Monday, March 28, 2011

Aurat: Ketetapan Allah (a.w) Dalam al-Quran (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah teliti firman Allah (a.w) dalam al-Quran dan menjadi ketetapan pokok mengenai aurat wanita. Kita turunkan semula firman tersebut: 
Firman Allah (a.w): ‘Waqulil mukminati yaghdudna min absorihinna  ... (hingga) ...watubu ilallahi jami’an aiyuhal mukminuna layallakum tuflihuna.’ [Yg bermaksud: Katakanlah kepada para wanita yang beriman, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, supaya mereka memelihara kehormatan mereka (yakni, farajnya), dan jangan mempamirkan perhiasan (kecantikan) mereka, kecuali apa yang seharusnya terlihat di antaranya (iaitu hanya muka dan kedua telapak tangan mereka); dan hendaklah mereka labuhkan tudung mereka ke leher sehingga (sehingga sampai menutupi) dada; dan jangan memperlihatkan perhiasan (kecantikan) mereka (kepada sesiapa sahaja), kecuali kepada suami mereka, atau kepada bapa mereka, atau kepada bapa suami mereka, atau kepada anak lelaki mereka sendiri, atau kepada anak tiri lelaki mereka, atau kepada saudara lelaki mereka, atau kepada anak saudara perempuan mereka, atau kepada mereka sesama wanita, atau kepada hamba sahaya mereka, (atau kepada) lelaki yang betugas dan tidak mempunyai nafsu berahi, dan kanak-kanak yang belum mengerti aurat wanita. Dan, janganlah mereka menghentakkan kaki mereka (semasa berjalan, dengan niat) supaya diketahui orang perhiasan (diri) mereka yang tersembunyi. Taubatlah kamu semua kepada Allah (a.w) wahai orang-orang yang beriman! Mudah-mudahan kamu beruntung (yakni, mendapat balasan syurga)]. [Ayat 31, Surah an-Nur] 

Saudara, apakah ketetapan pada Ayat 31, Surah an-Nur di atas itu? Kalau kita amati terdapat lima ketetapan dalam Ayat tersebut:
Pertama, wanita yg beriman (yakni yg Islam dan mengamalkan segala ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)) supaya ketika berada di luar rumah, tidaklah dia meliarkan mata atau pandangannya (i.e. jalatan). Sebaliknya, wajiblah dia menundukkan muka dan pandangannya ketika berada depan khalayak ramai. 
Kedua, wanita yg beriman itu menjaga farjinya (yakni, kemaluannya). Wanita iman itu tidaklah berada dalam keadaan marwahnya ternoda ketika berada di luar rumahnya. Maka dgn itulah dia ditegah berkenalan dgn lelaki yg bukan makhramnya. Ditegah bebas keluar rumah tanpa ditemani oleh makhramnya. Hari ini terjjadi pelabagai perkara termasuk seks bebas, hamil belum nikah, malah kelahiran anajk-anak haram dan pembuangan anak adalah kerana wanita tidak menjaga farji (atau farajnya).
Ketiga, wanita iman itu tidak mempamirkan atau menunjukkan atau mendemokan perhiasan badannya (spt susuk tubuh badannya, buah dadanya, perutnya, pehanya, betisnya, pusatnya, yakni perhiasan asli tubuh wanita, dan perhiasan yg diada-adakan spt fesyen pakaiannya, fesyen rambutnya, celak bedak pipinya, kuku tiruannya, alis mata tiruannya, gelang dan rantai leher dan rantai kaki dan sebagainya). Kerana, dgn sebab mempamirkan perkara tersebut, dia menarik minta kaum lelaki kepadanya. Dan, dia mudah tergoda dan digodapula. Atau, mereka mudah diperkosa pula ketika berada di situasi bersendirian dgn lelaki yg bukan makhramnya. 
Keempat, hendaklah dia melabuhkan tudung dan pakaiannya, supaya tudungnya menutupi lehernya dan menutupi bahagian dadanya, dan kainnya pula panjang sampai menutupi kedua kakinya, termasuk tumitnya. Selain tudung yg labuh serta baju yg labuh, Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah membuat ketetaopan bahawa pakaian wanita itu hendaklah tebal dan tidak nipis sehingga boleh dilihat susuk tubuh badanya serta perhiasan aslinya, tidak jarang sehingga boleh kelihatan baju atau pakaian dalamnya, dan tidak berwarna sangat supaya menarik minat lelaki terhadapnya, tidaklah segar warnanya, dan hendaklah longgar dan janganlah macam 'salut cempedak'. Tidak dibenarkan meniru pakaian lelaki. Wanita berpakaian menyerupai pakaian lelaki dilaknat Allah (a.w). Dan, pakaian wanita iman janganlah pula jenis yg berjenama dan mahal pula harganya, kerana ciri-ciri sedemikian menarik minat lelaki kepadanya, menimbulkan fitnah kpdnya. 
Kelima, wanita orang iman tidak dibolehkan memperlihatkan kecantikan dirinya kpd orang lain kecuali suaminya dan orang-orang yg dibolehkan melihat sebahagian auratnya disebutkan di akhir Ayat 31 tersebut. 
Juga, di dalam as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) melarang wanita iman keluar rumah dgn memakai bau-bauan yg semerbak dan menghiasi muka dan tubuhnya dgn sesuatu yg menampkakan keayuan wajahnya kpd lelaki yg memandang. Dibolehkan memakai bedah yg tidak berbau. Rasulallah (s.a.w) menyamakan wanita iman yg memakai bau-bauan itu seumapa wanita yg melacurkan dirinya! 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment