Friday, February 25, 2011

Islam, Iman dan Ikhsan - Angka dan Hadith

Assalamualaikum,
Saudara, kita teeruskan sedikit lagi melihat debat antara Prof Zakaria Stapa, UKM dan Dr Adnan M Yusoff (Penasihat ESQ) tentang angka 156, iaitu 1 = Insan, 5 = Rukun Islam dan 6 = Rukun Iman yg dlapurkan dalam akhbar Sinar Harian kelmarin dan hari ini. Debat ini, pada penulis tidak ada faedahnya, dan membuang masa aje. Apakah yg menguntungkan umat Islam hasil dari debat itu? Sebagaimana dituliskan dalam post yg sebelum ini adalah ESQ sendiri, dapat publisiti dan promosi percuma.
Apakah angka 156 itu merujuk kpd hadith berikut? Atau, apakah umat Islam itu tidak faham mesej hadith berikut? Hadith ini menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w), utusan Allah (a.w) menyampaikan Islam dan syariatnya kpd manusia dan mengajarkannya pula dan dalam hadith ini dia diajarkan atau disemak ilmunya oleh gurunya iaitu malaikat Jibrail (a.s). Kita orang Islam wajib belajar Islam dan syariatnya juga secara berguru, bukan membaca kitab dan buku, tetapi belajar dari orang yg tahu, faham dan faqih tentang Islam dan syariatnya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. 
Hadith ini, selain menjelaskan apa dia Rukun Islam dan Rukun Iman, konsep ikhsan, dan dua alamat Qiamat, memberitahu kita bahawa syariat Islam itu, terutama, al-Quran, disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibrail (a.s) dan wahyu.  Hadith yang serupa diriwayatkan juga oleh at-Termidzi dalam Sunan at-Termidzi
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Omar (r.a), daripada Omar bin Khatab (r.a), berkata: ‘Adalah aku (Omar) duduk di sisi Nabi (s.a.w), maka datang seorang lelaki yang sangat putih pakaiannya, sangat hitam rambutnya di kepalanya, tidak kenal aku atasnya seperti orang musafir dan tidak kenal seorangpun dari kalangan kami akandia. Maka duduk dia pada Nabi (s.a.w), maka menyandarkan kedua lututnya ke atas (i.e. dekat dgn) lutut Nabi (s.a.w), dan meletakkan kedua-dua tangannya di atas pehanya. Kemudian berkata dia: ‘Wahai Muhammad! Apa dia itu Islam?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah (a.w), dan sesungguhnya aku utusan Allah (a.w), mendirikan solat, mendatangkan zakat, puasa pada bulan Ramadhan, dan naik haji ke Mekah.’ Berkata dia: ‘Benar engkau’. Maka merasai hairan aku akandia. Ditanyanya Nabi (s.a.w) kemudian dibenarkannya pula. Kemudian berkata dia: ‘Wahai Muhammad (s.a.w): ‘Apa ini Iman?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bahawa beriman (percaya) dengan Allah (a.w), dan para malaikat, dan kitab-kitabNya, dan Hari Akhirat, dan Qadar yang baik dan yang buruk.’ Berkata dia: ‘Benar engkau.’ Maka merasa hairanlah aku. Kemudian berkata dia: ‘Wahai Muhammad (s.a.w). Apa ini ikhsan (i.e. berbuat baik)?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Bahawa menyembah Allah (a.w) seakan-akan melihat (kamu) akan Dia (Allah (a.w), dan sesungguhnya kamu jika tidak melihatnya, maka sesungguhnya Dia (Allah (a.w)) melihat kamu.’ Berkata (lagi) dia: ‘Maka bilakah berlaku Qiamat itu?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Tidak yang bertanya dari perkara tersebut lebih tahu daripada orang yang ditanya.’ Maka apakah tanda-tanda akan Qiamat?’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Beranak hamba perempuan akan anak majikannya.’ (Kata: Waki’ (r.a): ‘Yakni, beranakkan orang Ajam (bukan Arab) akan anak Arab). Dan apabila melihat orang berkaki ayam, bertelanjang, miskin, mengembala kambing, membina bangunan-bangunan tinggi.’ Berkata Umar (r.a): ‘Maka berjumpa aku dengan Nabi (s.a.w) selepas tiga hari, maka bersabda Nabi (s.a.w): ‘Adakah tahu engkau dari (yakni, siapa) lelaki itu?’ Berkata aku (Omar): ‘Allah (a.w) dan RasulNya yang lebih tahu.’ Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Demikianlah Jibrail (a.s), datang dia kepada kamu sekelian mengajarkan dia akan kamu ugama kamu sekelian.’ [Hadith  Ibnu Majah]
Saudara, hadith ini yg diriwayatkan oleh Ibnu Majah menyebutkan bahawa perkara 'Islam' disebutkan dahulu, kemudian barulah kalimah 'Iman' dan ditutupi dgn kalimah 'ikhsan'. Dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Termidzi pula, kalimah 'Iman' disebut dulu, kemudian baru kalimah 'Islam' dan diikuti dgn kalimah 'ikhsan'. Perawinya sama iaitu Omar b Khattab (r.a) dan anaknya Abdullah b Omar atau Ibnu Omar (r.a). Turutan itu tak penting. Yg penting konsep dan maksud kalimah-kalimah pokok yg disebutkan itu. Dan, penting bahawa pengajian atau penyampaian ilmu atau pemindahan ilmu dalam Islam itu adalah secara berguru dan secara berdepan - guru dan muridnya.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, inilah dikatakan Commercialisation of Religion. Apa yg ada pada no 156? Maka ramai yg mudah terpengaruh dgn penjelasan apa dia itu 156. Pandai putar belit & kelintong, bolih jadi kaya atas sumbangan orang2 jahil. Apa salahnya? Ada peluang utk buat duit jadi kaya, buat. Everything justify the end. Utamakan dunia maka Allah akan serah kpd dunia. Bila mati tinggallah semua.

    ReplyDelete