Assalamualaikum,
saudara, kita lihat peringatan Rasulallah (s.a.w) berikut supaya tidaklah kita tergolong dari kalangan mereka yg sengaja menganianya dirinya di akhirat kelak. Kerana, kita berada di dunia ini kalau umur panjang sampai 85 tahunpun, hanyalah tidak lebih dari seminit dihitung dalam waktu akhirat. Dan, akhirat itu kekal selama-lamanya, tiada penghujungnya.
Orang musyrik atau kafir itu tidak meyakini akan adanya kehidupan yang disebut akhirat itu, apabila terjadinya akhirat bilamana manusia akan dihisab pahala dan dosa mereka dan akan dibalas segala sesuatu yang dilakukannya di dunia. Mereka tidak percaya dengan hari kebangkitan, setelah mereka mati dan dibangunkan semula dari kubur mereka. Maka oleh kerana itulah manusia yang musyrik dan kafir sentiasalah mengutamakan dunia, dan berusaha mendapat kesenangan, kemewahan serta keseronokan semasa di dunia. Ada yang percaya bahawa kebaikan mereka di dunia boleh menghapuskan kejahatan mereka di dunia. Maka jika mereka berbuat baik di dunia akan terhapus kejahatan yang dilakukan oleh mereka.
Terkadang orang Islam sendiri yang terpengaruh oleh orang kafir akan meniru segala perbuatan orang kafir dalam perkara dunia ini. Terkadang mereka sendiri sangsi tentang wujudnya kehidupan akhirat itu, maka dengan itulah ramai umat Islam tidak mengerjakan amalan dan ibadah, mengerjakan pelbagai perbuatan seumpama perbuatan orang kafir. Mereka berlumba=lumba mencari kesenangan dan kemewahan dunia dan mereka bakhil tidak sanggup membayar zakat atau menginfaqkan sebahagian daripada kekayaan mereka demiIslam. Maka dengan itulah Allah (a.w) mengingatkan kita manusia, terutama yang Islam, bahawa:
Firman Allah (a.w): 'Qad aflaha man tazakka @Wazakarasmarabbihi fasalla @ Bal tukthirunal hayatad dunya)@ Wal-akhiratu wa-abqa.' [Yg bermaksud: Sesungguhnya untung (yakni, selamat dan berbahagialah) orang yang membersihkan (lahir batinnya) daripada berbagai kekotoran (jasmani dan rohani dari kekejian syirik, dan budi pekerti yang jelek, jahat, dengan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan terhadap Allah (a.w)) @ Dan selalu ingat kepada nama Allah (a.w) maka mengerjakan solat (untuk mendekati diri mereka kepada Allah (a.w) @ Bahkan kamu sekelian mengutamakan kehidupan dunia (yang fana dan pasti akan meninggalkan kamu atau pasti ditinggalkan daripada akhirat) @ Pada hal akhirat itu lebih baik bahkan yang kekal selama-lamanya)] [Ayat 14 - 17, Surah al-A’la]
Saudara, ada beberapa peringatan pada Ayat ini, iaitu: pertama, orang yg sering membersihkan dirinya dari berbuat kejahatan dan dosa itu akan berbahagia di akhirat kelak;kedua, juga orang-orang yg selalu ingatkan Allah (a.w) dengan berzikir dan mengerjakan solat (solat-solat sunat) juga akan berbahagia di akhirat; ketiga, janganlah utamakan kehidupan dunia dan melupakan kehidupan akhirat, kerana setelah matinya kita segala-galanya milik kita di dunia akan kita tinggalkan; dan keempat, kehidupan akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal.
Semua yang kita miliki di dunia akan meninggalkan kita. Malah hak kita semasa di duniapun sekadar apa yang kita makan dan minum dan pakai atau gunakan. Apa-apa yang tidak dipakai dan digunakan walaupun hakikatnya milik kita, tetapi sebenarnya milik orang lain. Yang kekal menjadi milik kita dari harta kekayaan yang kita kumpulkan adalah apa yang kita zakatkan, sedekahkan dan infaqkan. Kesemua yang demikian itu akan mengalirkan kebaikan dan pahala di akhirat kelak. Zakat, sedekah dan infaq adalah pembersihan kepada rezki dan penghapus kepada dosa. Justeru itu, apa-apa harta dan kekayaan yang kita manfaatkan demi Islam (yakni, fi sabilillah) adalah akan baik untuk kita. Yang lainnya tidak berguna.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment