Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti dalam beberapa post yg lalu tentang 'aurat wanita iman' mengikut ketetapan Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). 'Aurat' itu merujuk kpd pakaian wanita dan kelakuan wanita. 'kelakuan' itu utama hari ini kerana majoriti wanita yg akui dirinya Islam tetapi tidak menutup aurat mereka. Yg paling lazim didedahkan adalah pertama, rambutnya (i.e. ramai yg tidak menutup rambut, ada yg menutup rambut secara artificial saja, iaitu memakai selendang yg menampakan sebahagian besar bahagian kepala dan rambutnya, dan ada yg memakai tuudung tetapi jarang tudungnya. Tidak kurang pula ramainya wanita yg memakai tudung seolah satu fesyen tetapi memakai baju yg mendedahkan tangan mereka). Adakah ini terjadi kerana kejahilan? Atau, memakai pakaian bukan dgn tujuan menutup aurat tetapi sekadar menampilkan fesyen terkini dan terbaru? Ada wanita yg berpakaian tetapi terdedah lehernya. Malah ada yg sengaja mendedahkan separuh bahagian dadanya sehingga kelihatan separuh dari buah dadanya pula! Ada yg memakai baju tetapi nipis kainnya sehingga boleh dilihat pula baju dalam dan outline seluar dalamnyapun! Ada yg memakai baju yg tebal, tetapi begitu ketat sehinggakan jelas dapat dilihat bentuk dadanya dan buah dadanya. Ada yg memakai seluar, walaupun tebal, tetapi kelihatan jelas bentuk perut bawahnya (navel). Ada yg berbaju, tetapi senteng dan berseluar tetapi apakala dia duduk atau tunduk kelihatan jelas bahagian atas seluar dalamnya, malah lekuk (atau belahan) ponggongnya dapat dilihat! Ada wanita yg memakai baju, tetap kerana ketat bajunya maka terdedah di celah-celah butang bajunya sebahagian dada, perut dan colinya! Demikianlah sedikit sebanyak sinario pakaian wanita dewasa ini. Mereka utamakan fesyen pakaian wanita bukan Islam. Mereka mendedahkan sebahagian aurat mereka tanpa segan silu, tanpa menyedari bahawa mereka menempah tempat di neraka di akhirat kelak!
Saudara, sebagai menyempurnakan penelitian kita tentang aurat ini, kita lihat hadith berikut yg melarang wanita iman melakukannya:
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah (r.a) berkata: ‘Allah (a.w) melaknat (yakni, mengutuk) wanita (yang menjadi) tukang susuk, wanita yang membuat susuk, wanita yang mendedahkan bulu di bahagian mukanya, wanita yang menjarangkan giginya kerana hendak mencantikkannya (supaya) mengubah (apa-apa yang) dijadikan (oleh) Allah (a.w) yang asli’. Maka sampailah demikian kata-kata (yakni, berita mengenai larangan Rasulallah (s.a.w) itu) kepada perempuan Bani Assad, (yang bernama) Ummu Ya’kub. Dan adapun dia pandai membaca (yakni, tahu) al-Quran. Maka datanglah dia kepada Abdullah (r.a), maka berkata dia: ‘Apakah (maksud) hadith (yakni, cerita) dengan yang disampaikan kepadaku daripada engkau, bahawasanya engkau melaknat (wanita) yang (dikatakan apa-apa yang dikatakan oleh Abdullah (r.a) yang disampaikan kepadanya) yang mencantikkan wajahnya selain yang telah dijadikan oleh Allah (a.w) untuknya.’
‘Maka berkata Abdullah (r.a): ‘Dan (mengapa) tidak aku melaknat barangsiapa yang dilaknat (yakni, dikutuk oleh) Rasulallah (s.a.w), dan bahawa perkara itu ada di dalam Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran)?’
‘Maka berkata perempuan itu: ‘Nescaya sungguh aku membaca (al-Quran) diantara isinya, maka tidak menjumpai aku mengenainya?’
‘Maka berkata Abdullah (r.a): ‘Jika sesungguhnya ada engkau membacanya (yakni, membaca al-Quran) nescaya sungguh-sungguh menjumpai engkau firman Allah (a.w): ‘Wama atakumur-rasulu fakhuzuhu, wama nahakum ‘anhu fantahu’ [Maksud: Dan, apa-apa yang didatangkan oleh Rasul hendaklah kamu ambil, dan apa-apa yang melarang (Rasul) atas kamu, maka hendaklah kamu tinggalkan] [Nota: beliau merujuk kpd Ayat 7, Surah al-Hasyr]. ‘Maka berkata perempuan itu: ‘Maka sesungguhnya aku merasai telah mengenai sesuatu daripada ini (larangan tersebut) atas perempuan kamu (yakni, isteri kamu) sekarang ini!’
‘Maka berkata Abdullah (r.a): ‘Jika begitu engkau lihatlah.’
‘Maka masuklah perempuan itu melihat isteri Abdullah (r.a), maka tidak kedapatan beliau (bahawa isterinya) berbuat sedemikian, maka berkata dia: ‘Tidak melihat aku sesuatu.’
‘Maka berkata Abdullah (r.a) (membalas cakap perempuan itu): ‘Semestinyalah! Seandainya ada sesuatu (yang dilarang itu), tidaklah mahu aku mendekatinya (yakni, akan menceraikannya).’ [Hadith Muslim]
Demikianlah dialog antara seorang perempuan yang faham akan al-Quran dengan Abdullah (r.a) berbedat tentang beberapa perbuatan wanita yang dilaknat oleh Rasulallah (s.a.w). Akhirnya wanita tersebut yakin tentang larangan tersebut.
Saudara, dalam hadith di atas itu kita mendapat tahu bahawa Allah (a.w) melaknat wanita-wanita iman yg berbuat: pertama, yg membuat susuk kpd wanita iman yg lain; kedua, yg memakai susuk; ketiga, wanita yg mendedahkan 'bulu di bahagian mukanya' (bermaksud, rambutnya), dan keempat, wanita menjarangkan giginya supaya kelihatan cantik dan anggun (zaman itu) [Nota: Pada zaman Rasulallah (s.a.w) salah satu perbuatan yg dianggap anggun dan mencantikkan seseorang wanita dalam masyarakat Arab jahiliah, adalah perbuatan menjarang giginya dgn mengasahnya]. Umumnya segala perbuatan artificial yg dibuat untuk mengubah keaslian badan dan muka seorang wanita itu mendapat laknat Allah (a.w). Zaman ini wanita akan melakukan sesuatu selain susuk untuk membuatkannya menarik pada lelaki, membesarkan buah dadanya, atau menyedut lemak tubuhnya (lymposuction atau cosmetic surgery) dan lelaki dan perempuan menggunakan botok dan sebagainya. Kesemuanya ini dilaknat oleh Allah (a.w).
Dalam perdebatan di atas itu, dipersoalkan bahawa tiada ketetapan al-Quran yg melarang wanita iman melakukan perkara-perkara yg disebutkan itu, kerana larangan tersebut datangnya dari Nabi (s.a.w), maksudnya as-Sunnah. Perawi hadith ini merujuk kpd Ayat 7, Surah al-Haysr. Jelasnya, ayat tersebut memberikan sandaran bahawa ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah itu, adalah ketetapan al-Quran (atau Allah (a.w)),. Bahkan Ayat 80, Surah an-Nisa' (yakni: Sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia mentaati Allah (a.w)) memberikan ketetapan menyeluruh bahawa as-Sunnah itu wajib kerana segala sesuatu yg ditetapkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah ketetapan Allah (a.w).
Mudah-mudahan, wanita-wanita yg inginkan syurga itu akur dgn ketetapan as-Sunnah ini. Ingatlah walau bagaimana anggunnya kita ketika hidup, terutama kerana berkedudukan terkeatas dalam hiraki masyarakat, hanyalah untuk 60 atau 70 tahun sahaja, iaitu tak sampai seminit dalam jangka waktu akhirat, kerana di akhirat sehari bersamaan dgn 1,000 tahun jangka waktu di dunia!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment