Assalamualaikum,
Saudara, para ulama' sering bercakap supaya ingat-ingatkan kematian dan kubur yg menanti. Semua yg hidup atau bernyawa pasti akan mati. Kita mungkin dikurnakan Allah (a.w) umur yg panjang, masih sihat dan kuat dan tidak nyanyuk walaupun kita sudah berumur 85 tahun. Itu suatu anugerah yg amat baik bagi kita, kalaulah kita sempat hidup begitu lama. Tapi, satu hari ajal kita akan tiba. Dan, kita akan mati. Akan dikuburkan. Dalam kubur kita mungkin selamat atau tersiksa, bergantung kpd apakah amalan kita ketika di dunia. Kalau kita habiskan umur kita beramal dan beribadah sambil mencari kesenangan dunia, maka untunglah kita.
Saudara, dalam post yg lalu kita telahpun mendapt tahu nasihat Rasulallah (s.a.w) bahawa orang yg bijak itu adalah dia mencari serta berusaha sebaik mungkin mencari kejayaan untuk dunianya dan untuk akhiratnya.Tidak lupa dia menyediakan diri untuk akhiratnya.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Bukhairin bahawasanya dia mendengar Haniyan, hamba merdeka kpd Othman (r.a), berkata: 'Adapun Othman, ketika berhenti di kawasan kubur menangis dia sehingga membasahi janggutnya, maka dikatakan (orang) padanya: 'Apabila disebut tentang syurga dan neraka, maka tidak menangis dia, maka menangis engkau ini kubur?' maka berkata dia (Othman): 'Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya kubur awalnya tempat akhirat. Maka jika selamat daripadanya, maka lebih mudah akhiratnya; dan jika tidak selamat darinya, maka apa-apa sesudahnya lebih berat (atasnya)'. Maka berkata (Othman): 'Dan telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Tidak melihat seseorang suatu pemandangan yg lebih tersangat (ketakutannya) kecuali pemandangan kpd kubur adalah lebih buruknya pemandangan.' [Hadith at-Termidzi]
Saudara, hadith di atas itu menceritakan bahawa Othman menangis apabila berjumpa dgn kubur, kerana dia teringat Rasulallah (s.a.w) berkata bahawa kubur itu adalah fasa pertama kehidupan akhirat. kalau seseorang yg adalah ahli syurga, maka dia berada di dalamnya seumpama tidur lena dalam taman syurga, menunggu kiamatnya dunia, kerana dia akan mendapat syurga. Kalau, dia banyak salah silapnya di dunia, yakni dia adalah ahli neraka, kuburnya itu adalah satu daripada lubang-lubang api neraka, sentiasa tersiksa di dalamnya, sehingga tibanya kiamat, bilamana lebih buruk kesudahannya. Maka dgn itu sesiapa yg mendapat kesejahteraan dalam kubur pastilah dia sejahtera di akhirat. Sesiapa yg tersiksa di dalam kuburnya, maka akhiratnya lebih buruk dan lebih susah baginya.
Saudara, hadith ini wajiblah kita jadikan peringatan kita. Apabila mati kita, tiada apa boleh menolong kita kecualilah amal dan ibadah yg baik - membawa pahala yg menjadi bekalan akhirat. Oleh itu sesiapa yg banyak melabur untuk akhiratnya, sejahteralah dia dalam kuburnya. barangsiapa yg tidak menyediakan bekal, maka binasalah dia - binasa kerana mendapat siksaan dari alam barzah lagi! Oleh itu kita dingatkan supaya ingatkan kematian, kerana setelah mati tidak ada lagi peluang untuk menyediakan diri untuk mendapat syurga. Setelah mati yg ada hanyalah balasan kpd segala sesuartu yg dikerjakan di dunia. Tiada lagi amalan. Tiada lagi yg boleh dilakukan untuk menempah tempat di syurga ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment