Assalamualaikum, kita teruskan penelitian semula tentang tajuk di ats, iaitu wudu'. Soalnya: Apakah yg membatalkan wudu'? Dalam post yg lalu kita telahpun teliti sepotong hadith yg menyebut bahawa menyentuh wanita tidak membatalkan wudu',. tetapi kalau bukan makhram kita, maka berdosa menyentuhnya. kalau disengaja lagilah berdosa. kalau tak senagaja dimaafkan.
Kita sejak kecil lgi telah diajarkan oleh ibu bapa dan tok-tok guru kita tentang Wudu' - bagaimana berwudu' dan apa-apa yg membatalkan wudu'. Antara yg membatalkan wudu', kata tok guru, adalah menyentuh perempuan, walaupun perempuan itu makhram kita. 'Mahram' = orang-orang yg kita tidak boleh nikahi. Agak ganjil, bukanke apabila menyentuh mahram kita, wudu' kita batal? Walhal, isteri kita halal kita sentuh, tetapi jika kita berwudu', terbatal pula wudu'!
Kekeliruan ini berlaku, kerana kita tidak menyemak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka pengetahuan kita dicorakkan oleh mereka yg mengajar kita, yg mereka sendiri tidak sempurna ilmunya.
Yg membatalkan wudu' mengikut as-Sunnah adalah:
1. Bersetubuh atau berjunub;
2. Keluar mazi dengan banyaknya;
3. Keluar mani;
4. Kencing dan berak;
5. Terkentut;
6. Terkena najis;
7. Ada wudu’ kemudian tertidur;
8. Terkena kencing (melainkan kanak-kanak mumaiz); dan
[Nota: Kanak-kanak mumaiyiz = kanak-kanak yg masih menyusu susu ibunya dan belum makan sesuatu makanan yg 'solid']
9. Makan daging unta dan Minum susu unta.
Mengikut ketetapan as-Sunnah, dua perkara tidak membatalkan wudu', iaitu:
1. Menyentuh (termasuk mencium) wanita (i.e. lelaki/wanita menyentuh wanita/lelaki; dan
2. Menyentuh (atau tersentuh) kemaluan (zakar atau faraj)
Dalam banyak-banyak perkara yg disenaraikan di atas itu, para ulama' arus perdana menyebutkan bahawa, perkara-perkara berikut, jika berlaku, membatalkan wudu':
1. Menyentuh (termasuk mencium) wanita, walaupun isteri atau mahram kita; dan
2. Memegang atau tersentuh kemaluan.
[Nota: Kita akan teliti dalam post selepas ini sandaran dalil as-Sunnah menegnai dua perkara ini. Dan kita tidak diberitahu pula bahawa makan daging unta dan minum susu unta membatalkan wudu' kita. Mungkin ada pembaca yg mentertawakan perkara ini. Ingatlah! ketetapan Islam itu adalah segala sesuatu atas budibicara Allah (a.w). Maka dgn itu kita akan menemui 4 jenis sungai dalam syurga, kalaulah kita ahli syurga, iaitu: pertama, sungai air tawar; kedua, sungai susu; ketiga, sungai madu; dan keempat, sungai arak (Ayat 15, Surah Muhammad), namun kita diharamkan minum arak ketika di dunia. Begitu jugalah pakaian ahli syurga itu emas dan perak dan kain sutera, tetapi lelaki dilarang memakai sutera ketika di dunia. Demikianlah ketetapan Allah (a.w)].
Justeru itu, terdapat beberapa perbezaan preskripsi para ulama' perdana dengan ketetapan Rasulallah (s.a.w) mengenai perkara-perkara yg membatalkan wudu' ini. Jika bertembung sedemikian keadaan, orang Islam diwajibkan mengambil atau menerima ketetapan as-Sunnah dan menolak ketetapan ulama' (Sejajar dengan ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 7, Surah al-Haysr, yakni ambil dan pakai as-Sunnah, dan Ayat 59, Surah an-Nisa', yakni apabila timbul perbezaan antara ketetapan 'ulil amri' (kepimpinan Islam), tolak perintah 'ulil amri' dan ambil as-Sunnah. Ketetapan al-Quran dan as-Sunnah mengatasi ketetapan manusia).
Insya Allah kita akan teliti satu persatu sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah mengenai perkara ini kemudian nanti.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment