Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg telah kita lihat kali ini, kita diperingatkan supaya janganlah kita menutamakan dunia sehinggakan kita membahayakan kebaikan akhirat kita. Hari ini begitu ramai orang Islam yg beriman melupakan hakikat ini. Perkara ini berlaku dikalangan yg dikatakan ulama' dan ilmuwan dalam Islam. Kerana cubaan dunia itu amat besar dan berat. Segala sesuatu mengenai dunia itu amat menyeronokkan. Namun, hakikatnya disebutkan dalam firman Allah (a.w) serta sabda Rasulallah (s.a.w) yg kita semak itu.
Kemudian Allah (a.w), pada dua ayat berikutnya mengingatkan jangan berbuat begitu. Ingatkanlah bekalan akhirat. Rasulallah (s.a.w) juga mengingatkan kita bersabit dengan peringatan Allah (a.w) ini:
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Berkata hambaKu ‘Ini hartaku. Ini milikku’ (berbangga dengan harta) padahal yang berguna baginya dari harta kekayaan itu hanya tiga macam: (pertama) (Apa-apa) yang dimakan hingga habis; atau, (kedua) (apa-apa) yang dipakai hingga lusuh; dan (ketiga) (apa-apa) yang disedekahkan hingga menjadi tabungan baginya pahala (untuk akhiratnya, yakni pelaboran untuk akhiratnya). Dan selain dari itu maka akan hilang (atau lenyap atau ditinggalkan) untuk orang lain.][Hadith Muslim]
Hadith ini menyebutkan bahawa tidak ada gunanya kita berpenat lelah bersusah payah memaksimumkan segala kemungkinan dalam dunia tanpa mensyukuri dan mempergunakannya untuk memaksimumkan bekalan untuk mati kita. Manusia cuba mendapat pelbagai jenis harta kekayaan dan kemungknan kebendaan yang berbagai. Kemudian setelah diperolehinya, maka dia kedekut dan bahil pula. Ada manusia yang begitu rakus mencari dan mengumpul harta kemewahan sehingga disebutkan tidak habis dipergunakan oleh tujuh keturunan (generasi selepasnya). Sebenarnya, yang didapatinya atau yang benar-benar memanfaatkannya hanyalah tiga sahaja semasa hidupnya, iaitu: pertama, apa yang dapat dimakannya; kedua, apa yang dapat dipakainya; dan ketiga, apa yang dibelanjakannya. Selebihnya akan tinggal dan meninggalkannya, tidak memanfaatkannya melainkan satu bentuk harta iaitu apa yang dibelanjakannya kerana Allah (a.w) (fi sabilillah), yang mengalirkan pahala kepadanya selepas matinya. Yang lain memudaratkan hidupnya sewaktu qiamat dunia dan bermulanya alam akhirat. [Nota: Harta kekayaan yg ditinggalkannya kpd anak bininya mungkin dibelajakan untuk tujuan pembaziran dan kebatilan, maka dia mendapat kiriman dosa setiap kali dilupuskan secara membazir dan batil].
Rumahnya berupa istana dan mahligai dengan kenderaan mewah berbagai jenama serta wang ringgit yang disimpan dalam gerobok besi di rumah tersebut dan dipejabat-pejabatnya tidak berguna. Malah akan menjadi bahan yang menyiksanya di akhirat. Yang berguna apa yang dibelanjakannya demi ugamanya, seperti sedekah, zakat dan infaqnya, kerana Islam, sebagai bukit kesyukurannya kepada Allah (a.w) dan sebagai menyempurnakan amanah Allah (a.w) terhadap hartanya yg berupa pinjaman sementara oleh Allah (a.w).
Maka dengan itulah apakala mati seorang anak Adam itu, disebutkan di dalam hadith berikut, tiga perkara yang menemaninya ke kubur, iaitu anak pinak dan sanak saudara serta rakan taulan dan sahabat handai, tetapi setelah dikuburkan, mereka semula kembali ke rumah masing-masing dan lama kelamaan dilupakan, tetapi seksa telah bermula di kubir sebaik sahaja, mereka meninggalkan kuburnya. Segala harta akan dibelanjakan oleh anak pinak, tetapi jika dibelanjakan bagi pihaknya untuk fi sabilillahpun idak berguna kepada simati! Kedua harta bebrbntuk pakaian yang mahal-mahal dan berjenama pula berguna hanyalah semasa hidupnya. Apabila mati dia ditinggalkan juga dan akan dilelong oleh anak pinaknya jika tidak berguna. Jika disedekahkanpun oleh mereka bagi pihaknya tidak mendatangkan pahala baginya.
Maka dengan itulah apakala mati seorang anak Adam itu, disebutkan di dalam hadith berikut, tiga perkara yang menemaninya ke kubur, iaitu: pertama, anak pinak dan sanak saudara serta rakan taulan dan sahabat handai, tetapi setelah dikuburkan, mereka semula kembali ke rumah masing-masing dan lama kelamaan dilupakan, tetapi siksa telah bermula di kubur sebaik sahaja, mereka meninggalkan kuburnya. Segala harta akan dibelanjakan oleh anak pinak, tetapi jika dibelanjakan bagi pihaknya untuk fi sabilillahpun tidak berguna kepada simati! Kedua, harta bebentuk pakaian yang mahal-mahal dan berjenama pula berguna hanyalah semasa hidupnya. Apabila mati dia ditinggalkan juga dan akan dilelong oleh anak pinaknya jika tidak berguna. Jika disedekahkanpun oleh mereka bagi pihaknya tidak mendatangkan pahala baginya.
Yg kekal menemaninya di kubur hanya amalannya. Kalau buruk menyiksanya. kalau baik, maka menguntungkannya dalam kubur dan di akhirat kelak. Oleh itu yang menemani si mati di dalam kuburnya hingga akhirat kelak hanyalah amalan baiknya semasa di dunia kerana Allah (a.w). Amalan yang berpura-pura dan menunjuk-nunjuk dan dengan riak juga akan menyiksanya pula. Inilah yang disebutkan di dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Yang menghantar (atau menemai) orang mati (yakni, mayat atau jenazah) ke kubur ada tiga jenis: (pertama) keluarganya; (kedua) harta kekayaannya; dan (ketiga) amal perbuatannya; maka kembali dua iaitu keluarga dan hartanya dan tinggal tetap bersamanya amal perbuatannya.’ [Hadith Bukhari, Muslim, at-Termidzi dan an-Nasa’i]
Yang menemainya dua itu pasti akan meninggalkan atau melupakannya lama kelamaan. Keluarganya, satu masa akan sedar bahawa seseorang yang sudah mati tidak perlu ditangi lagi. Harta peninggalan sudahpun diagih-agih dan dibahagikan di kalangan anak dan ahli keluarga. Tetapi, yang tidak lekang dari simati adalah amal dan ibadahnya dan segala perbuatannya semasa hidupnya, kekal bersama-samanya di dalam kubur, ketika dibangkitkan di padang makhsyar dan ditimbang di akhirat. Maka dengan itu, jika amal yang ditinggakannya itul amal kebaikan maka akan menyenangkannya, tetapi akan menyusahkannya jika amal kejahatan atau dosa yg dikerjakan semasa hidupnya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment