Assalamualaikum,
saudara, kita tengok berita berikut, yg menyebutkan kejayaan orang Melayu dalam dunia kerana berjaya mempopularkan sebuah filem yg bertemakan gay atau homosexual = lesbian bagi wanita). Orang Islam itu pasti dia tak jahil tentang cerita umat Nabi Lut (a.s) dalam al-Quran. Atau, adakah mereka faham tapi menyindir Allah (a.w) ? Atau, menentang Allah (a.w) dlm menghasilkan filem yg bertemakan sesuatu amalan yg dilaknat Allah (a.w). Mungkin Raja Azmi b Raja Sulaiman, yg menjadi producer filem ini sudah tak takutkan Allah (a.w) tuhannya ...
[KUALA LUMPUR: Malaysia's first gay-themed romance movie has become a swift financial success despite earlier worries that it might repel audiences.
The film's producer said Dalam Botol made slightly more than RM1mil in five days. Its production and marketing costs totalled RM970,000.
The movie depicts a man who gets a sex change operation to satisfy his male lover.
Dalam Botol is considered a breakthrough because government censors have long frowned on movies with mature sexual themes. But gay rights advocates say the film negatively portrays gay and transgender people.
Producer Raja Azmi Raja Sulaiman said Wednesday that the movie is not meant to support or slam gays. - AP ]
Saudara, negara Sodom dan Gomorah iaitu umat Nabi Lut (a.s) mengamalkan seks sejenis - lelaki sukakan lelaki (gays), dan perempuan sukakan perempuan (lesbian). Maka Allah (a.w) perintahkan tiga orang malaikat untuk memusnahkan negara tersebut dgn menembalikkan bumi dan menangkupkannya atas umat Nabi Lut (a.s) pada waktu Subuh. Termasuk di kalangan mereka yg dihapuskan adalah isteri Lut (a.s) yg juga sukakan budaya seks sejenis tersebut. Disebutkan dalam al-Quran bahawa tiga orang malaikat yg diperintah Allah (a.w) untuk memusnahkan umat Nabi Lut (a.s) itu singgah dahulu di rumah Nabi Ibrahim (a.s). Apabila dihidangkan makanan kpd mereka, satu budaya orang iman dalam meraikan tetamu yg datang ke rumahnya, tidak dimakan oleh mereka bertiga. Ibrahim (a.w) merasa takut kerana tahu dia bahawa yg datang itu adalah malaikat yg diperintahkan Allah (a.w) untuk membinasakan manusia yg ingkar. Dia bertanya apakah misi mereka. Maka mereka beritahu bahawa mereka diutus Allah (a.w) untuk memusnahkan kaum Lut (a.s) yg durjana itu.
Malaikat bertiga memberitahu Ibrahim (a.s) bahawa dia akan mendapat anak (Yaakub dan Ismail,yg juga menjadi nabi dan rasul) walhal ketika itu Ibrahim (berumur 99 tahun) dan isterinyapun sudah tua, tak mungkin boleh hamil. Demikianlah kekuasaan Allah (a.w) segala sesuatu yg dikehendakiNya pasti berlaku.
Saudara, hari ini Allah (a.w) tidak lagi menghukum kemaksiatan manusia sedemikian lagi. Atas permintaan Rasulallah (s.a.w) siksaan atas segala dosa zaman akhir ini di akhirkan di akhirat, supaya mereka yg berdosa, ada masa untuk bertaubat. Sebagai seorang Islam tidak wajarlah seseorang itu menonjlkan sesuatu yg dimurkai Allah (a.w) walau untuk tujuan apapun, lebih-lebih lagi untuk tujuan meraih keuntungan kedunia'an. Mereka yg membuat sedemikian seumpama memperolok-olokkan apa yg Allah (a.w) bencci dan murka. Tambahan pula manusia yg lupakan akhiratnya akan sentiasa mencari keseronokan hidup bebas lagi liar, seperti melibatkan diri dalam kemaksiatan sebagai gays atau lesbians! Setiap filem mempunyai mesej dan pengikut. Ditakuti muda mudi Melayu silap tafsir bahawa gay dan lesbian itu adalah pergaulan zaman maya yg tidak salah dan serong.
Saudara, tak taulah kita apakah motif sebenar penerbit dan pengeluar filem tersebut, kalaulah menonjolkan hubungan di luar tabi'i yg dikutuk Islam. Yg tau niat sebenar Raja Azmi adalah dia sendiri atau sahabat rapatnya. Yg pasti antara motif beliau adalah mencari kekayaan dunia melalui produk hiburan. Dalam perkara ini, dia sudah mula berjaya di dunia, mudah-mudahan kejayaan itu bukanlah 'istidraj' baginya sebagai seorang Islam (mudah-mudahan beriman), kerana jika 'istidraj', semoga dia berwaspada jangan sedikit demi sedikit, inci demi seinci, kaki demi sekaki, hasta demi sehasta ditarik oleh Allah (a.w) ke arah kehancuran dan kemusnahan tanpa dirasai atau disedari, kemudian hanya sedar ketika dibangunkan di akhirat ...
Saudara, tak taulah kita apakah motif sebenar penerbit dan pengeluar filem tersebut, kalaulah menonjolkan hubungan di luar tabi'i yg dikutuk Islam. Yg tau niat sebenar Raja Azmi adalah dia sendiri atau sahabat rapatnya. Yg pasti antara motif beliau adalah mencari kekayaan dunia melalui produk hiburan. Dalam perkara ini, dia sudah mula berjaya di dunia, mudah-mudahan kejayaan itu bukanlah 'istidraj' baginya sebagai seorang Islam (mudah-mudahan beriman), kerana jika 'istidraj', semoga dia berwaspada jangan sedikit demi sedikit, inci demi seinci, kaki demi sekaki, hasta demi sehasta ditarik oleh Allah (a.w) ke arah kehancuran dan kemusnahan tanpa dirasai atau disedari, kemudian hanya sedar ketika dibangunkan di akhirat ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment