Sunday, March 20, 2011

Peringatan Yg Tak Patut Dilupakan: Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum,
saudara, ramai di kalangan kita berusaha sedaya upaya untuk mencari kesenangan dan kemewahan dunia. memang patut kerana dalam kehidupan moden ini tanpa wang ringgit tak dapat kita menikmati dunia. Malah untuk mencari kebajikan akhiratpun kita perlukan wang ringgit. Kerana, hari ini, contohnya, sukar kita dapat para ulama' dan ilmuwan Islam yg bersedia dgn penuh sukarela mengajarkan kita Islam, tanpa kita mengupah mereka dgn wang ringgit. Namun, kita wajib ingat bahawa kita hidup di dunia itu tak sampaipun seminit apabila diteliti dari segi waktu akhirat, kerana sehari di akhirat itu bersamaan dgn 1,000 tahun di dunia!
Namun, Rasulallah (s.a.w) telah memperingatkan kita bahawa kita dikatakan bijak jika kita mencari kesenangan dunia dan pada waktu yg sama kita juga mnencari akhirat, maka orang Iman yg pintar adalah orang yg berjaya di dunia dan berjaya juga di akhirat. Tidak ramai di kalangan kita yg berjaya sedemikian. Kerana, selalunya, manusia itu lebih utamakan dunianya dan abaikan akhiratnya. Orang politik akan utamakan kepentinagn politiknya. Dia sanggup buat apa saja demi mencari kesenangan dunia melalui politik. Orang korporat dan bisnes juga utamakan dunianya mencari laba dan keuntungan sebanyak mungkin. Dalam proses mencari kejayaan dunia itu banyaklah urusan akhirat terbengkalai dan tergadai. Para ulama' dan ilmuwan pun serupa juga, dia akan mencari sanjungan manusia di dunia, dgn kepintaranya berhujjah tentang ugamanya dgn akal fikirannya, walhal tanpa disedari tergadai pula akhiratnya. Orang yg miskin akan melakasanakan dua atau tiga kerja sehari untuk mendapatkan kesenangan, sehingga tebengkalai pula akhiratnya.
Saudara, itu orang yg mencari kesenangan dunia yg halal. Kalau tidak halal bagaimana? Hari ini para penyanyi dan para artis (pelakon atau selebriti) akan menunjukkan bakat lakunan yg begitu realistik, tapi dia mendedahkan auratnya dan tidak segan silu pula bergaul dgn bebasnya, demi lakunan wataknya. Merka berjaya, kaya, dapat kemewahan dunia, tapi rugi akhiratnya, kerana sentiasalah mereka bergelumang dgn dosa pula.
Tidak hairanlah Rasulallah (s.a.w) memperingatkan kita yg Islam yg beriman dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari 'Alak ibni Abdil Rahman hadith dari bapanya (i.e. Abdil Rahman) hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Dunia itu penjara bagi orang iman, dan syurga bagi orang kafir.' [Hadith at-Termidzi]
Saudara, dunia itu penjara bagi orang iman kerana orang iman tidak bebas melakukan segala sesuatu di dunia, kalaulah dia ingatkan akhirat atau kalaulah dia ingin selamat di akhirat. Kerana orang yg selamat di akhirat itu adalah orang yg tepat sebagaimana firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa': Taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w), pasti dapat syurga. Banyak perkara dunia yg, jika kita sukai, adalah ke arah opposite mesej ayat tersebut, kerana kita membebaskan diri kita dari 'penjara' perintah Allah (a.w) dan RasulNya. Yg kita tinggalkan ketika di dunia dari setiap perintah Allah (a.w) dan RasulNya, kita mengikuti jejak langkah orang kafir yg menjadikan  dunia ini syurganya! Maka, jka kita tidak akur dgn nasihat ini, pastilah kita membelakangkannya ke arah kebinasaan kita di akhirat kelak (rujuk Ayat 14, Surah an-Nisa': Barangsiapa menentang Allah (a.w) dan menentang Rasulallah (s.a.w) dan melanggar hukum had, maka pasti dia masuk neraka.).
Saudara, walau apapun yg kita lakukan dalam hidup kita, wajarlah kita awasi dan berpandulah kpd sabda Rasulallah (s.a.w) di atas. Kita menjerumuskan diri kita ke neraka kerana mulut kita (i.e. apa yg kita ucapkan) dan kerana perbuatan kita (i.e. apa yg kita lakukan). Syurga dunia itu kita nikmati tak lebih dari satu minit drp kehidupan total kita. Walhal, orang yg termiskin di syurga itu memiliki kekayaan yg tidakpun tercapai oleh orang yg kaya-kaya di dunia ini digabungkan kekayaan mereka! Orang termiskin dalam syurga memiliki kekayaan 10 kali nilai dunia!

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, memang benar ramai yg mengejar hal dunia dan lalai hal akhirat. Padahal telah nyata bahawa yg dikejar di dunia ini belum pasti dapat. Kadang kala dapat, kadang2 habuk pun tak dapat.Tapi mereka tetap mengejarnya. Kita yg beriman mesti ingat bahawa bila kita kejar akhirat dunia akan ikut, insya'allh. Bukan sebaliknya.Kalaulah Allah bukakan pintu neraka kpd manusia, nescaya semua manusia akan beriman. Tetapi Allah sembunyikan semata2 utk menguji keta'atan manusia kpdNya. Itu sebenarnya. Yg paham patut bersyukur kerana telah diberi petunjuk. Selainnya .... rugi besar sungguh.

    ReplyDelete