Friday, March 4, 2011

Islam: Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini kita teliti satu dimensi syariat Islam yg tidakpun diberi perhatian oleh majoriti umat Islam, terutama para ilmuwan dan ulama', iaitu 'kewajipan memahami Islam sebagai ad-Din'. Adalah menjadi kelaziman orang Islam, termasuklah majoriti orang yg akui dirinya berilmu, bahawa Islam itu adalah suatu ugama yg relevan hanya untuk akhirat dan tidak ada kepentingannya dalam dunia selain mengerjakan amalan dan ibadah untuk menyediakan diri untuk mati. Walaupun begitu, masih ramai orang Islam yg sangsi apakah benar ada kehidupan selepas kematian? Kerana, ramai orang Islam tidak mengambil serius perkara ugama - perkara amalan dan ibadah - semasa hidupnya. Maka dgn itulah kita sering lihat bahawa para ilmuwan dan ulama' cenderung berpandangan bahawa 'ugama adalah ugama' dan 'dunia adalah dunia', seolah-olah Islam itu tiada kaitan dgn urusan dunia, walaupun mereka sedar dalam lupa bahawa amalan dan ibadah itu utama untuk akhirat.
Ramai berpandangan, ada dichotomy antara dunia dan akhirat, antara ugama dan dunia. Maka dgn itu meluaslah pandangan yg berkisar di sekeling perkataan 'secular' atau 'secularisme'. Segala sesuatu aktiviti duniawi adalah terpisah dari Islam, malah tidak relevan pada Islam kecualilah perkara yg secara khusus meyentuh amalan dan ibadah dan larangan-larang yg khusus. malah larangan yg khususpun diberi justifikasi duniawi kerana kononnya terpisah dari syariat Islam model zaman kini. Justeru ada ilmuwan dan ulama' yg menganggap wujud beberapa kejumutan dalam ketetapan Islam ditinjau dari perkembangan serta keperluan semasa dan pembangunan temadun manusia sejagat. Pandangan sedemikian ini membawa implikasi yg besar kpd aqidah dan keimanan orang Islam serta memberi implikasi yg besar pula pada pentafsiran Islam dalam konteks kehidupan manusia moden. Malah, tanggapan sedemikian itu seolah-olah Allah (a.w) itu dilihat sebagaimana sembahan-sembahan orang bukan Islam terhadap patung dan berhala, kerana ketetapan Islam itu, sebahagiannya telah ditinggalkan zaman, maka perlu sesuatu perubahan atau pembaharuan untuk menjadikan Islam itu relevan atau kekal relavan atau lebih relevan dgn dunia moden sekarang! 
Tanpa disedari, orang Islam yg berpendapat atau berpandangan atau, yg secara senyap-senyap, merasakan sedemikian itu telah menjadikan mereka murtad atau terkeluar dari Islam tanpa mereka sedari, wal iya zubillah.
Saudara, berapa ramaikah orang Islam yg yakin bahawa Islam itu adalah 'ad-Din'? Apa dia konsep 'ad-Din' yg hakiki? Untuk memahami konsep 'ad-Din' ini, wajiblah orang Islam itu kembali kpd firman Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah az-Zariat itu:
Firman Allah (a.w): 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa liya'budini' (yg bermaksud: Tidaklah Aku (Allah) jadikan jinn dan manusia itu kecuali untuk mengabdikan diri padaKu (Allah).' [Ayat 57, Surah az-Zariat]
'Ad-Din' itu adalah panduan hidup dan sistem kehidupan manusia semenjak dia dilahirkan ke dunia sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya, i.e. mati dia. Kemudian setelah mati, maka dia akan melalui alam roh ketika di dalam kubur, sehinggalah dibangkitkan semula di dalam tubuh atau badan yg baru untuk berhimpun di Padang Makhsyar, dan kemudian bagi mereka yg berjaya mendapat syurga selepas hisaban, dalam tubuh atau badan yg baru yg sempurna berumur 33 tahun dengan kecantikan atau kekacakan seorang yg rupawan sebagaimana rupawannya Nabi Yusof (a.s) [Nota: Nabi Isa (a.s) diangkat kelangit ketika berumur 33 tahun. Ahli syurga akan dikurniakan Allah (a.w) umur yg muda iaitu umur Nabi Isa (a.s) dan memiliki wajah rupawan lelaki seumpama Nabi Yusof (a.s). Nabi Yusof (a.s) dijadikan oleh Allah (a.w) mempunyai kerupawanan dan kekacakan lelaki 50% drpd kerupawanan atau kekacakan seluruh lelaki yg ada di dunia sejak Adam (a.s) hingga hari kiamat dunia]. Maka 'ad-Din' itu adalah krangka kehidupan manusia. [Nota: Ada tiga makhluk yg dijadikan Allah (a.w) yg diwajibkan mentaatiNya, iaitu malaikat, jinn dan manusia. Malaikat mentaati Allah (a.w) setiap saat. Jin, yg duduk dalam alam halus, yakni tidak boleh dilihat oleh manusia, sama seperti  manusia, sedikit yg Islam, majoriti kafir. Majoriti umat manusia kafir, yakni tidak mahu mengakui Allah (a.w) sebagai tuhan mereka; dan hanya segelintir saja yg Islam. Malah yg Islampun, majoriti masuk neraka, dan hanya sedikit masuk syurga, kerana penakrifan 'ad-Din' itu]. Lain-lain makhluk dijadikan Allah (a.w) semata-mata untuk manghiasi dunia untuk manusia dan untuk memenuhi keperluan manusia. Tidak ada sesuatu yg memanfaatkan manusia kecualilah sesuatu bahan yg dijadikan Allah (a.w) dalam berbagai-bagai atau serbanika bentuk dan sifat].
Saudara, kerana 'ad-Din' itu adalah pegangan hidup jinn dan manusia, maka 'ad-Din' itu tidaklah terhad kpd panduan hidup kerana akhirat tetapi adalah panduan hidup untuk dunia yg juga menentukan akhirat kita. Kerana dunia itu adalah persiapan untuk akhirat. 
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sebesar-besarnya cita-cita manusia adalah orang iman (i.e. orang Islam yg beriman) yg bercita-cita ingin mendapat kejayaan dalam urusan dunia dan kejayaan dalam urusan akhiratnya.' [Hadith ibnu Majah, dalam Kitab Peniagaan/Jual Beli]
Orang yg pintar itu adalah seorang yg Islam yg beriman (i.e. mengerjakan segala ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, yakni ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), maka dia berusaha sekuat dan sebaik mungkin demi untuk berjaya di dunia dan untuk berjaya pula di akhirat dari apa yg dilakukannya di dalam hidupnya. Segala sesuatu yg berlaku di dunia menentukan apa yg akan berlaku di akhirat. Di akhirat tiada lagi persiapan. 
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Fa-inad-dunya balaghun ilal-akhirati' (yg bermaksud: maka sesungguhnya dunia itu adalah bekalan untuk menuju akhirat) [Hadith ibnu Asakar]
Di akhirat adalah menerima habuan atau manfaat atau akibat segala sesuatu yg kita kerjakan di dunia. Semua kerja atau perlakuan serta semua kata-kata yg terkeluar dari mulut kita di dunia mendatangkan manfaat atau mudarat di dunia dan di akhirat. Jelasnya, tiada suatupun perkara dunia yg terpisah dari akhirat. Maka orang yg berharta atau kaya raya itu, kebajikan akhiratnya ditentukan oleh segala sesuatu yg dia lakukan untuk dirinya dan keluarganya di dunia dari hartanya - bagimana dia mendapatkan kekayaannya, dan apakah yg dilakukannya dari hasil kekayaannya itu. Baginya segala sesuatu yg dibelanjakannya untuk dirinya dan keluarganya sekadar yg mencukupi untuk makan minum, pakaian dan rumah dan lain-lain keperluan yg wajib untuk kehidupannya, adalah mendapat pahala sedekah untuk dirinya - satu pelaburan yg dividennya dia terima di akhirat. Yg dibelanjakan selainnya, walaupun baik, adalah pembaziran. Yg membazirkan harta adalah sahabat syaitan [Ayat 27, Surah al-Isra'].Yg dibelanjakan ke arah kemaksiatan pula adalah kiriman dosa atau negative dividen untuknya di akhirat. Semasa hidupnya, setiap seorang mencorakkan apa yg tertulis dalam Kitab Catatan Amalannya - yg akan dianugerahkan kpdnya di padang makhsyar kelak, ketika perhimpunan agung terbesar manusia akan berlangsung, sama seumpama konvokesyen mahasiswa/i ketika nak terima scroll ijazah mereka! Bezanya, semua manusia yg akui dirinya Islam - yg memenuhi syarat menjalani kehidupan bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah - akan menerima Kitabnya. Orang yg akui dirinya Islam, tetapi tidak jadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan hidupnya sebagai orang Islam, mereka tidak diiktiraf oleh Allah (a.w) sebagai umat Muhammad, maka mereka tergolong sebagai orang yg sama tarafnya sebagai orang yg kafir, diheret malaikat ke neraka! Orang Islam yg ikuti al-Quran dan as-Sunnah sahaja yg akan berhimpun untuk menerima Kitabnya, yg akan menentukan apakah dia penghuni syurga atau penghuni neraka.
Saudara, tidak ada ertinya kita akui diri kita Islam jika kita tidak mengaji atau mempelajari ilmu mengenai Islam, kemudian kita faham, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kerana ibnu Abbas (r.a) berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Al-ilmu hayatul Islami, wa-imadul imanun' (yg bermaksud: Ilmu (tentang al-Quran dan as-Sunnah itu) adalah hidupnya Islam dan tiangnya iman) [Hadith abu Sheikh]
Orang Islam yg akui dirinya Islam kemudian jahil tentang Islam, jahil terhadap al-Quran dan as-Sunnah, malah tidak mahu pula mengaji atau belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, dan merasa selesa dgn apa yg diamalkannya dalam kejahilan itu, telah mematikan Islam dalam dirinya, dan telah menumbangkan tiang keimanan dalam dirinya! Dia bukanlah Islam dan orang yg beriman lagi. Oleh kerana itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu orang Islam (dan orang kafir juga) bahawa mempelajari ilmu mengenai Islam itu wajib. Maka dgn itu jugalah Allah (a.w) murka kpd orang yg hanya pandai ilmu dunia tapi bodoh atau jahil ilmu akhirat.
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya Allah (a.w) zat yg Maha Luhur murka kpd setiap orang yg pandai (atau bijak) dgn ilmu dunia, (tetapi) yg bodoh (atau jahil) dalam ilmu akhiratnya.' [Hadith al-Hakim dan ad-Dilami]
Orang yg akui dirinya Islam, bahkan bijak pula sampai dinobatkan sebagai ulama' atau ilmuwan, kerana dia ada Ph D dalam sesuatu bidang, walaupun dalam usuluddin, contohnya, tetapi dia begitu jahil atau bodoh (ignorant) ilmu akhirat (iaitu, al-Quran dan as-Sunnah), dimurkai Allah (a.w). Ramai orang yg sedemikian ini, kerana mereka remehkan as-Sunnah, takpun mengaji Kuttubul Sittah tetapi mentela'ah dan mengkaji karya atau tulisan para ulama' atau ilmuwan sebelum mengaji Kuttubul Sittah!
Mudah-mudahah, mereka yg tergolong dari kalangan orang yg dimaksudkan dalam hadith di atas itu berwaspada dan telek dan tengok sendiri dimanakah mereka berada. Juga kita yg kurang ilmu dunia, juga tidak terkeluar dari pesanan ini.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment