Saturday, February 5, 2011

Solat: Terlupa baca Tahiyat Awal

Assalamualaikum,
saudara, kita telah lihat apa yg wajib kita lakukan sekiranya kita terlupa solat atau tertidur, dan apabila kita ingat atau apabila kita tersedar dari tidur, waktu sudah luput. bagaimana pula kalau kita sedang solat kemudian, apabila sudah masuk rakaat ketiga atau keempat baru kita sedar yg kita tidakpun baca Tahiyat Awal pada penghujungrakaat kedua dan kita terus bangun berdiri untuk rakaat ketiga? Apa yg perlu kita lakukan? Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Di dalam hadith berikut, diberikan ketentuan as-Sunnah bahawa jika kita perlu membuat ‘Sujud Sahwi’ itu dalam dua keadaan, iaitu: pertama, jika kita terlupa membaca Tahiyat Awal; dan kedua, apabila kita terlupa tentang rakaat yang kita solatkan. Dalam kes kedua itu, syariat Islam menyuruh kita mengambil bilangan rakaat yang terendah, dan kemudian kita sempurnakan solat kita seterusnya. Selepas membaca Tahiyat Akhir kita lakukan ‘Sujud Sahwi sebelum memberi ‘salam’, atau boleh juga selepas memberi ‘salam’ kita lakukan ‘Sujud Sahwi’ tersebut. ‘Sujud Sahwi’ hendaklah dibuat dua kali dengan membaca takbir dan Tasbihnya (yakni, ‘Allahu Akbar’, kita Sujud dan ketika Sujud baca 'Subhanarabbial 'ala'). [Nota: Kita akan telit kes ini dalam post yg akan datang].
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Buhainah berkata: ‘Pernah Rasulallah (s.a.w) bersolat Zohor dan atasnya (terlupa duduk, yakni membaca Tahiyatul Awal) maka ketika sempurna solatnya Sujud dia dua Sujud (yakni, sujud sahwi) dengan menyebut Takbir (yakni, ‘Allahu Akbar’) dalam tiap-tiap Sujudnya dan dia berkeadaan duduk, sebelum memberi ‘salam’, dan Sujud bersamanya manusia (yakni, jemaah), adapun Sujud (sahwi) itu pengganti apa-apa yang dia lupa dari duduk (yakni, membaca Tahiyat Awal).’[Hadith Muslim, Kitab Solat] 
Di dalam kes hadith di atas itu, Rasulallah (s.a.w) terlupa membaca Tahiyat Awal, maka beliau terus berdiri untuk rakaat ketiga. Maka dengan itu, selepas Tahiyat Akhir, diapun Sujud dua kali, kemudian baru memberi ‘salam’. Apakah yg dibaca ketika membuat Sujud Sahwi itu? Kita bacalah tasbih Sujud seperti biasa iaitu kita bertakbir lalu Sujud dan bacalah 'Subhana rabbial 'ala', kemudian setelah Sujud dua kali kita memberi salam. dalam hadith lain disebutkan bahawa kita boleh buat Sujud Sahwi ini setelah memberi 'salam', kita Sujud dua kali dan memberi salam sekali lagi. Yg lazim dibuat adalah membuat Sujud Sahwi itu sebelum memberi 'salam'.

Jazakallahu khairah

8 comments: