Monday, March 28, 2011

Aurat: Ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini keluar cerita adanya wanita Islam yg minta khidmata kepakaran doktor atau seumpamnay untuk melakukan sesuatu bagi mencantikkan dirinya. Ini sering berlaku di kalangan selebriti spt pelakun dan penyanyi dan model, terutama dalam mencantikan buah dadanya atau pipinya. Ada juga lelaki Islam yg menggunakan 'botok' yg katanya boleh menjadikan muka (khususnya, pipi) terik tidak berkedut, walaupun sudah sampai masanya kulit dan muka menjadi kedut. Apa ketetapan Islam mengenai perkara ini? Kita lihat hadith di bawah ini yg menyebutkan bahawa Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) melaknat orang-orang Islam yg melakukan sesuatu untuk mengubah bentuk tubunya, terutama wajahnya. 
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah (r.a) berkata: ‘Allah (a.w) melaknat (yakni, mengutuk) wanita (yang menjadi) tukang susuk, wanita yang membuat susuk, wanita yang mendedahkan bulu di bahagian mukanya, wanita yang menjarangkan giginya kerana hendak mencantikkannya (supaya) mengubah (apa-apa yang) dijadikan (oleh) Allah (a.w) yang asli’. Maka sampailah demikian kata-kata kepada perempuan Bani Assad, (yang bernama) Ummu Ya’kub. Dan adapun dia pandai membaca (yakni, tahu) al-Quran. Maka datanglah dia kepada Abdullah (r.a), maka berkata dia: ‘Apakah (maksud) hadith (yakni, cerita) dengan yang disampaikan kepadaku daripada engkau, bahawasanya engkau melaknat (wanita) yang (dikatakan apa-apa yang dikatakan oleh Abdullah (r.a) yang disampaikan kepadanya) yang mencantikkan wajahnya selain yang telah dijadikan oleh Allah (a.w) untuknya.’ 
‘Maka berkata Abdullah (r.a): ‘Dan (mengapa) tidak aku melaknat barangsiapa yang dilaknat (yakni, dikutuk oleh) Rasulallah (s.a.w), dan bahawa perkara itu ada di dalam Kitab Allah (a.w)(yakni, al-Quran)?’ 
‘Maka berkata perempuan itu: ‘Nescaya sungguh aku membaca (Al-Quran) diantara isinya, maka tidak menjumpai aku mengenainya?’ 
‘Maka berkata Abdullah (r.a): ‘Jika sesungguhnya ada engkau membacanya (yakni, membaca al-Quran) nescaya sungguh-sungguh menjumpai engkau firman Allah (a.w)  ‘Wama atakumur-rasulu fakhuzuhu, wama nahakum ‘anhu fantahu’ [Maksud: Dan, apa-apa yang didatangkan oleh Rasul hendaklah kamu ambil, dan apa-apa yang melarang (Rasul) atas kamu, maka hendaklah engkau tinggalkan] [Nota: Ayat 7, Surah al-Hasyr]. ‘Maka berkata perempuan itu: ‘Maka sesungguhnya aku merasai telah mengenai sesuatu daripada ini (larangan tersebut) atas perempuan engkau (yakni, isteri engkau) sekarang ini!’  Maka berkata Abdullah (r.a): ‘Jika begitu engkau lihatlah.’  ‘Maka masuklah perempuan itu melihat isteri Abdullah (r.a), maka tidak kedapatan beliau (bahawa isterinya) berbuat sedemikian, maka berkata dia: ‘Tidak melihat aku sesuatu.’ Maka berkata Abdullah (r.a) (membalas cakap perempuan itu): ‘Semestinyalah! Seandainya ada sesuatu (yang dilarang itu), tidaklah mahu aku mendekatinya (yakni, akan menceraikannya).’ [Hadith Muslim] 
Demikianlah dialog antara seorang perempuan yang faham akan Al-Quran dengan Abdullah (r.a) berbedat tentang beberapa perbuatan wanita yang dilaknat oleh Rasulallah (s.a.w). Akhirnya wanita tersebut yakin tentang larangan tersebut.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment