Saturday, March 5, 2011

Orang Kafir Menjadi Peguam/Hakim Umat Islam?

Assalamualaikum,
saudara, dalam suatu post kita telahpun bercakap tentang tajuk di atas itu. Kita turunkan semula apa yg telah tertulis kerana dalam akhbar hari ini, khususnya, The Star terbitan hari ini 5 Mar 2011, dilapurkan seorang yg ingin menjadi peguam syar'i berketurunan India yg tidak Islam memfailkan rayuan ke mahkamah Tinggi Syari'ah untuk membenarkan dia menjadi pengamal undang-undang syar'i atas dasar kelulusannya dan atas dasar  hak asasinya sebagai manusia untuk memilih apa saja vocation hidup, Victoria Jayaseelee, 49 tahun. 
Saudara, bagi saudara yg suka membaca perkara atau isu mengenai ugama Islam, mungkin saudara dah tengok perbincangan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan, yg membincangkan isu: Apakah boleh seorang yg tidak Islam (yakni, kafir) dilantik sebagai Peguam Syr'ie? By extension, lebih utama lagi, adakah orang bukan Islam (i.e kafir) boleh dilantik hakim perundangan Islam, diberi laluan menghakimi orang Islam dan mentadbirkan syariat Islam atau hukum hakam Islam? 
Perkara menyentuh tajuk di atas itu mudah diselesaikan, kalau kita faham Islam vis-a-vis ugama lain. Kita hanya perlu merujuk kpd ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Dan, berasaskan sumber ilmu dan panduan hidup jema'ah umat Islam dalam as-Sunnah, kita kena lihat sejarah pelaksanaan al-Quran dan as-Sunnah dalam pentadbiran jema'ah Islam zaman Rasulallah (s.a.w), zaman khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin, para tabi'in, para pengikut para tabi'in dan para ulama' al-Quran dan as-Sunnah sehinggalah kiamat dunia. Kerana, dalam Islam ilmu serta panduan hidup orang iman yg haq adalah al-Quran dan as-Sunnah dalam semua perkara. Tidak ada hukum-hakam yg boleh diasaskan kpd apa-apa pertimbangan, termasuklah qias dan ijtihad atau apa yg para ulama' dan ilmuwan Islam arus perdana istilahkan sebagai 'kesepakatan para ulama' itu. Islam itu ugama wahyu - dicipta oleh Allah (a.w) - dan disampaikan kpd manusia melalui KitabNya, al-Quran,dan melalui 'hikmah' yg dwahyukan kpd Rasulallah (s.a.w), untuk menetapkan segala sesuatu yg boleh dan tidak boleh dilakukan oleh manusia. Al-Hikmah itu adalah as-Sunnah. Islam tidak boleh disamatarafkan dgn lain-lain ugama. Malah sesiapa yg menyamatarafkan islam dianggap menentang Allah (a.w), kerana itu ketetapan Allah (a.w). Yg wajib difahami adalah Islam, khususnya ketetapannya atau hukumhakamnya, tidak terikat kpd situasi atau zaman atau masa atau mana-mana kelompok manusia di bumi. 
Islam tidak menghalang umat Islam berpandukan qias dan membuat ijtihad., dgn syarat apa-apa yg diputuskan bersandarkan qias dan ijtihad, hendaklah tidak bertentangan dgn atau berlawanan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Inilah ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa'.  Oleh itu, orang yg hendak menggunakan qias dan ijtihad ihendaklah terlebih dahulu faham dan faqih dalam ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Jika tidak mereka itu tidak boleh menggunakan qias atau ijtihad, kerana ditakuti disebabkan kejahilan dan kecetekan ilmunya, mereka menggunakan pendapat dan persangkaan semata-mata dalam membuat pertimbangan dan ketetapan. Ijtihad adalah bersyarat. Orang yg boleh membuat ijtihad adalah pemimpin jema'ah Islam (yg disebut sebagai Imam atau Amir dalam as-Sunnah), dia wajib berilmu dan faham tentang ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Kalau belum faham dan faqih, tiada hak untuk menggunakan ijtihad untuk membuat sesuatu ketetapan dalam Islam. Tambahan pula, ijtihad hanya untuk menetapkan perkara sampingan dan bukan perkara pokok. Contoh: Hukum hakam Islam itu ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran adalah Perlembagaan Islam (i.e. the supreme laws of Islam). As-Sunnah boleh diibaratkan sebagai keputusan-keputusan yg bersandarkan Perlembagaan Islam untuk membuat ketetapan atas sesuatu permasalahan manusia di dunia, seumpama keputusan Mahkamah Persekutuan dalam perundangan sivil. Kita boleh melihat contoh tindak tanduk Rasulallah (s.a.w). Kita boleh lihat tindak tanduk khalifah yg empat. Kita tidak boleh ikut amalan pemimpin Islam yg lain walaupun dianggap wara' atau ulama', tanpa usul periksa kerana ketetapan pemimpin (yg disebut sebagai 'ulil amri' dalam al-Quran atau Imam atau Amir dalam as-Sunnah) hendaklah tidak lari dari ketetapan pokok dalam al-Quran dan as-Sunnah (Ayat 59, Surah an-Nisa'). 
Dalam Islam itu ulama' adalah orang yg berilmu. Hakim atau qadi dalam Islam adalah orang yg berilmu dan faham serta faqih dgn ketetapan Islam itu, mempunyai ciri-ciri berikut:

1.Mendalam ilmunya tentang al-Quran dan faham al-Quran, kefahaman al-Quran adalah dalam konteks tafsiran dengan bersandarkan tafsiran as-Sunnah;
2. Mendalam ilmunya tentang as-Sunnah dan faham as-Sunnah;
3. Kefahamannya itu membolehkan dia mencari ketetapan yg sampingan berasaskan ketetapan yg asas dalam al-Quran dan as-Sunnah; dan
4. Dia sendiri mengamalkan apa yg dia tahu dan faham dalam al-Quran dan as-Sunnah
Kefahaman dalam ilmu as-Sunnah hendaklah dia sudah mengaji dan khatam al-Quran dan sekurang-kurangnya Kuttubul Sittah. Tanpa khataman dalam al-Quran dan Kuttubul Sittah bagaimana mungkin dia punya ilmu yg memadai untuk menjadi peguam apatah lagi hakim (atau, qadi) menentukan hukum-hakam dalam Islam yg bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah terhadap jema'ah Islam dan orang Islam. 
Soalnya: Allah (a.w) melarang orang kafir memegang al-Quran. Jika begitu, bolehkah orang kafir jadi peguam/hakim walhal mereka perlu sering merujuk kpdnya? 
Soalnya: Allah (a.w) perintahkan supaya menghukumlah orang-orang Islam berpandukan al-Quran, jadi bolehkan orang kafir memegang al-Quran dan merujuk kpdnya untuk berhujjah? 
Soalnya: Janganlah kamu ambil kafir sebagai pemimpin dan teman akrab kamu, jika begitu bolehkan orang kafir dijadikan teman dalam hukum hakam Islam? Soalnya: Allah (a.w) melaknat orang kafir dalam al-Quran, apakah orang yg dilaknat itu diberi kesempatan mengukum umat Islam yg diridai Allah (a.w)? Soalnya: Orang kafir itu disifatkan oleh Allah (a.w) sangat kufur, ada mata tidak melihat yg benar berbanding yg batil, ada hati (atau, otak dan akal fikiran) tidak berfikir, ada mulut tidak bercakap benar, ada telinga tidak mendengar yg haq, iaitu kewujudan Allah (a.w) dan ketetapan Allah (a.w), boleh diberi tugas membela orang Islam dan menghukum/mengadili pula orang Islam, walhal dia sendiri wajib dihukum? [Nota: Malah orang kafir pasti akan dihukum di akhirat, iaitu apabila kiamat dunia, dan orang yg diiktiraf 'ahlus sunnah wal-jam'ah' akan diberikan Kitab Catatan Amalan masing-masing untuk diadili, mereka yg kafir terus dihumbankan oleh malaikat masuk neraka. Orang kafir itu, firman Allah, hanya akan masuk syurga, jikalah boleh seekor unta masuk ke dalam lubang jarum!). 
Mereka yg faham al-Quran dan as-Sunnah - faham Islam dan syariatnya - sudah pasti mendapati begitu banyaknya ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya yg melarang mengutamakan orang kafir dari orang iman dalam semua perkara.
Mudah-mudahan, ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, para ulama' dan ilmuwan Islam dan para hakim yg akan membuat pengadilan terhadap orang Islam itu,  dan orang yg terkait, dan orang yg lantang bercakap tentang Islam spt Dr Asmadi, wajar belajar lagi al-Quran dan as-Sunnah, sebelum membuat apa-apa komen atau membuat keputusan tentang ketetapan Islam. 
Penulis berharap Hakim Mahkamah Tinggi Syar'iyah, Rohana Yusof, yg akan membuat keputusan pada 17 Mar 2011 akan faham dan membuat keputusan yg tidak membahayakan akhiratnya. [Nota: Sebenarnya, dalam Islam wanitapun tidak dibolehkan menjadi imam solat berjema'ah, apatah lagi menjadi hakim (atau qadi)! Tapi, kita merujuk kpd undang-undang ciptaan manusia, yg serba serbi jahil dgn ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya].

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment