Friday, March 18, 2011

Peringatan Hari Ini - Orang Yg Dibenci Allah (a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara dalam post hari ini kita telahpun teliti hadith berikut yg menyebutkan tiga kategori orang Islam yg dibenci Allah (a.w), iaitu tiga golongan: golongan pertama, tentang orang yg memberi sesuatu kpd orang lain kemudian mengungkitnya kembali; golongan kedua, orang-orang yg memakai pakaian (seumpama kain, jubah atau seluar atau apa saja) yg dilabuhkan (hingga ke bawah buku lali); dan golongan ketiga, orang-orang yg melariskan barangan yg dijualnya atau jualannya dgn bersumpah dusta. 
Diriwayatkan hadith dari Kharasyah b Hurri hadith dari Abi Zarr hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Tidak akan melihat Allah (a.w) atas mereka pada hari kiamat dan tidak akan disucikan (i.e. diampunkan) dosa-dosa mereka, dan bagi mereka itu azab yg amat pedih (i.e. menyakitkan).' Berkata kami (para sahabat): 'Siapa mereka wahai Rasulallah (s.a.w)? Maka sungguh rugi dan sangat merugikan mereka!' Maka bersabda Nabi (s.a.w): '(Pertama) Orang yg mengungkit-ungkit (apa-apa yg diberikannya kpd orang lain); (kedua) orang lelaki yg melabuhkan pakaiannya (sehingga ke paras di bawah buku lalinya (atau mata kakinya); (dan ketiga) orang (yg berniaga) melariskan niagaannya (barangan atau dagangannya atau jualannya) dgn bersumpah bohong.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Dagangan] 
Ketiga-tiga golongan ini mengikut sabda Rasulallah (s.a.w), Allah (a.w) tidak akan melihat kpd mereka, tidak dihapuskikis dosa-dosa mereka dan di akhirat kelak masuk dalam neraka diazab dgn azab yg amat pedih. Kita hanya nak lihat golongan kedua, iaitu orang lelaki Islam yg memakan pakaian yg labuh atau lelaki Islam yg beriman melabuhkan seluarnya atau kainnya atau jubahnya sehingga sampai menutupi buku lali atau mata kakinya. Kerana pakaian lekaki Islam yg iman itu adalah 'seluar senteng', iaitu hanya panjang setakat sampai separuh betis atau kalau lebihpun setakat sampai bahagian atas buku lali atau mata kaki ketika  berdiri. Tidak dibolehkan melebihi had tersebut. 
Saudara, rasanya, majoriti para ulama' dan umat Islam pernah dengar ketetapan hadith ini, mungkin dari orang lain atau dari ulama' atau dari kitab-kitab hadith besar yg lain, tapi tak ambil peduli! Mengapa? Para ulama' sendiri remehkan ketetapan as-Sunnah ini seolah-olah perkara yg kecil aje! Atau, mereka tak yakin atau tak percaya adanya ketetapan sedemikian dalam Islam. Atau, mereka berpandangan al-Hadith tidak sama tarafnya dgn al-Quran!
Walhal, nak dapatkan syurga itu Allah (a.w) buat ketetapan pada Ayat 13, Surah an-Nisa', iaitu taatkan Rasulallah (s.a.w), atau ikuti ketetapan as-Sunnah, kerana Allah (a.w) perintah ambil pakai ketetapan as-Sunnah (Ayat 7, Surah al-Haysr) dan Allah (a.w) beritahu bahawa kalau kita taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ambil ketetapan as-Sunnah), kita sudah pasti diakui oleh Allah (a.w) sudah mentaatiNya (Ayat 80, Surah an-Nisa')! Apa lagi ketetapan yg kita mau? 
Saudara, tapi ramai orang yg kononnya 'faham' ugama Islam, buat tak kisahpun! Cuba buka akhbar Sinar Harian terbitan hari ini (18 Mar 2011) di muka surat ruangan KL8: Sana Sini terpampang seorang ulama' dan sekumpulan pencinta ugama dalam program glamor Imam Muda (program macam 'American Idol') semuanya pakai seluar atau jubah menjela! Adakah mereka tak faham ketetapan Islam? Atau, mereka tahu tapi sanggup utamakan dunia dan ketepikan akhirat, wallahu 'alam, wal iya zubillah ...


Jazakallahu khairah 

No comments:

Post a Comment