidak boleh membaca al-Quran dan begitu jugalah wanita yg haid tidak boleh membaca a-Quran.]

Jazakallahu khairah


2 comments: