Wednesday, March 2, 2011

Wudu' Batal Jika: Sentuh Wanita (Tak kira muhrim atau tidak)?

Assalamualaikum,
saudara, oleh keana kita mengulangi perkara Wudu' dan kemudian Mandi Junub dan kemudian Solat pula dalam beberapa post yg akan datang, kita ulangi apa yg telah dimuatkan dalam blog ini dulu. 

Batalkah Wudu' Menyentuh Wanita?

Ketika post mengenai tajuk ini dimuatkan dulu ada seorang pengikut setia blog ini (tak silap Abi Ayub) komen yg kononnya dgn hanya 2 hadith dalam post ini cukup untuk penulis blog ini mengeluarkan hukum bahawa menyentuh wanita tidak membatalkan wudu'. Kata beliau: 'Biar benar ...'! Kalau saudara Abi Ayub mengaji al-Quran dan as-Sunnah, sudah pasti dia tak jumpapun nas atau dalil al-Quran atau as-Sunnah yg menyebutkan menyentuh wanita itu membatalkan wudu'. Dia boleh tanya semua orang yg bergelar ulama' atau ilmuwan itu, walau bagaimana tersohornya merekapun. Tak ada hadith yg menyebutkan batal wudu' kerana menyentuh wanita, lebih-lebih lagi menyentuh isteri sendiri. Malah amalan ketika bersanding, pada upacara 'membatalkan air sembahyang' dikalangan orang Melayu itu adalah kepercayaan yg tiada sandaran  tuntutan Islam, yakni ketetapan as-Sunnah. Masakan batal wudul si suami mencium dahi isteri atau pipi isteri yg telah diijabkabulkan, walhal halal pula malamnya bersetubuh mereka (pengantin baru)!! Kalau Abi Ayub atau siapa saja yg boleh tunjukkan hadith atau ketetapan as-Sunnah sedemikian, berikan melalui komen dalam blog ini. Kita tak mau tengok caka-cakap ulama itu dan ini. Kerana Islam adalah ugama Allah (a.w) dan diperintahkan oleh Allah (a.w) disampaikan (dan diajarkan serta dicontohkan oleh) Rasulallah (s.a.w). Kalau tiada ketetapan dalam as-Sunnah, sudah pasti tiada menjadi sebahagian daripada syiar atau syariat Islam. 
Saudara, sekian lama kita diberitahu bahawa menyentuh wanita (termasuk isteri sendiri, bagi mereka yg sudah berumah tangga) itu membatalkan wudu'. Seperti yg dijelaskan sebelum ini bahawa kalimah 'lamastumun nisa' dalam Ayat 6, Surah al-Maidah [Nota: Yg memberikan ketetapan umum tentang cara beruwudu' dan yg membatalkan wudu'] dan Ayat 43, Surah an-Nisa' mengandungi ketetapan yg sama. [Nota: Para ilmuwan dan ulama' tersilap mentafsirkan kalimah 'lamastumun-nisa'' itu sebagai 'menyentuh perempuan', walhal maksudnya adalah 'menyetubuhi perempuan'. Kesilapan sedemikian timbul kerana mereka tidak mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah secara berguru atau berguru tetapi bukan guru yg mendapat ilmunya dari guru bersandarkan sistem pengajian mangkul, musnad dan mutatasil', spt yg dijelaskan dalam post yg lalu. Oleh kerana itu mereka mentakwilkan ayat secara silap. [Nota: Malah ulama' juga mentafsirkan kalimah 'jami'an' dalam Ayat 103, Surah ali-Imran juga tersilap sebagai 'kesemuanya' walhal maksud kalimah itu dgn jelas adalah 'berjema'ah'. Tafsiran ini adalah sejajar dgn as-Sunnah yg menyebut bahawa 'jamia'n' itu adalah berjema'ah. Mereka yg mengaji as-Sunnah sudah pasti faham. Kerana kesilapan tafsiran inilah umat Islam hari melupakan perintah Allah (a.w) supaya anuti Islam secara berjema'ah.]. Jelasnya, ayat tersebut memberi ketetapan bahawa 'berjimak' atau 'bersetubuh', bukan sentuhan secara literal, membatalkan wudu'. Ini telah kita jelaskan sebelum ini. 
Kita telah teliti hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) mencium isterinya, kemudian bersolat dia tanpa wudu'. Sekarang kita teliti satu lagi hadith tentang menyentuh wanita itu. Di dalam hadith berikut diceritakan bahawa Rasulallah (s.a.w) sedang mengerjakan Solat Witir (i.e. malam hari) kemudian tiba-tiba Aisyah (r.ah) isterinya berada tidur mengereng terbujur seumpama mayat di depannya yg tidak membolehkan dia Sujud. Maka dikalihkannya Aisyah (r.ah) dengan menggunakan kakinya menolak kaki Aisyah (r.ah) supaya boleh dia Sujud. [Nota: Tidur Aisyah (r.ah) mengereng disebelah kanan dengan lengan kanannya dijadikan bantal di kepalanya, terbujur 'seumpama mayat', i.e. mayat yg diletakkan di liang lahad kubur, mengadap kiblat. Kehadiran Aisyah (r.ah) secara tiba-tiba dalam keadaan tidur terbujur itu menjadi 'asbabal nuzul' ketetapan tentang menyentuh wanita tidak membatalkan wudu'. Jika batal, pastilah Rasulallah (s.a.w) berhenti bersolat, berwudu' semula dan solat semula.] 
Diriwayatkan hadith daripada Laith berkata: ‘Memberitahu kepada aku ibnu Lahad, hadith daripada Abdul Rahman bin Qasim, hadith daripada ‘Aisyah (r.ah) berkata: ‘Sesungguhnya ada Rasulallah (s.a.w) ketika bersolat, dan aku tidur melintang di depannya seumpama terbujurlah jenazah, sehingga ketika berkehendakkan dia (Sujud pada solat) Witir disentuhnya aku dengan kakinya (yakni, Rasulallah (s.a.w) menolak kaki Aisyah (r.ah) dengan kakinya supaya beralih sedikit untuk membolehkan dia Sujud).’ [Hadith an-Nasa’i, Kitab Bersuci (Wudu’)] 
Hadith di atas adalah sandaran dalil as-Sunnah bahawa menyentuh wanita itu tidak membatalkan wudu'. Amin 
[Nota: Saudara, lelaki menyentuh wanita yg bukan makhramnya secara sengaja adalah haram, i.e. berdosa, tetapi kalau dia ada wudu' tidaklah batal wudu'nya. Tetapi, kalau lelaki itu menyentuh makhramnya, maka tidak batal wudu' dan tidak pula berdosa. Maka dgn itulah Islam tidak membolehkan seorang lelaki (atau perempuan) bersalaman dgn perempuan (atau lelaki) yg bukan makhramnya, dalam apapun keadaan, spt dalam sesuatu perasmian yg formal atau tidak formal. Contoh: Kita lelaki bersalaman dgn menteri perempuan spt Shahrizat atau (dulu) Dr Siti Hasmah]. 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment