Assalamualaikum,
Saudara kita telah perjelaskan hadith yg dikatakan kononnya kontroversial oleh beberapa pihak jabatan ugama di Malaysia, iaitu hadith Omar b Khattab (r.a) dalam post sebelum ini. Kita turunkan kembali hadith tersebut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Dariyi berkata: ‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar (r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘Wahai masyarakat Arab! Dunia! Dunia! (maksudnya, janganlah dilekakan oleh kehidupan dunia) Sesungguhnya tidak atau bukan (dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah kecuali dengan berimam (yakni, diangkat menjadi Imam seorang dari kalangan mereka jemaah Islam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan (rokyah atau rakyat kepada imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan kaumnya yang faqih (yakni, kefahaman tentang Islam sedemikian) ada kehidupan (yakni, tenteram, selamat dan bahagia) bagi imam mereka dan ada kehidupan bagi mereka (kaumnya). Barangsiapa memilih imam mereka kerana pertimbangan selainnya kefaqihan (tentang Islam secara berjemaah) ada baginya (imamnya) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya.] [Hadith ad-Daramiyi]
Saudara, hadith ini adalah sahih. Malah hadith ini wajib dijadikan sandaran hukum mengenai pemerintahan dalam Islam. Kerana, hadith ini adalah sebahagian daripada sunnah Omar bin Khattab (r.a). Dan, sunnah Omar (r.a) adalah diktiraf oeh Rasulallah (s.a.w) sebagai sebahagian daripada apa yg diistilahkan sebagai 'as-Sunnah'.
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Hendaklah kamu membiasakan diri dan lazimkan dengan cara para khalifah ar-rasyidin (yang benar) al-mahdiyin (yang mendapat petunjuk Allah (a.w)) (iaitu, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali) beramal atau membuat ibadat’ [Hadith sahih at-Termidzi].
Hadith di atas itu memberitahu kita bahawa sunnah Omar (r.a) itu adalah sunnah yang wajib di ikuti kerana telah diiktiraf (endorse) oleh Rasulallah (s.a.w) sebagai sebahagian daripada as-Sunnah. Tambahan pula dalam hadith-hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita umat Islam kedudukan Omar (r.a) dalam Islam.
Diriwayatkan hadith daripada Khuzaifah berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iqtadu bil-lazini min ba’di Abi Bakrin wa-‘Umar.' [Maksud: Mengikuti (yakni, ikutilah oleh) kamu dengan (sunnah atau perlakuan) dua orang sesudahku (iaitu) Abu Bakar (as-Siddiq) dan Omar (ibni Khattab)] [Hadith at-Termidzi]
Hadith ini menyebutkan secara langsung ketetapan bahawa umat Islam itu disuruh ikuti sunnah dua orang selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w), iaitu sunnah Abu bakar dan sunnah Omar ibni Khattab. Kita telah teliti dalam hadith sebelum ini bahawa as-Sunnah itu, mengikut sabda Rasulallah (s.a.w), merangkumi sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yang empat, iaitu Abu bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu anhum.
Diriwayatkan hadith dari ‘Uqbah b ‘Amir berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lau kana ba’di nabiyun lakana ‘Umar ibn al-Khattab.' [Maksud: Seandainya ada selepasku seorang nabi, nescaya dia adalah Omar b Khattab (r.a)] [Hadith at-Termidzi]
Hadith di atas itu pula memberitahu kita bahawa jikalah Allah (a.w) hendak mengangkat seorang nabi selepas kewafatan Rasulallah (s.a.w), maka orang itu adalah Omar b Khattab (r.a). Demikianlah kedudukan Omar (r.a) dalam Islam.
Diriwayatkan hadith dar ‘Udaifi b Harith hadith dari Abi Zarr berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Innallaha ta’ala wada’al-haqqa ‘ala lisani ‘Umara yaqulu bihi.' [Maksud: Sesungguhnya Allah (a.w) yang maha Agung meletakkan haq (kebenaran) atas lisan (lidah atau kata-kata) Omar b Khattab (r.a) berkata-kata dia perkara yang haq dengan lidahnya dan hatinya.] [Hadith Abu Daud]
Hadith diatas itu menunjukkan secara khusus kedudukan Omar (r.a) dalam Islam. Allah (a.w) membenarkan kata-kata Omar (r.a). Maka dengan itulah terdapat beberapa ketetapan hukum Islam yang termaktub di dalam al-Quran kerana hasrat Omar (r.a) terhadap sesuatu ketetapan itu dikeluarkan [Contoh: tentang 'aurat' bagi wanita Islam].
Hadith di atas itu memberitahu kita bahawa Allah (a.w) meletakkan tuturkata yang haq (benar) atas lidah Omar b Khattab (r.a), maka dengan itu dia berkata-kata dengan kebenaran lidahnya dengan izin Allah (a.w). Oleh yang demikian jika Omar (r.a) berkata tidak dikatakan Islam seseorang yang Islam itu kecuali dia mengamalkan Islam berjemaah, maka sewajarnya kita tidak Islam kecuali kita mengamalkan Islam dan syariatnya secara berjemaah.
Justeru amat penting umat Islam itu fahami bahawa kita hanya dikira Islam jika kita mengamalkan Islam dan syariatnya dalam jemaah. tanpa jemaah, kita belum diiktiraf sebagai Islam. kata-kata Omar (r.a) itu adalah sejajar dengan firman Allah (a.w) bahawa hendaklah kita berpegang dengan tali (ugama) Allah (a.w) (yakni, ugama Islam) secara berjemaah. Demikianlah juga suruhan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Omar (r.a) memberitahu kita secara lebih ‘direct’ atau terus terang.
[Nota: Sebagai contoh yang diketahui oleh majoriti umat Islam adalah syariat (kaedah) mengerjakan Solat Terawih. Zaman Rasullah (s.a.w), Solat Terawih, sebagaimana sepatutnya solat-solat sunat lain, dibuat di rumah. Namun, pada malam-malam ganjil kesepuluh terakhir Ramadhan beliau bersolat di masjid dan diikuti (sebagai makmum) oleh para sahabat. Rasulallah (s.a.w) mensolatkan Solat Terawih 8 rakaat, dibuat empat empat rakaat satu salam. Dengan lain perkataan, Solat Terawih itu ada juga disolatkan di masjid secara berejema'ah oleh Rasulallah (s.a.w). Namun, tidak dijadikan kelaziman. Omar (r.a) memulakan amalan bersolat Terawih 20 atau 22 rakaat dibuat dua-dua rakaat satu salam dan solat itu dijemaahkan (yakni, ada imam dan ada makmum). Imam pertama adalah Ubai b Kaab. Itulah sunah Omar (r.a) yang umat Islam dikebanyakan Negara dan masyarakat laksanakan sekarang ini dalam konteks Solat Terawih].
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment