Tuesday, March 22, 2011

Persaudaraan Dalam Islam: Silatur Rahim (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah tahu dan faham bahawa sifat 'hasad dan dengki' itu adalah sifat yg amat buruk jika ada pada diri kita. Buruk kerana kita tidak senang melihat kesenangan orang lain. Sifat itu membahayakan keIslaman dan keImanan serta keTaqwaan kita, kerana sifat-sifat tersebut menghakis atau membakar segala ganjaran pahala kebaikan yg kita lakukan - sama ada amalan dan ibadah yg fardu maupun yg sunat - seumpama virus yg menghinggapi komputer kita sehingga dierasenya segala program dan file yg ada dalam komputer kita. Kelak di akhirat, kita kerugian yg amat besar, kerana setelah beristiqamah pagi dan petang siang dan malam beramal dan beribadah, tiada satu pahalapun yg lekat pada kita. Binasalah kita. Oleh itu berwaspadalah. Jika ada sifat-sifat mazmumah sedemikian itu pada diri kita segeralah kita kikis. Begitu juga dgn sifat sombong, besar dan bangga diri amat dibenci Allah (a.w). Hanya Allah (a.w) yg berhak bersifat sombong. Kita manusia, mulia manakah kita berbanding dgn orang lain. Cerminkan diri kita dalam Islam dan dalam keimanan serta keraqwaan dgn melihat keimanan dan ketaqwaan orang lain. Lihat mereka yg lebih baik amalan dan ibadah daripada kita. Dalam melihat kehidupan dunia kita hendaklah kita melihat kedudukan orang yg lebih dhaif dari kita, bukan melihat orang yg lebih tinggi tahap dunianya. Kalau kita ada sedikit, janganlah kita lihat kpd Syed Mukhtar al-Bukhari dalam kekayaan dan kemewahannya, hendaklah kita lihat orang yg lebih miskin dan yg fakir. Kalau kita melihat ketaqwaan dan keimanan, untuk membandingi diri kita, kita lihatlah kpd orang lebih istiqamah dan lebih bersifat 'berlumba-lmba mencari keridaan Allah (a.w) - orang yg sentiasa mengrjakan solat fardunya di awal waktu, yg menambah kpd solat-solatnya dgn bersolat sunat malam hari (Solat tahajjud, Solat Witir) dan siang hari (Solat Duha), orang yg tidal alpa dgn puasa Ramadhan kemudian ditambah pula dgn puasa-pusas sunat, orang yg rajin menderma dan menginfaq sebahagian harta kurniaan Allah (a.w) padanya walaupun tidaklah dia mewah hidupnya, orang yg berusaha mengerjakan hajinya dgn betul menepati cara Rasulallah (s.a.w) mengerjakan haji dan menambah pula dgn mengerjakan umrah, terutama dalam buklan Ramadhan, kerana banyak lipat ganda pahalanya. Orang yg sentiasa berusaha menyampaikan ilmu yg haq kpd orang lain, walaupun sedikit. Orang yg tidak bermusuhan dgn orang lain. Orang yg sedikit kata-katanya, dan kalau bercakap dgn benar dan jujur, dan tidak menyakiti hati orang lain. Itulah model Muslim bagi kita sekarang ini.
Saudara, dalam Islam itu 'silatur rahim' amat penting. Kerana Allah (a.w) berfirman dalam al-Quran bahawa semua manusia yg ada di bumi Allah (a.w) adalah asalnya dari nenek moyang yg satu, iaitu Adam (a.s) dan Hawa (a.s). Maka tiada suatupun yg menunjukkan kita berketurunan lebih baik dari yg lain. Dan, dalam Islam kita bersaudara, maka wajiblah kita bantu membantu satu sama lain. Dan, jangan bermusuh-musuhan dan iri hati, dengki mendengki, caci mencaci dan sebagainya. 
Di dalam firman berikut, antara dosa-dosa besar yang melaknat Allah (a.w) atas pelakunya adalah dua, iaitu pertama menzalimi orang lain, dan kedua, memutuskan hubungan kekeluargaan. 
Diriwayatkan hadith dari Abu Bakrah (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ma min zanbin akhra an-yaj’alalahu taala ‘uqubatahu fid-dunya ma-a yudahkharan lisohibihi fil akhirati man libaghya wa-qoti’atir-rahim.' [Maksud: Tiada satu dosa yang lebih patut Allah (a.w) menyegerakan balasannya di samping balasan yang tersedia bagi pelakunya di akhirat daripada berbuat kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.][Hadith Imam Ahmad Hanbal] 
Hari ini ramai orang menzalimi orang lain. Pemimpin menzalimi rakyatnya, kerana tidak berusaha membantu mereka mendapat kedudukan ekonomi yg mencukupi untuk diri dan keluarganya, terdapat berat sebelah atau amalan kekuncuan. Ada wakil rakyat yg memikirkan dirinya dan orang-orang yg mengampunya saja. Ada bos yg berat sebelah dan tidak adil dalam pengurusannya. Itu adalah kezaliman.
Yg kedua beratnya dosa dalam Islam adalah memutuskan silatur rahim. Ini sering berlaku dalam masyarakat Melayu. Mungkin kerana pergaduhan harta warisan ketika orang tua mereka dah mati. Kedua, kerana pergaduhan lain sehingga tidak bertegur sapa satu sama lain.
Di dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) memberitahu umatnya bahawa sesiapa yang ingin dua perkara dikurniakan Allah (a.w) kepadanya, iaitu pertama umur panjang; dan kedua, ditambah rezkinya, maka hendaklah dia menghubungkan dan menyambung hubungan kekeluragaannya. 
Diriwayatkan hadith daripada Thu’ban bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Man sarrahun-nasau fil ajali wal-ziyadatu fir-rizqi falyasil rahimahu.' [Maksud: Barangsiapa ingin umurnya panjang dan rezkinya bertambah hendaklah ia menyambung hubungan kekeluargaan.] [Hadith Imam Ahmad Hanbal] 
Hubungan kekeluargaan dalam keluarga itu amat utama di sisi Allah (a.w). Allah (a.w) hanya menambah kurniaNya kepada mereka yang mengutamakan hubungan kekeluargaan dan Allah (a.w) menyiksa mereka yang memutuskannya. 
Saudara, memang diqadarkan Allah (a.w) umur dan rezki kita. bak kata orang Melayu kalau rezki secupak takkan jadi segantang. Ini filosofi yg silap lagi bodoh, kerana kejahilan. Orang yg berusaha menyambung silatur rahim sesama yg Iman dan famili pasti akan dipanjangkan umurnya oleh Allah (a.w) dan ditambah rezkinya. Itu janji Allah (a.w). Dan, janji Allah (a.w) itu tetap akan dikotakan.

Jazakallahu khairah

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment