Wednesday, March 2, 2011

Menarik Hari Ini: Mahathir & Buku

Assalamualaikum,
Saudara, kalau saudara baca akhbar percuma hari ini, the Sun (2 Mar 2011) saudara akan melihat satu tulisan oleh S Indra Sathiabalan menyebut tentang satu lagi buku karangan orang Barat, Tom Plate, seorang jurnalis (atau pemberita) katanya juga seorang profesor universiti, penyumbang karya pada akhbar terkenal dunia seumpama Newsweek, Times Magazine. New York Magazine etc bertajuk 'Doctor M: Operation Malaysia', Marshall Cavendish, RM 79.90). Buku ini tentang Dr M or Dr Mahathir.
Saudara, Mahathir dalam pemerintahannya selama 22 tahun sebagai PM Malaysia, telah banyak mengayakan orang, termasuklah Vincent Tan yg kita cuba ajak masuk Islam kelmarin! Dalam reign Mahathir yg dikenal sebagai 'Bapa Pembangunan Malaysia', atau, ada yg kata 'Bapa Pemodenan Malaysia', atau 'Bapa Malaysia Moden', dan lain-lain gelaran yg hebat-hebat oleh manusia kpd manusia, ramai orang yg kaya. Bukan kerana apa, tapi kerana mereka nampak dan dapat bersama dgn beliau melihat Visi dipersekitaran RM dalam banyak bidang, terutama dalam perkara kemajuan ekonomi, pelaburan, JV, perniagaan dan sebagainya. Contohnya, apabila Projek Rakan Muda yg katanya diilhamkan oleh Ghani Othman, ketika itu Menteri Belia (sekarang MB Johor), Mahathirlah yg nampak visi dan faham misi Ghani. Dialah yg meluluskan peruntukan RM 100.0 juta untuk program tersebut dilaksanakan seluruh negara bagi menjayakan 10 'lifestyles' program tersebut untuk menjuruskan muda-mudi menjadi orang yg berguna kpd masyarakatnya. Lim Kok Weng mendapat RM 26.0 juta kerana mencetuskan logo, lagu Rakan Muda dan mempromosikannya melalui pelbagai media. Kalaulah program penjenamaan sedemikian itu menghasilkan komsiyen atau 'profesional fees' 10% kpd Lim Kok Weng, masa itu belum dikatakan berjaya, dia dah jadi jutawan mendapat 26.0 x 0.10% = RM 2.6 juta. Bintang Lim Kok Weng mula bersinar semenjak itu.
Kini 'the Mahathir aura' telah mengayakan ramai juga penulis. Kini akan mengayakan seorang lagi, Tom Plate, yg menulis buku ini. Tom pasti akan menjadi jutawan tak lama lagi, kalaulah melalui jualan bukunya yg berharga hampir RM 80.00 itu memberikannya komisyen atau royalty sebanyak RM10.00 senashkah, apabila laku dijual 200,000 naskhah - dia dapat 200,000 x 10 = RM 2.0 juta!
Saudara, penulis tidak mahu cerita pasal kehebatan Mahathir sebagai individu atau sebagai ketua negara atau sebagai 'international statesman' atau sebagai PM atau sebagai Menteri Kewangan atau sebagai Presiden UMNO. Atau, atas apa saja nama jolokan kpd beliau/beliau terima sebagai seorang insan cemerlang dalam hidupnya. Kerana, dah ramai orang cakap. 
Penulis berharap agar penulis dilanjutkan umur sebagimana Allah (a.w) lanjutkan umur Mahathir dalam sihat wal-afiat. Kerana, jika begitu, penulis akan dapat menerobos lebih jauh melalui dunia maya ini berdakwah secara mudah melalui media maya ini kpd lebih ramai manusia dan lebih banyak generasi pula, dan insya Allah, untuk memberi kefahaman kpd orang yg Islam dan bukan Islam. Allah (a.w) sangat menyayangi Mahathir (dan juga isterinya). Tak ramai orang yg berusia 85 tahun kekal mentally and physically excellent dan tip-top dalam apa bidangpun, much better than most people at 50s or even 40s. Tak ramai Allah (a.w) sayangi sampai ketahap yg diterima oleh Mahathir. Maka dgn itu penulis berdoa agar dilanjutkan umur sama dgn umur Mahathir dalam sejahtera dan sihat di dunia, tidak nyanyuk dan tidaklah bergantung kpd orang lain untuk buang air dan sebagainya...
Mudah-mudahan Mahathir dapat meluangkan masa menyediakan dirinya untuk bertemu dgn Allah (a.w), dgn persediaan yg betul i.e. sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak, setelah menjadi orang yg amat beruntung selama 85 tahun, dihormati dan disanjungi oleh manusia global, dia mungkn jadi orang yg rugi dalam kehidupannya yg akan muncul! Mudah-mudahan nasihat Rasulallah (s.a.w) berikut dapat dijadikan peringatan oleh dia dan kita semua sebagai pedoman hidup: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Mas’ud (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhnya Allah (a.w) membahagi-bahagikan antara kamu akhlak kamu sekelian (yakni, sifat kebaikan yg banyak atau sedikit dan sifat-sifat buruk manusia yg banyak atau sedikit) sebagaimana di bahagi-bahagikan Allah (a.w) akan rezki kamu sekelian (yakni, ada yang kaya dan ada yang miskin supaya mereka kaya itu menolong mereka yang miskin). Dan, sesungguhnya Allah (a.w) memberi dunia (kepada) barangsiapa yang sayangkan (atau sukakan) dunia (yakni, sesiapa yang sukakan atau cintakan kehidupan dunia dan segala sesuatu yang melambangkan ‘kebaikan’ dunia seperti nama, darjat, kedudukan, kekayaan, kemewahan dan sebagainya), dan (memberikan akhirat kepada) barangsiapa yang tidak senang (atau sukakan)  akan dunianya (yakni, orang yang tidak cintakan dunia, atau mereka yang menjadi pedoman hidupnya bahawa dunia itu sementara dan adalah laman bercucuk tanam untuk mendapatkan hasilnya (i.e. pahala) di akhiratnya), dan tidak memberi Allah (a.w) ugamanya kecuali (kepada) orang yang senang (atau suka) akan akhiratnya (yakni, manusia yang cintakan dunia tidak akan diberi Allah (a.w) kemudahan untuk bersedia untuk akhiratnya, kerana dia akan lalai dan lupa akan akhiratnya), maka barangsiapa diberikan Allah (a.w) akan ugamanya, maka sungguh-sungguh Allah (a.w) senang (atau sayang) Dia (Allah (a.w.)) padanya.’ [Hadith Imam Ahmad bin Hanbal, dalam Tafsir ibnu Kathir]
Allah (a.w) telah memberikan terbaik baginya selama hidupnya (juga isterinya, Dr Siti Hasmah), mudah-mudahan dia memulakan penumpuan kpd yg lebih haq dan mendesak, mencari persediaan terbaik untuk kehidupan yg lebih haq lagi lama dan kekal. Walau panjang manapun umur kita, dalam kiraan waktu akhirat tak sampaipun seminit.


p.s: Untuk faham akhirat itu, ikutilah blog ini setiap masa

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, insya'allah saya akan berusaha mencari jalan bagaimana perkara ini akan mendapat perhatian Tun. Semuga Allah memberi hidayah kpd nya suami isteri.

    ReplyDelete