Tuesday, March 1, 2011

Wudu': Yg Membatalkan Wudu' (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan perbincangan kita mengulangi semula perkara-perkara yg membatalkan wudu'. Dalam post yg lalu kita telahpun teliti perkara ini. Namun kerana utamanya wudu' itu dalam Islam kerana ia adalah dasar pokok kpd ibadah yg terpenting dalam Islam, iaitu solat, maka wajarlah kita ulangi supaya kita sentiasa diperingatkan demi kebajikan akhirat kita sebagai seorang Islam yg beriman.

Solat Batal Jika Kentut

Yg membatalkan wudu', yakni solat, kalau kita sedang bersolat, adalah kentut atau terkentut, spt yg dijelaskan oleh hadith berikut:
Diriwayatkan hadith Said, yakni ibnu Musaiyab dan 'Abad b Tamim hadith dari pakciknya, dia itu adalah Abdullah b Zaid berkata: 'Dilapurkan kpd Nabi (s.a.w) (cerita_ seorang lelaki yg menjumpai dia sesuatu ketika bersolat.' Maka bersabda Nabi (s.a.w): 'Tidak membatalkan solat sehingga menjumpai kamu angin (i.e. kentut keluar) atau mendengar kamu suara (i.e. bunyi kentut).' [Hadith an-Nasai, Kitab Bersuci]
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa solat itu tidak batal kecualilah kita kentut atau terkentu, apabila terbau kentut atau kita terdengar bunyi kentut. Jika tidak solat boleh diteruskan kerana tidak batal. Kemungkin kerana angin bergerak dalam perut kita, misalnya.

Wudu' Batal Kerana Berak

Saudara, 
dalam hadith berikut kita diberitahu bahawa wudu' kita itu terbatal apabila kita berak (i.e. buang air besar) atau berlaku salah satu dari empat perkara yg disebutkan dalam hadith berikut.
Menceritakan hadith oleh Syu'bah hadith dari 'Asim hadith dari Zir berkata: 'Telah berkata Safuan b 'Assalin: 'Adapun aku ketika berada bersama-sama Rasulallah (s.a.w) di dalam suatu perjalanan (i.e. ketika bermusafir), memerintahkan dia bahawa tidak membuka kasut (huf) ku selama tiga hari kecuali dari (i.e. jika) berjunub aku, akan tetapi dari berak atau kencing atau tertidur aku (hendaklah membuka aku kasut hufku).' [Hadith an-Nasa'i]
[Nota: Dikalangan orang Arab, khususnya zaman Rasulallah (s.a.w), mereka memakai kasut yg dinamakan musyaf, yg diperbuat dari kulit yg lembut. Apabila mereka berwudu', biasanya apabila hendak membasuh kaki, mereka tidak menanggalkan kasut tersebut. Memadailah dia menyapu dgn air wudu' di bahagian atas dan tepi kasut tersebut.] 
Dalam hadith di atas, kita diberitahu supaya membuka kasut (huf) tersebut jika berlaku salah satu dari empat perkara yg disebutkan. Ini adalah kerana hendak berwudu' semula. Wudu' terbatal apabila berlaku salah satu perkara tersebut. Maksudnya, tanggalkan kasut dan berwudu' semula jika berlaku salah satu perkara yg disebutkan; iaitu: pertama, berjunub; kedua, buang air besar (i.e. berak); ketiga, buang air kencing; dan keempat tertidur.
Saudara, dapat kita rumuskan bahawa ada lima perkara yg membatalkan wudu' itu, iaitu: pertama, jika terkentut; kedua, jika berjunub disebabkan oleh apa sahaja yg mengakibatkan seseorang itu keluar mani; ketiga, buang air besar atau berak; keempat, terkencing atau buang air kecil; dan kelima, tertidur.
Saudara, dalam Ayat 6, Surah al-Maidah disebutkan proses berwudu' itu dan juga perkara-perkara yg membatalkannya; iaitu: berak, 'menyentuh wanita' (i.e. isteri) yg bermaksud bersetubuh. Ayat tersebut juga menyebutkan bahawa jika tidak ketemu air boleh bertayamum untuk solat. Dalam as-Sunnah diperjelaskan bahawa jika tiada air untuk mandi junub dan waktu solat sudah tiba, dibolehkan bertayamum untuk menunaikan solat. Tapi, hendaklah bertayamum setiap kali hendak solat, selagi tidak menemui air untuk mandi junub.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm,
    Pada pendapat saya ramai dlm masyarakat kita kurang paham apakah yg membatalkan wudhu'. Yg saya ingat dulu ( skrg tak tahu pula ianya masih di lakukan ) setelah diijabkabul, si suami akan di suruh menyarungkan cicin kejari si isteri dan mencium dahi si isteri tanda pembatalan wudhu' ( si suami berwudhu ke, tak siapa pula yg cek ) Ini sudah pasti ajaran mazhab Shafie'. Padahal perkara2 yg membatalkan wudhu' tu telah jelas bagi yg ngaji Quran & Hadith.

    Baru2 ini pula kecoh ktk PRK di Tenung, ktk berkempen, calun ( muslimah )PAS tak sudi bersalaman dengan pengundi lelaki ( tindakan dia betul tapi dlm politik itu pasti tak memihak kpd beliau). Esoknya dia memakai sarung tangan dan mula bersalaman dgn bukan muhromnya. ( atas fatwa tok guru kot ). Kan itu hukumnya haram. Tak kiralah berlapik ke atau tidak, tetap haram hukumnya.

    Itulah, sebab politik, semua bolih dihalalkan. Kesihan dia orang yg ( penyokong2 mereka )terlalu taqsub kpd tok gurunya. Nanti di neraka bergaduhlah mereka dgn tok guru mereka ( cerita dlm surah ghafil,kan? )

    Semuga mereka itu diberi pentunjuk olih Allah SWT ... ameeen.

    ReplyDelete